GOUT : Punca & Tips Merendahkan Urik Asid

-
0

Gout, sejenis penyakit yang boleh dikatakan sering menyerang mereka yang sudah berusia. Dan gout juga penyakit yang telah lama wujud dalam bidang perubatan dan hingga kini penyakit ini menjadi satu mimpi ngeri kepada pengidapnya. 

Kenapa mimpi ngeri? Ini kerana sakitnya gout ini apabila ia menyerang, sakitnya yang teramat sakit dan hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu tahap kesakitannya.

Siapa yang berisiko mendapat sakit gout?

Jika dibandingkan antara lelaki dan wanita, lelaki lebih berisiko untuk mendapat sakit gout. Nisbahnya boleh dikatakan 9:1 dan wanita yang telah melalui fasa menopaus berisiko tinggi untuk mendapat gout.

Siapa lagi?

Mereka yang mempunyai keturunan pernah menderita gout juga berisiko tinggi untuk mendapat sakit gout suatu hari nanti. Ini bukan disebabkan oleh masalah asid urik lagi tetapi disebabkan “genetic variants” yang mana menyebabkan buah pinggang tidak dapat keluarkan asid urik dengan sempurna. Secara umumnya gout ini dikaitkan dengan artritis iaitu radang pada sendi.

Gout juga boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu;

i) Tahap pertama iaitu ia hanya menyerang di bahagian ibu jari kaki dengan menyebabkan ibu jari kaki mula bengkak, merah dan berdenyut.

ii) Tahap kedua, adalah rentetan daripada signal yang diberikan pada ibu jari kaki dan tidak dijaga ia akan mula merebak kepada bahagian sendi pula. Iaitu sendi-sendi tangan, lengan dan lutut.

iii) Tahap ketiga pula apabila trophi sudah membentuk di dalam sendi. Sendi akan membengkak tapi tidak terlalu sakit, namun ia akan membengkak sepanjang masa. Apabila dilakukan pembedahan dan tophi (seperti serbuk putih) dikeluarkan dari sendi, namun hal itu akan berulang kembali dalam jangka-jangka masa tertentu.

Adakah gout setakat gout sahaja?

Jawapannya adalah tidak. Ia akan menyebabkan terjadinya masalah batu karang pada buah pinggang yang juga amat sakit. Disebabkan itulah pesakit gout dinasihatkan untuk minum air putih yang banyak untuk mengelakkan daripada terjadinya masalah batu karang.

Masalah batu karang pada buah pinggang boleh terjadi komplikasi dari gout yang tidak dikawal dengan baik.

Untuk pengetahuan umum, gout ini terjadi disebabkan oleh pengumpulan asid urik berlebihan. Salah satu sebab terjadinya masalah ini adalah disebabkan oleh pengambilan purin dari luar dan juga disebabkan purin yang dihasilkan di dalam badan.

Apa itu purin? Purin adalah sejenis bahan kumuh protein dan seterusnya menghasilkan asid urik.

Pesakit Gout perlu elakkan makanan ini;

i) Organ dalaman (limpa, paru dan hati)

ii) Makanan yang bercengkerang

iii) Daging terutamanya daging itik perlu dielakkan

iv) Sayuran yang jenis berkacang, asparagus dan juga bunga kubis

v) Ikan iaitu ikan bilis, ikan sardin dan juga ikan kembung

vi) Makanan yang tinggi penggunaan ragi

Punca yang membawa kepada asid urik tinggi dalam badan seseorang ialah;

i) Obes / gemuk / lebih berat badan. Individu ini mempunyai risiko 4 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat sakit gout berbanding individu normal. Mereka juga terdedah dengan risiko masalah metabolik. Individu yang mengalami masalah buah pinggang dan masalah hormon seperti hipo paratiroid juga terdedah kepada risiko gout.

ii) Kerosakan sel disebabkan oleh masalah sirosis dan kanser tulang sumsum.

iii) Senaman yang berlebihan. Ini akan menyebabkan pencernaan otot dan menghasilkan purin.

iv) Gaya hidup yang tidak sihat iaitu stres dan tidur yang tidak mencukupi.

v) Pengaruh toksin yang berpunca daripada logam berat seperti plumbum yang terdapat dalam air minuman (jika tidak ditapis) yang datangnya daripada paip lama. Dinasihatkan untuk minum air tapis.

vi) Berpunca daripada racun-racun serangga (salah satunya sayur yang disembur dengan racun serangga).

vii) Peningkatan insulin dan pengambilan bahan-bahan yang mengandungi fruktosa yang datangnya daripada gula dan High Fructose Corn Syrup (HFCS).

