Rokok Elektronik Alternatif Terbaik Untuk Berhenti Merokok?

-
0

Perubahan teknologi kini telah membuatkan pelbagai industri melalui proses penambahbaikan dan industri gaya hidup turut tidak terkecuali. Rokok elektronik (vape) juga diciptakan sebagai alternatif terbaik bagi menggantikan rokok biasa.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peranti rokok elektronik mengandungi nikotin. Manakala, peranti dengan fungsi sama yang tidak mengandungi nikotin digelar sebagai vape. Selain itu rokok elektronik terbaru juga dikenali sebagai ‘E-Cigs’, ‘mods’, ‘E-Hookahs’ dan pod.

Hasil kajian yang diterbitkan di dalam jurnal dalam talian pada Mei 2015 bertajuk "Addiction" mendapati e-rokok generasi ketiga (peranti dengan penggunaan kuasa bateri yang boleh dilaras) mampu menghasilkan formaldehid yang boleh menyebabkan kanser, namun ia hanya berlaku dalam keadaan yang "ekstrem".

Secara umumnya, kandungan cecair e-rokok terdiri daripada propilena glikol, gliserol, atau kedua-duanya, ditambah dengan nikotin dan bahan kimia perisa. Formaldehid terbentuk hasil daripada tindak balas propilena glikol dan gliserol ketika pengewapan.

Kajian Farsalinos mendapati apabila peranti itu menggunakan kuasa terlalu tinggi, ia akan menghasilkan wap kering atau "dry puff." "Namun wap kering itu akan menyebabkan rasa kurang menyenangkan dalam mulut perokok, sekali gus menyebabkan mereka enggan menghisap 'vape' dalam keadaan berkenaan," katanya.

Tambahnya, biarpun formaldehid turut dibebaskan menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau.

Namun, adakah ini bermakna, rokok elektronik ini tidak membawa bahaya kepada kesihatan? 

Sebenarnya ramai yang beralih ke rokok elektronik sebagai usaha untuk mengurangkan rasa ketagih terhadap nikotin dan juga mengurangkan risiko menghidap kanser paru-paru akibat kandungan tar di dalam rokok biasa. 

Betul, rokok elektronik tidak mengandungi tar, ia hanya mengandungi sedikit nikotin. Tetapi ramai tidak tahu yang rokok elektronik juga mengandungi bahan kimia yang turut mengakibatkan berlakunya kemerosotan pada tahap kesihatan.

Rokok elektronik juga mengandungi beberapa bahan kimia seperti : 

  1. Bahan Perasa - Boleh menyebabkan kematian sel paru-paru, otak dan kulit. 
  2. Propylene Glycol (PG) - Bahan sisa petroleum yang menukar cecair kepada wap, boleh menyebabkan keradangan pada sistem pernafasan. Juga boleh menyebabkan kanser formaldehyde. 
  3. Gliserin - Bahan yang berfungsi memberikan ketebalan kepada wap. Boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman. 
  4. Fromalin, timah, merkuri dan pelbagai jenis logam berat lain juga meningkatkan risiko kanser.

Walaupun rokok elektronik tidak sebahaya rokok biasa, namun risiko untuk perokok berhadapan dengan masalah kesihatan sehingga membawa kepada kanser dan kerosakan paru-paru tetap ada. Sekiranya anda masih merasakan rokok elektronik merupakan alternatif terbaik untuk berhenti merokok, anda perlu fikirkan semula.

#EskayvieMalaysia 

Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->