Betul Ke Kolagen Boleh Kekalkan Keanjalan Kulit?
Anda semestinya pernah dengar tentang kolagen kan? Kolagen merupakan sumber protein yang sangat penting bagi tisu dan tulang badan kita. Bagi kulit, komposisi kolagen ialah sebanyak 75%, lebih tinggi berbanding komposisi di sendi (70%) dan ligamen (70%). Kolagen membantu memberikan struktur dan juga keanjalan terhadap kulit sehingga menghasilkan kesan yang cantik pada tekstur kulit.
Betul, dengan adanya kolagen pada kulit, keanjalan kulit dapat dikekalkan dan hasilnya, anda akan kelihatan lebih muda dan cantik.
Kolagen boleh diambil dengan pelbagai cara. Sama ada melalui suntikan, makanan seperti pil ataupun kapsul, dan juga dalam bentuk minum seperti jus.
Bagaimana nak pastikan kolagen itu berkesan?
Seorang pakar kecantikan, Debbie Thomas berkongsi bahawa manfaat kolagen buat kulit dapat dirasai sekiranya anda membuat pemilihan yang tepat dalam memilih kolagen yang sesuai.
Pemilihan kolagen yang betul dapat menentukan kesannya kepada kulit. Malah, menurutnya lagi, sekiranya kolagen di ambil secara teratur dalam satu tempoh yang panjang, kulit anda akan bebas dari sebarang masalah seperti kekedutan, kekeringan dan juga jerawat.
Untuk kesan yang lebih cepat dan berpanjangan, anda disarankan untuk mengambil kolagen sebanyak 10,000mg dos sehari.
Pastikan Kolagen Anda Berkualiti Tinggi
Realitinya, bukan semua kolagen adalah selamat dan berkualiti tinggi. Sebab itu anda perlu memilih dengan bijak. Menurut kajian, kolagen daripada sumber marin terbukti lebih bermanfaat untuk keanjalan kulit! Sebab itu, penting untuk anda pastikan produk kolagen yang anda ambil disahkan selamat dan datang daripada sumber-sumber yang berkualiti tinggi ye.