Elakkan 5 Perkara Ini Ketika Periksa Gula Darah Di Rumah

-
0

Bagi anda yang menghidapi masalah diabetes, pastinya anda akan terbiasa mendengar tentang periksa tahap gula dalam darah kan? Bagi yang masih tidak tahu, periksa tahap gula dalam darah ini merupakan rutin harian bagi mereka yang mengidap masalah diabetes. 

Apakah itu masalah diabetes? 

Secara ringkasnya, diabetes ataupun kencing manis merupakan salah satu penyakit kronik di mana kandungan gula dalam darah terlalu tinggi berbanding normal. Seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes, menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019.

Penyakit ini mungkin tidak boleh hilang begitu sahaja namun masih boleh dikawal dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Selain itu, kandungan gula dalam darah juga boleh diperiksa setiap hari bagi memastikan paras gula dalam darah tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. 

Oleh kerana proses pemeriksaan gula boleh dilakukan di rumah, ramai yang melakukan kesilapan sehingga akhirnya menyebabkan bacaan tidak tepat dan mengundang kepada masalah yang lain pula.

Ini 5 perkara yang perlu anda elakkan ketika ingin memeriksa tahap bacaan gula dalam darah anda ketika di rumah. 

  1. Elakkan dari melakukan pemeriksaan pada waktu yang sama setiap hari. Bacaan pada waktu yang berbeza membolehkan anda mendapat keputusan yang berbeza. 
  2. Elakkan dari menggunakan hanya satu jari setiap kali dengan berulang kerana ia hanya akan menyebabkan kesakitan dan kecederaan.
  3. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kepanjangan jarum glukometer boleh ditetapkan mengikut tahap ketebalan kulit jari yang ingin dicucuk dan ia adalah satu kesilapan besar.
  4. Elakkan menggunakan jarum yang sama untuk jari yang berbeza. Hanya satu jarum sahaja boleh digunakan untuk satu jari. 
  5. Elakkan dari berada di kawasan yang tidak bersih. Dalam erti kata yang lain, pastikan rumah anda sentiasa bersih kerana kuman dan bakteria boleh merebak dengan cepat sekiranya terdapat luka pada badan anda. 

Bermanfaat? Kongsikan bacaan ini kepada mereka yang tersayang.

 

-->
English
English