Yayasan Eskayvie

“Hidup Ini Bukan Semata-mata Untuk Mencapai Impian Sendiri. Melainkan Tentang Seberapa Banyak Manusia Yang Kita Permudahkan Urusannya, Sehingga Mereka Tersenyum”

Yayasan Eskayvie adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang peduli dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan. Ini selari dengan tagline “Eskayvie Care For You” yang telah menjadi budaya dan aspirasi Eskayvie sepanjang lebih 10 tahun berada di pasaran. 

Semenjak Yayasan Eskayvie diperbadankan pada 14 Jun 2012, pelbagai usaha telah dilaksanakan secara berterusan. Saban tahun pelbagai aktiviti dan program dijalankan bagi memastikan amanat yang diperolehi daripada setiap sumbangan yang dikumpulkan dapat disampaikan kepada yang memerlukan. 

Sumbangan yang disampaikan tidak hanya berbentuk kewangan dan material semata-mata. Tenaga penggerak Yayasan Eskayvie sering turun padang dengan menyantuni kehidupan sebenar masyarakat yang kurang bernasib baik melalui pelbagai sesi lawatan ke rumah fakir miskin serta rumah-rumah kebajikan bagi menyampaikan sumbangan mengikut keperluan masing-masing.

Yayasan Eskayvie bertekad untuk terus berkongsi manfaat serta menyampaikan amanah anda semua kepada mereka yang memerlukan. 

#EskayvieCareForYou

Scroll to Top