Stres Dalam Kalangan Kanak-Kanak. Awas 8 Punca Ini!
Topik stres dalam kalangan kanak-kanak ni sebenarnya amat penting kerana perubahan pada anak-anak ini tidak begitu jelas. Mungkin sesetengah ibu bapa tak perasan yang anak mereka sedang stres.
Pertama sekali kita kena tahu apa stres itu sebenarnya? Stres adalah tindak balas badan kita terhadap sesuatu perkara yang melibatkan perubahan dalaman, emosi termasuklah tindakan. Stres ni penting. Ketika takut stres, sewaktu kita harus bertindak, badan akan mewujudkan tindak balas fight-or-flight, maksudnya tindak balas sama ada ingin lawan atau lari. Sewaktu nak lawan tu, prestasi badan akan meningkat untuk berhadapan dengan sebarang perkara yang berlaku. Sebab tu stres akut ini sangat penting tidak kiralah pada kanak-kanak, dewasa, atau di tempat kerja. Tetapi kalau berlaku secara berlarutan, ini yang jadi masalah dan ia boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah stres boleh mengubah struktur otak kita.
Bagaimana pula dengan anxiety? Anxiety ini adalah apabila wujudnya rasa cemas, resah, gelisah dan takut. Badan kita mungkin menunjukkan tanda-tanda tertentu seperti berpeluh, pucat dan degupan jantung menjadi laju dan simptom ini boleh wujud tanpa ada stres. So dua perkara ini penting untuk dikenal pasti kerana stres kronik dan anxiety boleh membawa kepada masalah kemurungan dan ini semua akan menjejaskan dalaman kita dan perkara ini boleh berlaku pada anak-anak juga.
Menurut National Health Morbidity Survey (NHMS) pada tahun 2019 dikatakan 424,000 kanak-kanak di Malaysia ini mengalami masalah minda termasuklah stres dan anxiety. Tapi itu sebelum COVID. Bagaimana pula dengan post-COVID? Dikatakan di sesetengah negara, masalah minda ini meningkat 3 kali ganda. Anak-anak tak dapat pergi sekolah, belajar melalui online tapi peralatan tiada, line pun tiada, tenaga pengajar pula belum betul-betul bersedia untuk mengajar secara online. Ini pun menimbulkan banyak sangat masalah. Bila boleh pergi sekolah pula, kena pula batuk selsema, kawan-kawan dah pandang semacam. So ini merupakan satu keadaan stres buat anak-anak kita dan hal ini mungkin boleh menjejaskan prestasi akademik mereka.
Tapi bukan COVID sahaja yang menyebabkan masalah stres dan anxiety. Respon badan terhadap stres ni bergantung pada umur anak-anak dan personaliti individu itu sendiri, ada yang boleh tahan stres, ada yang tidak, ada personaliti yang girang, senyap, atau happy je. Sebagai ibu bapa ni, kadang-kadang kita tak perasan apa yang berlaku pada anak-anak kita ditambah pula kita sibuk dengan kerja kita, hobi kita dan sebagainya. Jadi ini adalah beberapa tanda yang mungkin menunjukkan anak-anak anda berada dalam keadaan stress ataupun anxiety.
- Perangai berubah
Mungkin anak anda jadi moody, baran, agresif, asyik bergaduh aje. Kadang-kadang ada juga anak-anak yang jadi clingy dan manja.
- Menunjukkan tanda nervous
Sebagai contoh gigit kuku, gigit pensil, tarik-tarik rambut atau apa-apa habit yang tak biasa dia lakukan. Dari sudut pelajaran pun, mereka susah nak concentrate dan fokus. Ini juga boleh jadi salah satu tanda stres especially kalau perkara ini baru terjadi. Kemudian perasaan takut mula datang, mungkin takut gelap, takut duduk sorang-sorang atau takut dengan orang yang dia tak kenal. Kalau dulu okay je, tapi sekarang mereka dah mula takut. Ini yang kita kena gali supaya kita dapat bantu mereka mengatasi masalah yang mungkin membuatkan mereka stres.
- Berlaku masalah disiplin dekat sekolah
- Banyak benda bertimbun dalam bilik
- Mungkin mereka timbunkan benda yang tak logik seperti makanan.
- Tak nak pergi sekolah tanpa sebab yang kukuh.
- Tak nak bergaul dengan orang
- Simptom yang melibatkan fizikal
- Kencing di tempat tidur
- Selalu sakit kepala
- Asyik sakit perut
- Kurang selera makan walaupun pada makanan yang mereka suka
Kalau ada tanda-tanda ini pada anak anda dan memang ada perubahan pada diri mereka, jadi apa yang kita harus buat adalah kita harus gali punca perkara ini berlaku pada anak-anak kita. Mungkinkah perkara ni berlaku disebabkan faktor luaran seperti ada masalah di sekolah ataupun mungkin family problem, bergaduh dengan kawan ke. Ataupun mungkin problem internal especially pada anak-anak yang mempunyai personaliti perfectionist. Mereka ni kalau boleh memang nak jadi yang terbaik, sentiasa nak perform, tak boleh kalah.
Punca-punca yang mungkin menyebabkan tekanan pada anak-anak kita:
- Tekanan akademik - perkara ini mungkin berlaku di sekolah di mana anak-anak ini takut buat salah, takut tak cerdik, ibu bapa terlalu push anak-anak.
- Berlaku perubahan pada family - Contoh anak bongsu yang nak dapat adik, penceraian, kematian.
- Berlaku kes buli.
- Berita natural disaster seperti earthquake atau ada pembunuhan beramai-ramai, so mereka takut perkara ni berlaku pada diri mereka atau orang yang mereka sayang .
- Keluarga tak stabil - dalam keadaan sekarang ni, tak dinafikan masalah ekonomi sangat mencabar dan perkara ini kadang-kadang boleh menyebabkan pergaduhan antara ibu bapa. Hal ini pun boleh menyebabkan mereka rasa nak tolong untuk cari duit lebih untuk ibu bapa mereka tapi mereka tak mampu untuk buat perkara sedemikian.
- Separation anxiety - selalunya berlaku pada anak-anak darjah 1 la. Dah biasa duduk rumah tiba-tiba kena pergi sekolah, itu yang menjerit melolong tu. Ataupun anak-anak yang tak rela untuk masuk asrama tapi kena paksa juga masuk asrama.
- Jadual akademik terlalu padat hingga anak-anak ni tiada masa dah. Terkejar-kejar ke sana ke sini. Sekali lagi, kepada ibu bapa yang masih ada anak-anak kecil lagi ni, kita kena ingat childhood mereka hanya ada sekali sahaja, so biarlah ada masa untuk mereka. Janganlah sampai kita terlalu inginkan sesuatu hingga kita kita masukkan mereka ke kelas itu kelas ini dan sebagainya sampai mereka pun jammed. Tambahan pula sekarang ni jadual akademik sekolat ketat dan susah pula tu, itu pun boleh menyebabkan mereka stres.
- Stres disebabkan takut akan sesuatu perkara. Contoh baca buku hantu, tengok cerita hantu, main game yang violent. Sebab itu kita kena pantau juga buku apa yang anak kita baca, movie apa yang mereka tengok, main game apa. Mungkin perkara ni akan buat mereka violent juga. So adakan kualiti time untuk mereka.