Langkah Mudah Untuk Sihatkan Sperma

-
0

Tahukah anda?

Hampir 15% pasangan mengalami masalah ketidaksuburan. Masalah kesuburan kini bukan hanya terletak pada perempuan, malah lelaki juga boleh menjadi punca. 30% punca ketidaksuburan disebabkan oleh wanita, manakala 30% lagi terletak pada kaum lelaki, 30% terletak kepada kedua-duanya dan 10% adalah tanpa sebab.

Kemandulan lelaki adalah disebabkan oleh pengeluaran sperma yang rendah, fungsi sperma atau penyumbatan tidak normal yang menghalang penghantaran sperma ke telur (ovum). Penyakit, kecederaan, masalah kesihatan kronik, pilihan gaya hidup dan faktor lain boleh memainkan peranan dalam menyebabkan ketidaksuburan lelaki.

Ada tiga ciri-ciri air mani yang baik. Antaranya:

1) Kualiti

Untuk pengetahuan kalian, kualiti air mani boleh dikira melalui jumlah sperma. Kadar sperma yang sihat adalah sekitar 15 juta atau lebih untuk setiap satu mililiter (ml) air mani. Semakin banyak yang anda miliki, semakin besar kemungkinan sperma akan melalui sistem pembiakan wanita ke telur (ovum).

2) Pergerakan (Mobility)

Tidak semua sperma yang akan bergerak, tetapi ini adalah perkara biasa. Hanya kira-kira 25 peratus atau lebih daripada sperma akan bergerak pantas untuk bertemu telur (ovum).

3) Bentuk (Morphology)

Sperma yang sihat mempunyai kepala bulat dan ekor yang panjang dan mampu berenang untuk jumpa telur (ovum).

๐Ÿ— ๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐‹๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ข

  1. Kurangkan Berat Badan

Perlu tahu, anda adalah apa yang anda makan dan begitu juga sperma. Terdapat dua nutrisi antaranya nutrient yang baik dan nutrien yang buruk untuk dipertimbangkan dalam memastikan sperma sihat.

Hampir kebanyakan lelaki mengalami masalah obesiti. Sel-sel lemak menghasilkan satu enzim iaitu aromatase yang menghalang sperma bertemu dengan telur (ovum). Enzim ini akan menukarkan hormon testosterone (hormon lelaki) menjadi hormon estrogen (hormon wanita). Keadaan ini juga akan mengganggu keinginan syahwat dan boleh menyebabkan mati pucuk.

Jadi, perlu untuk dapatkan berat dapat normal. Ia boleh dicapai melalui senaman atau Intermittent Fasting.

  1. Melakukan Senaman

Senaman bagus untuk meningkatkan hormon testosterone kaum lelaki, terutamanya senaman angkat berat. Senaman yang digalakkan adalah ketika perut kosong yang menggalakkan hormon peremajaan serta membantu menguruskan badan. Elakkan senaman yang terlalu agresif.

  1. Elakkan Stres & Atasinya Sebaik Mungkin

Tekanan dan stres yang berlaku secara kronik akan meningkatkan hormon kortisol (hormon stres), menyebabkan hormon testosterone mula menurun. Pengurusan stres adalah semudah seperti bermeditasi, bersenam atau bersyukur. Jangan lupa untuk dapatkan tidur yang mencukupi dan berhenti merokok. Kedua-duanya akan memberi kesan buruk terhadap sperma anda.

  1. Memakai Seluar Dalam Yang Sesuai

Testis (buah zakar) adalah organ yang bertanggungjawab menghasilkan sperma. Ia berada diluar bahagian badan disebabkan sifatnya yang tidak tahan haba dan perlu berada dalam suhu badan yang normal. Oleh itu, elakkan sesuatu yang menekan buah zakar atau meningkatkan suhu di sekitarnya seperti memakai seluar atau seluar dalam yang ketat. Dan juga elakkan letak laptop di atas riba.

  1. Xenoestrogen

Xenoestrogen adalah bahan kimia yang bersifat seperti hormon wanita. Sifatnya hampir sama seperti estrogen tapi lebih teruk lagi. Ia boleh menjejaskan masalah kesuburan kaum lelaki. Sebagai contoh, xenoestrogen boleh didapati daripada BPA yang didapati daripada botol plastik. Bukan itu sahaja, ia juga boleh didapati daripada makanan dalam tin, racun serangga, ubat nyamuk dan sebagainya.

  1. Ubat-ubatan Yang Menjejaskan Sperma

Pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh mengurangkan pengeluaran sperma sihat seperti pengambilan antibiotic dalam jangka masa panjang. Selain itu, ubat-ubatan seperti antidepressants, anti-epileptic, opiate dan ubat tahan sakit. Tidak lupa pengambilan, steroid anabolik bagi mereka yang ingin membina otot juga boleh menganggu penghasilan sperma yang sihat.

  1. Kekerapan Aktiviti Seksual

Sel-sel sperma akan diperbaharui dalam masa 24 jam. Paling elok, jarakkan aktiviti seksual selama 3 hari untuk dapatkan sperma yang berkualiti. Elakkan jarak yang terlalu lama seperti seminggu kerana ia juga boleh menganggu kualiti sperma.

  1. Pilih Lemak Sihat

Masukkan pengambilan lemak yang sihat seperti omega-3 dalam diet harian. Sebagai contoh, pengambilan ikan sebanyak 3 kali seminggu. Elakkan lemak trans yang boleh didapati daripada makanan dan minuman terproses kerana ia boleh mengganggu kualiti sperma.

  1. Nutrisi

Pelbagai nutrisi boleh diambil untuk meningkatkan kesihatan sperma. Kajian dari Urology Journal (2016), pengambilan 1000mg vitamin C boleh meningkatkan pergerakan sperma dengan lebih lancar. Bukan itu sahaja, vitamin D dari sumber cahaya matahari atau suplemen 1000IU juga boleh membantu menyihatkan sperma.

Mineral zink juga merupakan asas kesuburan lelaki. Kekurangannya dikaitkan dengan tahap testosterone rendah, kualiti sperma yang rendah dan peningkatkan ketidaksuburan lelaki. Tidak lupa koenzim Q10 yang juga boleh meningkatkan pergerakan sperma dengan lebih baik.

Pengambilan buah-buah dan sayuran-sayuran juga penting untuk meningkatkan kesihatan sperma. Boleh juga amalkan anti-oksidan yang juga boleh membantu.


Bonus: Pengambilan AstaREAL P2AF, boleh melindungi luar dan dalam. Ia boleh meningkatkan kesihatan DNA sperma dan meningkatkan pergerakan sperma meningkat 2 kali ganda dari normal.


Bermanfaat? Kongsikan dengan yang tersayang.

Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->
English
English