Kencing berbuih tidak semestinya membawa kepada masalah buah pinggang sahaja tetapi merangkumi pelbagai faktor. Terdapat banyak punca yang menyebabkan air kencing berbuih. Ikuti tips di bawah untuk elak masalah kencing berbuih,

 

1. Minum air secukupnya setiap hari

Air sangat penting untuk buah pinggang berfungsi dengan baik dan membantu membersihkan kotoran daripada sistem badan. Pastikan minum air kosong dengan kadar yang secukupnya.

Untuk mengetahui berapa banyak air kosong yang perlu diminum sehari ialah:

Formula: Berat badan kita (kg) / 30 = Liter air harian yang diperlukan oleh tubuh

 

2. Sentiasa bersenam dan aktif

Tips elak kencing berbuih kedua adalah dengan sentiasa aktif dan mengekalkan berat badan yang seimbang boleh mencegah penyakit buah pinggang. Senaman berjalan kaki selama seminggu 30 minit pun sudah mencukupi.

 

3. Elakkan makanan tenusu

Makanan tenusu mengandungi phosphorus yang bukan sekadar menghasilkan kencing berbuih tetapi juga megundang kerosakan buah pinggang yang meningkatkan bebanan kepada buah pinggang. Produk tenusu boleh diklasifasikan sebagai burger, roti canai dan fast food dan lain- lain.

 

4. Intermittent fasting

Kunci utama untuk menurunkan berat badan adalah 70% datang daripada diet dan 30% lagi daripada bersenam. Diet Intermittent Fasting ini merupakan kaedah yang serupa seperti berpuasa di bulan Ramadan, cuma dibenarkan minum dan memilih waktu terbaik untuk berpuasa.

 

5. Elakkan merokok

Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kerosakan buah pinggang. Punca penyakit adalah asap rokok yang mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser.

Bermanfaat? Kongsikan bersama tersayang.

Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->