Apa Akan Terjadi Sekiranya Garam Diambil Secara Berlebihan Dalam Masakan?

-
0

Garam sememangnya bahan utama yang digunakan untuk menyedapkan makanan, selain daripada gula. Memang tak sah kalau masak tanpa garam, pasti akan terasa ada kurangnya pada rasa masakan tersebut.

Rata-rata rakyat Malaysia sangat menekankan rasa dalam setiap masakan mereka. Garam,gula dan juga perisa tambahan menjadi “kawan baik” setiap kali ingin ke dapur.

Tapi, tahukah anda, garam sebenarnya ada sukatan yang perlu diambil setiap hari? Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan agar kita mengambil kuantiti garam sebanyak 5 gram sahaja sehari, bersamaan 1 sudu teh. Sekiranya anda mengambil lebih daripada kuantiti yang disarankan ini secara berterusan untuk satu tempoh masa yang lama, anda berisiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan. 

 

Umum mengetahui, garam merupakan punca utama kepada penyakit darah tinggi. Namun,  mungkin kerana tiada kesedaran ataupun pengetahuan, perkara ini tidak dianggap penting.

Mengambil garam secara berlebihan dalam makanan boleh mengundang masalah kesihatan seperti tekanan darah menjadi tinggi, meningkatkan risiko strok, penyakit kardiovaskular serta kegagalan fungsi buah pinggang.

Mengapa masalah ini semua boleh terjadi? Anda perlu tahu yang garam mempunyai sejenis komponen utama yang dikenali sebagai natrium ini berfungsi untuk mengekalkan tahap air yang diperlukan oleh tubuh. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang berlebihan, bermaksud anda menambah kuantiti air sehingga menyebabkan berlakunya tekanan pada darah.

 

Darah akan mengalami kesukaran untuk mengalir disebabkan air yang berlebihan dalam pembuluh darah sehingga menyebabkan berlakunya tekanan. Konsepnya mudah sahaja, banyak garam akan menyebabkan banyak penyerapan air. Banyak air, maka tinggilah tekanan pada darah anda.

Jadi, bagaimana nak kekal mengambil garam dalam masakan tanpa perlu berhadapan dengan risiko tekanan darah tinggi?

Anda perlu kawal  pengambilan garam dalam makanan. Baca tips di bawah:

  1. Masukkan garam dalam masakan anda ketika api sudah ditutup
  2. Elakkan penambahan sos ataupun kicap dalam masakan
  3. Lebihkan sayur-sayuran hijau dalam masakan sebagai perisa asli

Bermanfaat? Kongsikan bacaan ini kepada rakan-rakan anda ok :)  

#EskayvieMalaysia

 

 

-->
English
English