Ketahui 7 tanda anda mungkin mengalami kekurangan Vitamin C

-
0

Jika zaman dulu mungkin kurang Vitamin C ni sangat biasa, satu keadaan yang dipanggil sebagai scurvy. Keadaan ini sebenarnya mula-mula terjadi pada kelasi kapal. Pada zaman dulu kapal kalau berlayar tu lama, jadi lama lah kelasi ni tak jumpa darat. Apabilaย lama tak dapat sumber makanan-makanan daripada darat, kelasi ni jadi tak cukup pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga menyebabkan kekurangan Vitamin C. Itulah kenapa ramai kelasi kapal zaman dahulu yang meninggal disebabkan penyakit scurvy.

Antara simptom-simptom scurvy termasuklah mula rasa letih-letih yang terlalu teruk. Walaupun tidur dah cukup sekalipun, tapi bila bangun tidur tu masih macam tak cukup tidur. Dan bukan itu sahaja, ramai juga yang alami perubahan mood yang ketara. Moody, asyik marah dan tidak riang seperti biasa. Simptom seterusnya adalah pendarahan yang mana ramai pesakit scurvy meninggal disebabkan pendarahan.ย 

Bukan pendarahan pada kulit sahaja tetapi juga pendarahan dalaman sehingga boleh menyebabkan jangkitan.

Penyakit scurvy ini boleh berlaku bermula seawal 4 minggu jika tidak mengambil makanan yang mempunyai Vitamin C contohnya seperti sayuran dan buahan. Namun kadang kala simptom ini mengambil sedikit masa untuk muncul, ada yang sehingga satu ke dua bulan barulah nampak simptom yang lebih serius. Walaupun kita ni dah berada pada zaman moden yang memang terdedah kepada pelbagai jenis makanan, tetapi jika ikut kajian, sekitar 7% rakyat Amerika Syarikat masih mempunyai masalah kekurangan Vitamin C.

Tapi apa pula kaitan antara Vitamin C dan kecantikan serta kesihatan kulit? Adakah betul kulit kering ni petanda awal badan kekurangan Vitamin C?

Bila dilihat kembali, sebenarnya Vitamin C banyak didapati pada lapisan epidermis iaitu lapisan kulit paling atas. Jadi, Vitamin C pada bahagian ini memainkan peranan yang amat penting untuk memelihara lapisan pelindung di kulit dan melindungi kulit dari kehilangan air. Daripada sini kita faham bahawa jika kulit kekurangan vitamin C, kehilangan air akan menjadi lebih banyak dan menyebabkan kulit menjadi kering dan bersisik-sisik. Seperti yang kita tahu juga, Vitamin C adalah sumber antioksidan yang baik dimana antioksidan ini adalah sejenis bahan yang boleh melindungi sel-sel badan dari radikal bebas. Ringkasnya, apabila radikal bebas wujud pada kuantiti yang terlalu banyak dalam darah boleh menyebabkan kerosakan kepada badan.

Radikal bebas ni datang dari mana pula? Ia boleh datang dari pelbagai sumber termasuklah sinaran matahari berlebihan, pencemaran, udara, makanan, alat kosmetik dan sebagainya. Vitamin C yang mencukupi boleh melindungi badan dari serangan radikal bebas tetapi pada kuantiti yang sedikit, Vitamin C tidak dapat melindungi sel badan dari kerosakan. Lama kelamaan sel akan rosak dan kesannya boleh dilihat pada permukaan kulit contohnya age spot ataupun jeragat.

Malah, anda juga akan mudah untuk nampak kesan penuaan kerana Vitamin C ini membantu sel-sel fibroblas untuk menghasilkan kolagen semulajadi dalam badan. Barulah sel badan dapat hasilkan kolagen yang mencukupi. Jadi secara tidak langsung, apabila kolagen mencukupi, kedutan pada kulit akan jadi tidak terlalu menyerlah dan kulit menjadi anjal semula. Kita boleh simpulkan yang Vitamin C sangat penting untuk penghasilan kolagen pada bawah kulit dan juga organ.

Mungkin ramai juga yang bertanya adakah pengambilan Vitamin C boleh bantu untuk memutihkan kulit? Bagi saya, bila terdedah kepada cahaya matahari, badan akan menghasilkan satu pigmen dipanggil melanin untuk menghitamkan kulit. Apabila badan dilindungi oleh Vitamin C, kadar pigmen melanin yang dihasilkan akan berkurangan dan secara tak langsung ini boleh mencerahkan kulit disamping membantu keremajaan kulit.

