Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Untuk Elakkkan Tekanan Tinggi Pada Darah Anda!

-
0

Pernah tak anda alami rasa sakit di bahagian tengkuk dan sakit dikepala secara berterusan tanpa sebab? 

Sekiranya YA, tekanan darah anda sedang tinggi dan anda harus lakukan sesuatu! 

Masalah tekanan darah tinggi ini berlaku kepada semua golongan tidak kira usia dan jantina. Tetapi, ada kajian menunjukkan golongan lelaki yang berusia 30 tahun keatas mempunyai 3 kali ganda risiko untuk mengidap tekanan darah tinggi berbanding wanita.

Jangan buat main ya dengan tekanan darah tinggi kerana ia boleh sebabkan banyak komplikasi seperti:

Rosak buah pinggang (hypertensive nephropathy) sampai terpaksa buat dialisis

Komplikasi pada mata yang menyebabkan urat darah dalam mata bermasalah (hypertensive retinopathy)

Penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, lemah jantung, serangan jantung dan strok

Jika mengikut Kajian Morbiditi Kebangsaan 2019, lebih kurang 6.4 juta rakyat Malaysia menghidap tekanan darah tinggi. Maksudnya lebih kurang 3 dari 10 rakyat Malaysia dewasa mempunyai masalah ini.

Cuma, disebabkan tiada simptom, statistik menunjukkan separuh dari mereka tak sedar yang mereka adalah penghidap. Dan daripada jumlah penghidap tekanan darah tinggi ini, 90% dari mereka makan ubat, dan hanya 45% mempunyai tekanan darah yang terkawal.

Jadi, apakah sebab atau perkara tentang darah tinggi yang anda tak tahu?

Kebiasaannya Doktor akan nasihatkan untuk kurangkan pengambilan makanan masin, jaga pemakanan, jaga senaman dan gaya hidup. 

Tapi sebenarnya ada perkara lain yang boleh menyebabkan tekanan darah naik antaranya:

1) Gula

  •  Bukan garam sahaja yang perlu dikawal apabila anda mempunyai tekanan darah tinggi, gula juga perlu dikurangkan.
  • Gula bukan penyebab kencing manis sahaja. Tetapi memandangkan kencing manis ini merupakan satu penyakit berangkai, jadi ia boleh sebabkan penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan masalah jantung.
  • Lagi-lagi bila ambil gula berproses yang sangat merbahaya. Gula jenis ini dipanggil High Fructose Corn Syrup (HFCS) dan sering digunakan dalam industri makanan.
  • Mengikut kajian, gula boleh meningkatkan bacaan tekanan darah sistolik dan diastolik.
  • Pengambilan gula dalam bentuk makanan contoh seperti air cola yang ada lebih kurang 80g gula, ia boleh meningkatkan tekanan sistolik hingga 15 point dan tingkatkan bacaan diastolik sehingga 9 point.
  • Ini sudah tentu disebabkan oleh kandungan fruktosa tidak semulajadi yang ada dalam minuman tersebut.
  • Badan tidak dapat menggunakan fruktosa, lalu ia akan dihantar ke hati untuk diproses dan akan menyebabkan keradangan.
  • Keradangan kronik akan mengganggu fungsi Nitric Oxide dan menyebabkan saluran darah untuk sempit, mengecut dan menyebabkan tekanan darah naik.


2) Loner

  • Ada sesetengah individu suka duduk sendiri-sendiri dan kurang bersosial. Bukan sebab stres atau apa, tapi mungkin mereka mempunyai keyakinan diri yang rendah dan tak suka ditolak atau mengelakkan diri dari kekecewaan.
  • Kajian mengatakan mereka yang suka menjadi loner ini, dalam 4 tahun, risiko untuk tekanan darah meningkat sehingga 14 point dan itu adalah sangat tinggi.
  • Sebab itu kalau nak kurangkan tekanan darah tinggi, anda semua perlu gembira dan senyum selalu. Penting juga untuk sentiasa yakin dengan diri sendiri agar tidak mudah terkesan dengan apa yang orang lain katakan.

