Makan Buah Sebabkan Berat Badan Meningkat?

-
0
Sebenarnya, buah ini bukan sahaja bertindak sebagai penawar semula jadi, jauh sekali boleh menyebabkan kegemukan. Penawar semula jadi maksudnya seperti ubatlah, tambahan pula ia mempunyai zat, khasiat yang sangat-sangat tinggi. Bayangkan dalam buahan itu juga mempunyai bermacam jenis kebaikan seperti antioksidan, polifenol, anthocyanin, saponin, vitamin, mineral dan sebagainya.


Baru-baru ni saya terbaca pula satu artikel sains yang mengatakan dalam sebiji buah mangga saiz sederhana mempunyai 45g gula, wow! Banyak kan? Dan ia mempunyai 175 kalori di dalamnya. Walhal kita sering mengaitkan buah sebagai menu ketika sedang menurunkan berat badan. Tetapi, bila membaca info tersebut, pastinya lebih ramai yang takut untuk makan buah kerana khuatir menjadi gemuk.

Kesalahan yang paling kerap dilakukan ketika makan buah untuk kurus, ramai yang tidak mengambil buah tersebut dalam bentuk semulajadi. Contoh yang paling mudah adalah pisang.


Makan pisang memang sihat, sekitar sebiji pisang medium cuma mengandungi 18.5g gula, belum lagi ditambah khasiatnya yang membuatkan pisang ni amat baik untuk diamalkan. Tetapi yang jadi tidak ok bila kita ambil pisang goreng, kerepek pisang, cekodok pisang dsb berbanding pisang segar.

Ada juga yang suka ambil buah dalam bentuk jus. Tetapi, jus buah ni anda dah keluarkan kulitnya, isinya, ditapis pula. Apa yang tinggal hanyalah fruktosa sahaja. Yang jadi masalah adalah bila fruktosa tu pergi ke hati dalam kuantiti yang besar sekali harung. Sama seperti apabila kita mengambil gula putih (fruktosa+glukosa). Kandungan fruktosa yang tinggi itu akan pergi ke hati dalam kuantiti yang banyak dan menyebabkan pemprosesan fruktosa tidak dapat berlaku dengan baik dan kesannya, badan akan terus-terusan menyimpan lemak baru.



Senang cakap, buah sememangnya mempunyai sedikit kandungan gula. Sebab itu kalau nak makan buah, makan dalam bentuknya sendiri. Kalau segala khasiatnya dah dibuang dan ambil kandungan gulanya sahaja, ini yang BAHAYA.

Kesimpulannya, kita faham buah itu sihat, buah itu penawar dan makanan yang bagus ketika nak turunkan berat badan, cuma dengan cara pengambilan yang salah, manfaat daripadanya tidak dapat digunapakai untuk kesihatan badan.
Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->