Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lemak Trans

-
0

Akhbar tempatan Kosmo! pada tahun lalu telah melaporkan bahawa Malaysia direkodkan sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk ‘tergemuk’ dengan kadar obesiti yang paling tinggi berbanding sembilan negara lain.

Malaysia merekodkan jumlah tertinggi dengan 15.6 peratus bagi nilai peratusan obesiti dalam kalangan penduduk.Dengan peningkatan penyakit yang berkaitan dengan keadaan seperti tekanan darah tinggi dan obesiti, doktor telah memberi amaran untuk mengawasi tabiat makan. Antara nasihat paling utama ialah elakkan pengambilan makanan yang berlemak, terutamanya makanan yang mengandungi lemak trans. 

Apakah lemak trans?

Lemak trans dianggap oleh ramai doktor sebagai jenis lemak yang paling tidak bagus untuk badan dan boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan anda. 

Lemak trans terbentuk apabila minyak cecair bertukar menjadi lemak pepejal dan ia memasuki badan anda. Ada dua jenis lemak trans yang perlu anda tahu iaitu, lemak trans yang berlaku secara semula jadi seperti yang dihasilkan oleh beberapa haiwan dan makanan yang dihasilkan oleh haiwan tersebut seperti susu ataupun produk berdaging. Manakala lemak trans yang kedua ialah, yang dicipta oleh manusia sendiri iaitu lemak trans tiruan seperti yang sering dihasilkan dalam proses perindustrian (penambahan hidrogen dalam minyak sayuran untuk membuatkan struktur minyak sayuran lebih kukuh) . 

Penambahan hidrogen ke dalam minyak sayuran bukan sahaja dapat mengubah struktur minyak menjadi lebih baik, malah atom dalam hidrogen itu sendiri mampu membuatkan jangka hayat minyak sayuran itu bertambah panjang, bertambah enak. 


Adakah pengambilan lemak trans ini tidak bagus untuk kesihatan? 



Ya, pengambilan lemak trans dalam diet pemakanan adalah tidak bagus untuk kesihatan. Ini disebabkan oleh, lemak trans boleh meningkatkan kadar LDL (Low-Density Lipoprotein)  iaitu kolesterol yang tidak baik ataupun jahat, sehingga menyebabkan boleh berlakunya perkumpulan lemak di saluran darah.

Keadaan ini akan mendorong HDL (High Density Lipoprotein) iaitu kolesterol ‘baik’ akan menjadi lebih rendah. Situasi ini akan menyebabkan anda lebih cenderung untuk mendapat serangan jantung serta tekanan darah tinggi dan juga diabetes jenis II. 

Contoh Makanan Yang Mengandungi Lemak Trans 

Lemak trans yang dihasilkan bukan secara semula jadi, mengandungi hidrogen didalamnya untuk mengekalkan fizikal makanan agar menjadi lebih menarik, membuatkan rasanya juga lebih sedap dan menyelerakan. 


Antara makanan yang sering menggunakan lemak trans: 

  • Makanan yang digoreng
  • Makanan yang bergoreng merupakan makanan yang mengandungi lemak trans kerana makanan tersebut melalui proses gorengan, yang mana ia perlu direndam dalam minyak untuk tempoh yang lama, sehingga menyebabkan makanan tersebut menyerap minyak dalam kuantiti yang banyak. Minyak yang digunakan juga mengandungi lemak trans. 

  • Makanan yang dibakar atau di panggang
  • Makanan yang melalui proses pembakaran atau pemanggangan juga tidak terlepas dari menggunakan lemak trans untuk menambahbaik rasa dan juga tekstur makanan tersebut. Lemak trans digunakan dalam kuantiti yang sangat banyak oleh pengeluar makanan demi memastikan kualiti makanan tersebut berada dalam keadaan baik


  • Makanan yang mengandungi krimer dan marjerin 
  • Krimer ataupun pemanis seperti susu, tak kira dalam bentuk cecair ataupun serbuk, ia masih mengandungi jumlah lemak trans yang tinggi. Untuk krimer, lemak trans sangat diperlukan bagi mengekalkan rasa lemak yang lebih menyelerakan. Marjerin juga tidak terkecuali kerana lemak trans boleh membuatkan marjerin lebih tahan lama. 

  • Makanan segera atau sejuk beku 
  • Makanan yang dimasak secara segera dan disejukbekukan juga mengandungi jumlah lemak trans yang tinggi. Ini kerana, selain untuk menambah kualiti rasa yang lebih, lemak trans boleh membuatkan makanan tersebut mampu disimpan dalam tempoh yang lama, tidak akan berkulat mahupun rosak. 

    Bagaimana Untuk Elak Mengambil Lemak Trans? 

    Bagi memastikan anda sentiasa kekal sihat, anda perlu mengelakkan mengambil makanan yang mengandungi lemak trans. Anda perlu PEKA dengan kandungan makanan yang anda akan ambil. 


    1. Pastikan anda baca label dengan teliti. Lihat pada jumlah Lemak Trans atau Trans fat yang terdapat pada label kandungan makanan. Sekiranya jumlah lemak trans adalah 0 ataupun rendah, anda boleh ambil makanan tersebut. 
    2. Banyakkan mengambil sayur- sayuran dan buah-buahan yang boleh bantu anda untuk tingkatkan tenaga serta sistem imun badan anda.
    3. Sekiranya anda ingin makan makanan yang bergoreng, anda boleh memilih minyak masak yang tidak mengandungi lemak trans seperti minyak zaitun, atau minyak mengandungi jumlah lemak trans yang rendah 
    4. Kawal dan hadkan pengambilan makanan yang mempunyai lemak trans.

    Kongsikan artikel ini agar lebih ramai lagi mereka di luar sana mendapat kebaikan dan menjadi lebih sihat. 


     

    Eskayvie MalaysiaMore From Author
    -->