3) Sleep apnea

  • Ramai yang tak sedar mereka tidur berdengkur tapi bukan berdengkur je.
  • Tapi sleep apnea ni bukan berdengkur seperti biasa. Akan sampai satu tahap tiba-tiba dia tak bernafas. Kemudian apabila terkejut dan baru la dia bernafas semula.
  • Bila ini terjadi, ia boleh menyebabkan otak kita keluarkan bahan kimia yang boleh meningkatkan tekanan darah tinggi.
  • Dan kalau berlaku secara kronik, lagi-lagi bila anda tidur atau berehat yang sepatutnya oksigen masuk dalam badan tetapi tak berjaya jadi ini akan mengganggu kesihatan salur darah dan menyebabkan lagi sukar untuk mengawal tekanan darah.

4) Kurang potassium

  • Mereka yang kurang potassium atau kalium iaitu sejenis mineral, walaupun dah pantang garam, tapi akan masih mengalami kesukaran untuk turunkan tekanan darah.
  • Buah pinggang memerlukan potassium untuk mengeluarkan garam yang berlebihan. Garam ni pula tak begitu sihat sebab ia akan menyebabkan pengumpulan air (water retention) dalam badan dan memberi kesan kepada tekanan darah.
  • Manakala banyak garam akan menyebabkan paras potassium menjadi rendah.
  • Potassium ini banyak didapati dalam sayur-sayuran, buah-buahan, susu, kekacang dan lain-lain.


5) Masalah tiroid

  • Tiroid bengkak tak semestinya menunjukkan ada masalah.
  • Yang jadi masalah apabila anda mempunyai masalah tiroid terlebih atau kurang aktif.
  • Dua-dua keadaan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan sukar untuk mengawal tekanan darah
  • Anda boleh membuat pemeriksaan ringkas melalui memeriksa nadi. Jika nadi tu lebih 100/seminit mungkin anda mempunyai masalah tiroid yang terlebih aktif.
  • Kalau nadi kurang 60 seminit mungkin anda mempunyai masalah tiroid kurang aktif.
  • Sebaiknya buat ujian darah untuk pemeriksan yang lebih tepat di klinik atau hospital.

6) Ubat-ubatan

  • Contohnya ubat selesema. Lagi-lagi mereka yang ada masalah resdung dan ia boleh mengecutkan saluran darah dan memerlukan tekanan darah yang tinggi untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  • Contohnya ubat tahan sakit seperti NSAIDS, Aspirin atau Celebrex yang selalu diambil oleh mereka yang ada masalah sendi yang kronik
  • Ubat lain seperti pil perancang dan ubat anti-depresi juga turut menyebabkan gangguan.

7) Dehidrasi

  • Ramai yang kurang minum air, terutamanya golongan wanita. Bila kurang minum air maksudnya isipadu darah pun akan kurang.
  • Apabila darah kurang, kelenjar pituitari di otak akan merembeskan satu hormon untuk kecutkan salur darah bagi memudahkan darah sampai ke seluruh badan. Bila saluran darah menjadi kecut, semestinya tekanan darah juga akan meningkat.

Selain daripada perhatikan 7 tanda ini, semestinya penjagaan gaya hidup juga penting.

Jadi, nasihat paling mudah untuk mengawal tekanan darah semestinya dengan mengamalkan penjagaan gaya hidup yang sihat.

Amalkan makanan seimbang dan lebihkan pengambilan sayuran. Perlu juga istiqomah dalam mengamalkan senaman kerana ia sangat penting lagi-lagi bagi mereka yang dah mula berusia.

Bukan sahaja langkah ini mampu mengawal tekanan darah tinggi tapi juga penyakit-penyakit lain yang berkaitan seperti kencing manis, kolesterol tinggi, penyakit jantung dan komplikasi-komplikasinya.

Semoga bermanfaat. Kongsikan info ini dengan keluarga anda ya.

Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->