Risiko Darah Beku Sehingga Sebabkan Serangan Strok. Ini Yang Perlu Anda Lakukan.

-
0

 Apabila sesuatu masalah itu terjadi selepas jangkitan covid, ianya dikenali sebagai long covid. Apa yang anda kena faham juga adalah, perkara ini bukan sahaja berlaku di kalangan individu yang mempunyai simptom serius akibat covid, tapi juga berlaku di kalangan individu yang asymptomatic atau mempunyai simptom yang ringan-ringan.

Antara simptom long covid yang akan kita bincangkan hari ini adalah tentang darah beku. Darah beku ini adalah satu fenomena yang digeruni. Badan kita terdiri daripada 37.3 trillion sel, dan sel ini diberi makan oleh darah yang mengalir, jadi kalau salur darah tersumbat, sel pun tak dapat makan, apabila sel tak dapat makan ia akan menjadi lemah dan seterusnya menyebabkan kematian sel. Daripada 37.3 trillion sel ini telah dibekalkan dengan salur darah yang panjangnya sekitar 96 ribu km, maksudnya kalau dibentangkan salur darah kita yang panjang itu, boleh pusing dunia lebih daripada 2 kali.


Kajian dijalankan oleh saintis di Sweden yang diterbitkan dalam BMJ baru-baru ini dimana, mereka melakukan perbandingan di antara 1 juta individu yang pernah dijangkiti covid dengan 4 juta individu yang tidak dijangkiti covid, daripada perbandingan tersebut, angka yang mendapat masalah pulmonary embolism meningkat 33 kali ganda bagi mereka yang pernah dijangkiti covid samaada simptomnya mild atau serius. Selain daripada pulmonary embolism, kita juga berhadapan dengan deep venous thrombosis, iaitu melibatkan salur darah pada bahagian kaki, kadang-kadang bahagian dalam vein itu akan tersumbat oleh darah beku, dan kita tak rasa sangat sebab simptomnya cuma bengkak kaki, sakit, merah. Dan masalah ini sebenarnya meningkat 5 kali ganda jika dibandingkan dengan mereka yang tidak dijangkiti covid. 

Sewaktu dijangkiti covid juga boleh meningkatkan risiko strok sehingga 2 bulan selepas dijangkiti, masalah paru-paru pula sehingga 6 bulan selepas dijangkiti. Ada juga kajian menunjukkan bahawa jangkitan covid yang disertai dengan simptom yang ringan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat pulmonary embolism sebanyak 7 kali ganda. Tetapi, seandainya simptom covid itu serius , ia boleh meningkatkan risiko sebanyak 290 kali ganda pulmonary embolism. Risiko-risiko lain termasuklah cardiovascular disease seperti heart disease, ischemia yang mana risikonya meningkat sebanyak 63%, manakala risiko strok pula adalah sebanyak 52%. 

Antara 3 jenis darah beku yang utama adalah:

  1. Pulmonary embolism

Pulmonary bermaksud paru-paru. Embolism pula darah beku yang wujud pada salur darah yang besar, tapi sedikit demi sedikit ia keluar dan pecah kepada fragment-fragment yang kecil, dan ini akan dialirkan ke aliran darah dan sampai ke satu tahap ia akan tersumbat di bahagian paru-paru. Contohnya mungkin darah beku itu berlaku di bahagian betis kita, tapi ia kemudiannya berpecah ke dalam aliran darah sehingga sampai ke bahagian paru-paru. 

Apakah tanda-tanda pulmonary embolism?

  • Sesak nafas
  • Sakit dada terutamanya ketika tarik nafas 
  • Pengsan sekiranya tahap itu sudah serius. Daripada statistik juga 10 % antara individu yang pengsan akibat pulmonary embolism ini boleh sehingga menyebabkan maut. 

Bagaimana pula dengan tanda sekiranya darah beku terjadi pada bahagian betis kita (DVT)?

  • Bahagian betis sehingga buku lali akan membengkak, berdenyut, sakit, berubah warna samada merah atau hitam. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, perlulah segera ke klinik atau hospital

Individu yang berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini adalah seperti:

  • Golongan yang berusia 60 tahun dan ke atas.
  • Obes. Kajian menunjukkan bagi setiap pound berat badan kita yang berlebihan, dia memerlukan sekitar 1 batu panjang salur darah yang baru untuk sokong daging yang lebih. 
  • Individu yang kurang bergerak atau kurang aktif.
  • Individu yang mempunyai masalah lemah jantung.
  • Wanita hamil. 
  • Wanita yang mengambil pil perancang keluarga & hormone replacement therapy.
  • Sejarah keluarga darah beku.
  • Post covid.

Bagaimana covid menyebabkan fenomena darah beku?

