Antara simptom masalah ini adalah seperti sakit kepala, pening, mata kabur, loya dan hidung berdarah. Tapi yang paling malang, ada antara mereka yang tidak berasa apa-apa, tiba-tiba sahaja kena sakit jantung dan strok.
Ini yang perlu kita tangani dan hindari.
Satu kajian dilakukan pada tahun 2015, seramai 35.3% rakyat Malaysia yang berusia di atas 18 tahun, menghidap masalah tekanan darah tinggi. Paling menakutkan hampir 60% pula tidak menyedari mereka mengalami masalah tersebut.

Faktor Risiko Tekanan Darah Tinggi
- Obesiti
- Jantina – Lelaki lebih berisiko tinggi untuk mendapat masalah tekanan darah tinggi. Manakala wanita yang mencapai usia menopaus juga mempunyai risiko yang sama.
- Faktor usia – Apabila usia sudah meningkat, salur darah mula menjadi keras dan ditambah pula dengan penyumbatan menyebabkan jantung bekerja keras untuk mengepam darah melalui salur darah yang tidak lagi elastik.
- Individu yang mengalami masalah kolesterol dan trigliserida yang tinggi.
- Masalah organ – Sebagai contoh masalah buah pinggang yang mana salur darah ke buah pinggang menjadi sempit.
- Masalah tumor di kelenjar adrenal yang berkait rapat dengan hormon.
- Gaya hidup yang tak sihat – Sebagai contoh seperti merokok, tidak bersenam, mengambil ubat-ubatan yang kerap seperti pil perancang, pil tahan sakit, steroid, ubat anti-kemurungan, selesema dan juga ubat resdung.
Bagi mereka yang sudah berusia 45 tahun dan keatas, perlu lebih berhati-hati kerana pada usia beginilah banyak penyakit akan mula bertandang. Anda disyorkan membeli mesin untuk periksa tekanan darah di rumah.