Kenapa penting Vitamin C pada zaman sekarang? Ini kerana ramai yang kata Vitamin C boleh didapati pada buahan dan sayuran. Memang kita tahu keperluan badan untuk Vitamin C kalau ikut buku diperlukan sekitar 75-90 mg sehari. Tapi kini, banyak kajian menunjukkan untuk mengoptimakan pengambilan Vitamin C dalam badan memerlukan sekitar 500-1000mg sehari. Kenapa? Sebab keperluan Vitamin C ini akan meningkat apabila badan berada pada keadaan stress atau sakit sehingga menyebabkan keperluan naik sehingga 10-20x ganda.

Bila orang kata ada jangkitan kuman, badan akan perlukan stok vitamin C yang lagi banyak dari biasa. Yang jadi masalahnya bila badan manusia tidak boleh hasilkan sendiri Vitamin C ni. Jadi memang perlu diambil dari sumber luar. Jika kita tak ambil makanan yang mempunyai Vitamin C memang tiada la Vitamin C di dalam badan. Lebih-lebih lagi Vitamin C ni adalah Vitamin larut air. Apabila ia berlebihan dan tak digunakan, Vitamin C akan terus dikeluarkan melalui buah pinggang dan air kencing sehingga menyebabkan tiada stok vitamin C langsung di dalam badan.

Sebab itu kadang kala pengambilan perlulah diambil mencukupi bukan asal cukup sahaja. Lebih-lebih lagi kita faham, statistik menunjukkan 95% rakyat Malaysia tak makan sayuran dan buahan yang mencukupi sehingga mendedahkan lagi mereka kepada kekurangan Vitamin C.

Contohnya ada seorang penyanyi ni menghidapi masalah scurvy selepas mengamalkan diet karnivor. Maksudnya selama 2 bulan dia hanya makan daging sahaja dan langsung tidak menyentuh sayuran atau tumbuhan sehingga akhirnya dia mula menunjukkan tanda-tanda scurvy.

๐“๐š๐ฉ๐ข ๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐š ๐ฅ๐š๐ ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ฌ๐œ๐ฎ๐ซ๐ฏ๐ฒ ๐ง๐ข?

1) Mereka yang makan tak berkualiti dan seimbang contohnya asyik makan mee segera je, dan tak sentuh langsung makanan lain atas beberapa faktor, mungkin tidak gemar atau status ekonomi yang rendah.

2) Ibu hamil, menyusu, merokok.

3) Pesakit penyakit metabolik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.ย 

4) Sindrom anorexia yang menyebabkan penghidapnya tiada selera makan dan ada masalah psikologi yang menyebabkan mereka tidak boleh makan.

5) Pesakit dialisis yang memerlukan cuci darah kerana stress oksidatif yang meningkat dan memerlukan vitamin C yang banyak.

Kalau anda adalah orang-orang yang saya sebutkan tadi, memang anda terdedah kepada kekurangan Vitamin C. Tapi apaย tanda yang menunjukkan bahawa anda alami kekurangan Vitamin C?

๐Ÿ) ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ญ ๐ค๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ 

- Seperti yang saya katakan tadi, kulit kering adalah antara tanda Vitamin C yang tidak mencukupi. Tanda lain yang boleh dilihat pada kulit termasuklah keratosis pilaris iaitu keadaan dimana protein keratin ini menyumbat pada bahagian pori-pori dan liang roma kulit. Apabila pori-pori ni tersumbat, bulu roma akan menjadi rapuh dan nampak seperti bergulung-gulung nipis dan tak berkualiti.

- Contoh keadaan lain adalah pre-follicular haemorrhage yang boleh dilihat pada banyak tempat seolah-olah ada tompakan kecil darah pada permukaan kulit.

- Vitamin C juga seperti saya telah kongsikan amat penting untuk penyembuhan luka. Mereka yang kekurangan Vitamin C akan mengalami kesukaran untuk menyembuhkan luka sekaligus juga golongan ini akan terdedah kepada masalah ulser kronik yang sering terjadi pada bahagian hujung kaki yang luka dan berkudis. Kadang kala, ada juga yang sampai luka lama terbuka semula. Ini adalah gejala-gejala pertama.

๐Ÿ) ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ

- Kebiasaannya mereka yang ada masalah scurvy ini, kuku mereka akan berbentuk cembung seperti sudu yang melengkung ke bahagian dalam. Kuku juga akan menjadi tidak kuat, mudah patah, nipis, bertompok pendarahan di bawah kuku dan mungkin juga akan kelihatan lapisan hitam lurus pada bahagian kuku.