Apabila kuman covid menyerang endothelium (lapisan di dalam salur darah) kerana di dalam endothelium itu sendiri terdapat ACE2 reseptor iaitu pintu masuk kepada kuman covid. Serangan kuman covid akan mencetuskan keradangan, trauma, stres oksidatif. Keadaan ini kemudiannya akan menjemput bahan-bahan seperti platelet untuk menempel pada tempat yang berlakunya keradangan. 

Analoginya, apabila kita luka, kita akan tampal luka tersebut menggunakan plaster, kalau dinding darah kita luka, ia akan ditampal dengan darah beku tersebut. Selalunya ia akan dicairkan sendiri melalui satu proses yang dinamakan sebagai fibrinolysis (proses pencairan darah beku dalam satu tempoh masa tertentu). Tetapi dalam kes covid ini, fibrinolysis tidak berlaku secara sempurna kerana dalam molekul darah beku terdapatnya juga molekul-molekul yang menyebabkan keradangan, dan terdapat 2 molekul utama yang menjadikan molekul darah beku itu menjadi lebih teruk dan susah untuk dicairkan. 

Bahan tersebut adalah alpha 2 antiplasmin. Bahan inilah yang akan menghalang darah beku tadi daripada cair, apabila darah beku tersebut sukar nak dicairkan, maka makin lama lah darah beku tadi akan menyempitkan saluran darah yang ada di dalam badan kita. Satu kajian menunjukkan bahawa bagi individu yang mengalami demam akibat covid, paras alpha 2 antiplasmin meningkat 8 kali ganda berbanding individu yang tidak dijangkiti covid.

Jadi covid ini bukan sahaja menjejaskan paru-paru, tapi ia juga boleh menjejaskan sistem kardiovaskular aliran darah dan sistem pembekuan darah. Molekul kedua adalah antiphospholipid antibodies, jenis antibodi ini adalah kebiasaannya wujud di kalangan individu yang mempunyai masalah autoimun. Ia merupakan bahan toksin yang akan menyerang sel-sel badan kita yang sihat. 

10 perkara yang anda boleh lakukan untuk elakkan permasalahan darah beku.

  1. Kekal aktif. Lakukan sedikit senaman walaupun pada waktu anda dijangkiti covid. Kalau selalu duduk, pastikan selepas duduk 30 minit, kena jalan 3 minit. Ini kerana, jika darah tidak mengalir ia akan merancakkan lagi penghasilan darah beku. Senaman yang paling mudah adalah jalan kaki sahaja 30 minit memadai, dan boleh juga tambah dengan senaman penguatan otot sedikit seperti angkat berat. 
  2. Turunkan berat badan jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Salah satu caranya adalah dengan melakukan IF. 
  3. Jangan merokok kerana merokok akan menghasilkan radikal bebas dan radikal bebas ini adalah toksin yang menyebabkan keradangan. Dua jenis vitamin yang sangat penting untuk perokok adalah vitamin C dan vitamin D. 
  4. Kekal hidrasi. Jangan berhenti minum air. Dalam keadaan dehidrasi, darah lebih mudah menjadi pekat.
  5. Bagi wanita yang mengambil pil perancang, berbincang dengan doktor yang merawat anda sama ada boleh ubah atau tidak pengambilan pil perancang tersebut. Ini kerana, hormone replacement therapy (estrogen yang digunakan selepas menopos). Progesterone dan estrogen ini akan meningkatkan plasma fibrinogen dan clotting factor activities, menurunkan aktiviti anti thrombin dan semua ini boleh menyebabkan mudahnya terbentuk darah beku. Jadi, bagi wanita yang mengambil pil perancang sewaktu covid sebaiknya hentikan dulu pengambilannya. 
  6. Pakai baju yang longgar. Elakkan pakai pakaian yang ketat-ketat. Sekiranya anda mengalami masalah darah beku di bahagian betis, antara rawatan untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan compression stocking.
  7. Angkat kaki 6 inci atas paras jantung, ini bertujuan untuk membantu aliran darah kembali ke jantung melalui graviti.
  8. Cara duduk juga memainkan peranan yang penting. Elakkan bersilang kaki atau bersila. Seeloknya duduk atas kerusi di mana kaki kita boleh lurus supaya darah mudah mengalir. 
  9. Kalau anda travel jauh-jauh, cuba juga untuk meluruskan kaki. Kalau naik kapal terbang yang berjam-jam, perlu bangun dan berjalan keliling dulu. Kalau anda naik kereta pun sama, selepas 1 atau 2 jam, berhentikan kereta dan lakukan senaman ringan dulu, kemudian baru teruskan perjalanan. 
  10. Amalkan makanan yang tinggi dengan antioksidan dan anti radang. Makanannya adalah fitonutrisi, dan fitonutrisi ini datangnya daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebab itu anda perlu makan sayur dan buah banyak, kalau tak mampu nak makan sayur dan buah secukupnya, boleh amalkan suplemen sekali. 
Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->