Apa itu fruktosa dan kenapa ianya bahaya?

Gula putih yang sering diambil dalam minuman itu adalah sukrosa dan ianya terdiri daripada molekul utama iaitu glukosa dan fruktosa. Glukosa ini tidak mempunyai masalah kerana ia boleh digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.

Manakala fruktosa ini tidak digunakan oleh mana-mana sel dan ia dibawa terus ke hati. Apabila ianya dicernakan di hati, ini yang akan menyebabkan banyak masalah. Oleh itu, setiap individu perlu berhati-hati dengan pengambilan fruktosa tidak semulajadi.

Selain itu, lebih menakutkan 70-80% fruktosa akan ditukar menjadi Very Low Density Lipoprotein atau VLDL yang mana akan ini merupakan komponen yang menyebabkan obesiti.

Disamping itu, fruktosa juga boleh menghasilkan titisan lipid di hati yang boleh menyebabkan berlakunya sindrom hati berlemak dan boleh menyebabkan kerosakan hati. Ia juga boleh mengganggu nitric oxide pathway di dalam darah. Nitric oxide ini penting untuk pengembangan salur darah.

Hati berlemak meningkatkan risiko anda terkena gout

Jika paras nitric oxide rendah, salur darah akan menjadi sempit dan meningkatkan risiko darah tinggi. Ia juga boleh menyebabkan rintangan insulin meningkat seterusnya menyebabkan penyakit Diabetes.

Selain itu, fruktosa yang dihadam di hati boleh menghasilkan bahan-bahan kumuh seperti asid urik. Dalam kehidupan moden hari ini semua makanan kita mengandungi fruktosa.

Buah juga mengandungi fruktosa. Oleh itu, berhati-hatilah dalam pengambilan buah dan ia perlu diambil pada jumlah yang terkawal. Fruktosa dalam buah adalah lebih selamat dan semulajadi, ini kerana buah itu didatangi dengan serat, zat, bahan-bahan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Oleh sebab itu, ambil buah dalam bentuk pakej di mana ada racun dan penawar, namun jika HFCS sahaja diambil itu hanya racun semata-mata.

Minuman manis, gula, pastri dan makanan manis akan meningkatkan asid urik. Dan sebenarnya gout ini terjadi disebabkan keradangan yang berlaku dalam badan seseorang itu. Asid urik juga boleh meningkat disebabkan oleh faktor dalaman. 1/3 individu yang mempunyai asid urik tinggi mengalami masalah gout.

Namun, tidak semua individu yang mempunyai masalah asid urik tinggi mempunyai gout. 7-9% juga tidak mempunyai masalah asid urik yang tinggi.

7 TIPS ATASI GOUT

  1. Obes – obes berkait rapat dengan banyak penyakit, cara untuk elakkan obes adalah dengan kuruskan badan dengan cara lakukan Intermittent Fasting. Intermittent Fasting adalah satu cara untuk kawal pengambilan kalori iaitu dengan mengehadkan pengambilan makanan dalam julat 6 - 8 jam tetapi boleh minum air atau minuman tanpa kalori seperti teh kosong dan kopi kosong.
  1. Mengurangkan pengambilan fruktosa iaitu dengan elakkan mengambil gula dan air manis. Disarankan untuk perbanyakkan minum air putih, kalau nak minum air kelapa pun boleh, tapi pilih air kelapa tanpa gula.
  1. Kurangkan paras insulin dalam badan dengan mengelakkan makanan yang tinggi Glisemik Indeks (GI). Pulut perlu dielakkan kerana pulut mempunyai GI yang tinggi (98) sama seperti makan gula. Untuk mendapatkan kawalan insulin yang baik, anda perlu menjalani gaya hidup sihat seperti kurangkan stres, tidur mencukupi dan senaman. Senaman yang baik adalah dapatkan 150 minit seminggu.
  1. Lakukan keto diet yang mana boleh turunkan asid urik dalam badan.
  1. Tingkatkan pengambilan magnesium dengan mengambil suplemen magnesium dan juga potassium pada kadar optimum. Tetapi pesakit buah pinggang perlu berhati-hati dengan potassium.
  1. Kopi – 1 hingga 4 cawan sehari boleh menghalang gout
  1. Anti radang (nutrisi yang mempunyai anti radang) seperti polifenol daripada buah-buahan berfungsi boleh mencegah serangan gout, vitamin C dan kunyit. Jus nanas boleh membawa kepada gout namun pulur nanas dibolehkan untuk mengurangkan gout.

Jangan lupa kongsikan info ini kepada yang tersayang!

Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->