๐Ÿ‘) ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ง๐๐ข

- Kekurangan Vitamin C amat memberi kesan kepada kesihatan tulang sendi yang mana pada bahagian ini terdapat banyak tulang rawan. Bahagian tulang rawan ini diperbuat daripada kolagen yang apabila penghasilannya terjejas akan menyebabkan mudah mendapat sakit sendi.

- Selain sakit sendi, mereka yang kekurangan Vitamin C juga sangat terdedah kepada masalah osteoporosis ataupun patah tulang kerana tulang menjadi poros. Apa yang dikaji adalah Vitamin C didapati membantu merangsang pembentukan tulang. Bukan Vitamin D sahaja ye yang penting untuk pembentukan tulang, Vitamin C juga sangat penting untuk pembentukan tulang yang berkualiti dan kuat.

- Untuk mereka yang kekurangan Vitamin C tidak pelik untuk alami masalah gusi merah, bengkak dan mudah berdarah. Jika dibiarkan, perkara ini akan menyebabkan keradangan pada bahagian gusi sehingga menyebabkan gigi mudah tanggal dan menjadi rongak.ย 

๐Ÿ’) ๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง

- Seperti yang saya telah kupaskan, ada segelintir individu yang walaupun dah cukup rehat tetapi apabila bangun pagi, masih rasa penat yang teramat. Kadang kala, ia disertai dengan perubahan mood yang ketara sehingga mereka menjadi temper, baran dan mudah marah. Sebenarnya simptom ini adalah simptom yang paling awal terjadi iaitu sekitar 2-3 minggu apabila mereka kekurangan Vitamin C.

๐Ÿ“) ๐†๐ž๐ฆ๐ฎ๐ค

- Kekurangan Vitamin C juga boleh menjurus kepada peningkatan berat badan yang tidak diketahui puncanya. Faham-faham lah 50.1% rakyat Malaysia adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Sebab apa? Sebab didapati Vitamin C ini akan membantu lemak-lemak untuk keluar daripada sel lemak disamping ia boleh membantu mengurangkan hormon stres. Dua perkara ini lah yang sebenarnya sangat membantu menyiapkan badan untuk mengatasi mod simpan lemak yang dialami badan. Jadi jika anda sukar turun berat, ada kemungkinan sebenarnya anda juga kekurangan Vitamin C.

๐Ÿ”) ๐Œ๐ฎ๐๐š๐ก ๐ฃ๐š๐ญ๐ฎ๐ก ๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ

- Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan sistem pertahanan tubuh badan menjadi rendah sehingga menyebabkan individu mudah jatuh sakit. Kadang-kadang sakit ni boleh menjadi sangat teruk. Contohnya dari demam selesema biasa boleh menjadi teruk sehingga ke tahap menjadi radang paru-paru atau dikenali sebagai pneumonia.

- Vitamin C ini didapati boleh merangsang sel-sel sistem imun kita sebab itulah penting lebih-lebih lagi pada musim COVID19 ni kita memerlukan sistem imun badan yang kuat.

- Saintis kini dah mengeluarkan kajian seperti dari Dr Andrew pada tahun Disember 2020. Beliau mendapati bahawa Vitamin C amat kritikal dan penting pada masa kini untuk meningkatkan sistem imun. Ini kerana Vitamin C mempunyai kesan anti-virus, anti-radang serta bersifat antioksidan dan mampu meningkatkan sistem imun badan untuk mengelakkan jangkitan COVID19 sekaligus mengurangkan keseriusan penyakit tersebut.

- Apa yang telah dikaji kini, pengambilan Vitamin C secara oral sebanyak 2-8 gram sehari boleh menurunkan jangka masa demam COVID19 dan mengelakkan jangkitan ke paru-paru agar tidak mendapat jangkitan COVID19 pada tahap 3,4 dan 5.

- Beliau juga mendapati pengambilan Vitamin C secara intravena sebanyak 6-24 gram sehari mampu menurunkan kadar kematian disebabkan COVID19, memendekkan bilangan hari di ICU dan menurunkan risiko bergantung kepada mesin pernafasan. Semua dapat ini telah ditulis pada kajian beliau. Malah, negara China dan Korea juga telah mula memberikan suplemen Vitamin C kepada frontliner mereka sebanyak 1-2 gram sehari sebagai pencegahan awal untuk bantu tingkatkan sistem imun dan merendahkan mortaliti kematian.

Jadi untuk rakyat Malaysia ni, saya syorkan untuk makan buah dan sayuran yang mencukupi. Kita ni sampai 95% tidak ambil sayur dengan mencukupi sedangkan banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan dari makanan sumber tumbuhan ini.ย 

Bermanfaat? Kongsikan kepada mereka yang tersayang ya !

Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->
English
English