Ubat Gastritis Kena Banned! Apa Akan Jadi?

-
0

 

Wow ramai yang menggelabahkan bila ubat gastritis yang popular itu telah di banned! 

Jangan panik! Di sini ada jalan penyelesaian yang boleh diamalkan. Sebelum tu, apa kata kita kenali dahulu apa itu gastritis.

Apa itu Gastritis? 

Ramai juga yang memanggilnya dengan nama gastrik. Itu tidak tepat kerana maksud gastrik adalah perut. Gastritis pula membawa makna keradangan perut. Ramai yang mengalami masalah ini dan ada dalam kalangan mereka tidak tahu pun samada mereka menghidap masalah gastritis yang serius ataupun tidak.

Kenapa gastritis ini berlaku?

Ini kerana dalam perut mempunyai asid hidroklorik (pH 1). Ironinya, jika dimasukkan tangan ke dalam perut beberapa ketika dan keluarkan tangan mungkin yang tinggal hanya tulang. Betapa kuatnya asid tersebut.

Dan sebenarnya manusia memerlukan asid hidroklorik sebagai 1st line defence. Bila makan makanan tercemar, ianya boleh dihadamkan dengan asid. Namun begitu, masih ada kuman yang boleh bertahan!

Asid ini sangat penting untuk membantu enzim tertentu menghadamkan protein. Dan kebiasaannya, ia diperlukan untuk menghadam daging.

Tapi kenapa daging perut manusia tidak hancur?

Ini kerana pada permukaan perut manusia, ia mempunyai mucosal lining atau dipanggil lendir yang kaya dengan bikarbonat yang dapat menuetralkan asid dan seterusnya melindungi permukaan perut manusia.


Walaubagaimanapun, jika lendir tersebut terdapat jangkitan, asid akan tembus dan menyebabkan keradangan perut. Maka disitulah bermula masalah gastritis.

Ia juga ada kaitan dengan apa yang disebutkan sebagai GERD (Gastroesophageal Reflux Disease). GERD ini adalah keadaan di mana keadaan asid naik ke atas dan jika dibiarkania boleh meningkatkan risiko kanser. Oleh itu, disarankan mereka yang mempunyai masalah GERD untuk berpantang makanan pedas, kafein, mint, buah-buahan sitrus, makanan yang lambat hadam (tinggi lemak) dan juga elakkan STRES!

SIMPTOM Gastritis

1) Cepat berasa lapar walaupun baru sahaja lepas makan.

2) Apabila makan masakan pedas, akan mudah merasa pedih ulu hati.

3) Rasa letih dan lesu.

4) Rasa kembung.

5) Nafas tidak selesa dan mudah tercungap.

6) Sakit pada tengkuk hingga membawa ke bahagian belakang.

BAHAYA Gastritis tidak dirawat

Ianya tidak boleh dibiarkan begitu. Ini kerana gastritis yang tidak dirawat boleh menyebabkan permukaan perut mula terhakis seterusnya menyebabkan sel perut terluka. Ia akan membawa kepada masalah lain pula iaitu ulser perut (gastrik ulser).

Tambah bahaya apabila luka terkena pada salur darah yang boleh menyebabkan pendarahan yang serius di dalam perut. Boleh menyebabkan muntah darah dan najis akan mula berwarna hitam dan kemerahan. Tekanan darah akan menjadi rendah dan individu terbabit perlu menjalani pembedahan dengan segera. Malah, terdapat juga keadaan yang lebih serius apabila ulser menembusi perut sehingga menyebabkan isi perut keluar (peritonitis = keradangan dalam perut) dan ia memerlukan rawatan kecemasan.

RAWATAN Gastritis


Kebiasaannya dua bahan yang akan diberikan iaitu ;

1) Antasid

Contohnya seperti ubat kapur yang mana tinggi dengan kalsium, aluminium atau magnesium. Selalu akan dikombinasikan dengan antihistamine H2, receptor antagonist. Biasanya digunakan untuk resdung dan juga selesema. H2 receptor ini pula bertanggungjawab merembeskan kandungan asid dalam perut.

Boleh jadi juga anda diberikan Tagamet (Cimetidine), namun ianya mempunyai kesan anti-androgenic iaitu merangsang pengeluaran prolactin jika makan untuk satu tempoh masa yang lama. Kesan kepada lelaki ialah tumbuh payuteruna dan pada wanita pula merangsang penghasilan susu badan.

2) Zantac ataupun Ranitidine

Pernah suatu ketika ubatan ini viral kerana telah dikatakan Ranitidine daripada Malaysia dicemari oleh NDMA (N-Nitrosodimethylamine). Bahaya tak?

NDMA terdapat di mana-mana. Contohnya pencemaran udara, asap rokok, minuman tercemar, makanan terutamanya daging yang diawet, ada di dalam keju, ikan, bahan pencuci dan bahan-bahan kosmetik. Kadang kala, NDMA juga terdapat di dalam udara, di dalam kereta. Oleh sebab itu, apabila masuk kereta sebelum membuka penyaman udara hendaklah membuka tingkap terlebih dahulu untuk keluarkan udara yang tercemar.

Bahayanya bahan ini kerana ia didapati boleh menyebabkan kanser, kecacatan pada bayi dan risiko mutasi DNA. Dan ianya berada di persekitaran kita.

Apa yang harus dilakukan?

Boleh gunakan antacid ataupun Famotidine (yang tidak tergolong dalam Ranitidine). Selain itu, boleh juga gunakan Proton Pump Inhibitors yang mana ia boleh menghentikan perembesan asid. Namun, ia tidak boleh digunakan untuk jangka masa panjang kerana mempunyai kesan sampingan seperti meningkatkan risiko kanser, nyanyuk, osteoporosis, jangkitan kuman yang merbahaya, Chronic Kidney Disease (CKD) jika diambil secara kronik dan boleh mengganggu keseimbangan elektrolit dalam badan. Elak guna ubat gastritis secara berterusan.

ALTERNATIF mengubati Gastritis selain ubat

5 tip penting untuk anda : 

1) Kenal pasti punca & elakkan


  • Elakkan stres yang berpanjangan.
  • Elakkan merokok.
  • Elakkan makanan pedas. Di Indonesia, ramai di kalangan rakyatnya menghidap masalah perut kerana kerap makan pedas malah hampir ke semua masakan mereka pedas.
  • Elakkan makanan masam dan mempunyai lada/cili.
  • Elakkan makanan tinggi lemak.
  • Elakkan makanan bergoreng kerana makanan bergoreng mengandungi AGEs (Advanced Glycation End Products). AGEs akan menyebabkan keradangan.
  • Makanan dan minuman tinggi kafein, coklat dan bergas.
  • Ubat juga menyebabkan gastritis. Antara ubat yang popular menyebabkan gastritis ialah ubat tahan sakit, ubat antibiotik dan juga steroid.
  • Pola makanan juga mempengaruhi terutamanya mereka yang mempunyai masalah perut sensitif.
  • Masalah auto-imun seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), rheumatoid arthritis dan psoriasis.
  • Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman iaitu Helicobacter pylori. Ini perlu ke klinik untuk mendapat rawatan.

2) Pastikan tidak sembelit

Apabila anda mempunyai masalah penghadaman, ia akan menyebabkan angin. Disyorkan untuk mengambil sayur yang banyak. Pengambilan serat  yang banyak boleh membantu menurunkan risiko ulser perut sehingga 60%.

3) Makanan

  • Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt dan kimchi.
  • Amalkan makanan yang mengandungi rendah lemak seperti ikan dan dada ayam.
  • Pisang amat efektif kerana boleh mengatasi keradangan.
  • Ambil makanan yang bersifat anti-radang yang boleh melawan stres oksidatif iaitu makanan yang mengandungi flavonoid seperti anggur, beri, teh hijau, brokoli dan kranberi.
  • Madu juga digalakkan kerana mengandungi khasiat fitonutrisi yang bersifat anti-radang.
  • Pengambilan bawang putih juga disyorkan untuk melawan kuman Helicobacter Pylori.
  • Halia dan kunyit juga sangat berkhasiat.

4) Senaman/ pola pemakanan

  • Senaman boleh meningkatkan hormon ceria dan menghilangkan stres.
  • Elakkan perut kosong dan amal makan sedikit tetapi kerap.
  • Elakkan berbaring sejurus selepas makan kerana ia boleh menyebabkan GERD.
  • Disarankan jalan kaki selama 5-10 minit selepas makan.
  • Elakkan makan 3-4 jam sebelum tidur.

5) AstaREAL P2AF

AstaREAL P2AF boleh merawat dan mencegah ulser yang disebabkan oleh kuman Helicobacter pylori. Disarankan untuk gabungkan pengambilan AstaREAL P2AF bersama kolagen kerana kolagen mampu untuk membaiki dan menganjalkan sel perut yang rosak dan mengurangkan penghasilan asid di dalam perut. Serta pastikan minum air kosong yang mencukupi.


Adakah perkongsian ini bermanfaat untuk anda? Jika ya, jangn lupa kongsikannya kepada rakan-rakan ya.

Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->