Kerap Terkencing & Terkucil? Ini Tips Yang Anda Wajib Cuba!

-
0

 

Masalah terkucil  merupakan masalah yang kerap dialami oleh golongan wanita. Hampir 40% wanita akan mengalami masalah ini terutamanya mereka yang sudah berusia ataupun yang sudah menopos. Manakala hampir 30% lelaki juga mengalami masalah ini dan berkemungkinan mereka ini mempunyai masalah prostat.

Tetapi terdapat statistik yang menunjukkan hampir 17% wanita yang masih muda (18 tahun ke atas) mengalami masalah kerap kencing ataupun terkucil ini.

Dalam bahasa sains kerap terkencing ataupun terkucil ini dipanggil masalah Over Active Bladder (OAB).

Sedikit perkongsian bagi mereka yang normal ataupun tiada masalah OAB, tahap kekerapan kencing adalah di antara 4 hingga 8 kali sehari. Jika anda mengalami keadaan ini, ia adalah normal. Tetapi jika anda kerap ke tandas lebih lapan kali sehari, anda mungkin mempunyai masalah OAB dan sebaiknya rujuk doktor untuk dapat khidmat nasihat.

PUNCA Over Active Bladder (OAB)

OAB berlaku mungkin disebabkan oleh gaya hidup ataupun anda mempunyai masalah kesihatan yang tertentu. Jom semak punca masalah OAB;

  • Terlebih minum air. Cara untuk menyukat air yang sesuai dengan keperluan badan setiap individu ialah (berat badan dalam kg bahagi 30 = liter air setiap hari). Minum air yang berlebihan sebelum tidur juga akan menyebabkan anda kerap terkencing.
  • Jangkitan kuman pada saluran air kencing.
  • Penghidap diabetes yang paras gulanya tidak terkawal.
  • Masalah prostat yang lebih biasa dialami oleh kaum lelaki. 
  • Mengambil ubat lawas kencing.
  • Masalah batu karang buah pinggang. Apabila berlaku iritasi pada bahagian pundi kencing akan menyebabkan rasa hendak terkencing dan kerap terkucil. Selain itu, ia juga menggalakkan jangkitan kuman pada saluran kencing.
  • Wanita yang baru hamil disebabkan rembesan horman HCG yang menggalakan simptom mudah terkencing.
  • Gangguan pada otak seperti masalah strok, Multiple Sclerosis (MS) dan Parkinson yang menggangu saraf pundi kencing.
  • Vaginitis atau jangkitan pada rongga kemaluan (wanita) seperti mengalami keputihan dan sebagainya.
  • Minum kafein yang berlebihan (teh dan kopi). Kafein yang disyorkan kafein sehari adalah setengah ke satu cawan sahaja.
  • Otot pelvik longgar akibat melahirkan anak dan juga usia yang semakin meningkat menyebabkan kekurangan kolagen pada bahagian tersebut.
  • Menghadapi masalah ketumbuhan seperti cyst dan juga fibroid.
  • Obesiti dan berat badan berlebihan yang mana lemak-lemak akan menekan pundi kencing dan membuatkan rasa ingin terkencing dengan kerap.
  • Sembelit. Salur najis yang dipenuhi dengan najis yang keras menyebabkan rongga di dalamnya mengembang dan merangsang untuk kerap terkencing.
  • Sleep apnea iaitu tidur yang terganggu.

SIMPTOM OAB

  1. Kadar kekerapan kencing melebihi lapan kali sehari.
  2. Tidak boleh rasa ingin kencing dan perlu segera ke tandas.
  3. Akan mengalami masalah terkucil ketika bersin, batuk dan ketawa.
  4. Kerap bangun malam untuk kencing.

TIP ATASI Over Active Bladder (OAB) @ kerap kencing

  1. Gaya Hidup

Apa sahaja yang berlaku adalah disebabkan gaya hidup. Jadi asasnya anda harus ubah gaya hidup. Antara perkara yang perlu anda ubah ialah elakkan ambil kafein secara berlebihan. Bagi anda yang menghadapi OAB pengambilan kafein adalah disyorkan sebanyak 100 mg sehari iaitu di antara setengah dan satu cawan sahaja dalam sehari.


Selain itu jus buah, minuman bergas, makanan berempah, pemanis tiruan jenis saccharin, minuman coklat, buah-buahan sitrus, masakan yang mengandungi ataupun berasaskan tomato juga perlu dielakkan.

Waktu minum air juga harus diperhatikan. Sebolehnya elakkan minum air 3 jam sebelum anda tidur. Air haruslah di seimbangkan pengambilannya terutama bagi anda yang mempunyai asik urik yang tinggi.

Lebihkan pengambilan buah-buahan dan serat dalam diet harian untuk melancarkan penghadaman. Ini kerana sembelit juga boleh menyebabkan masalah kerap kencing dan terkucil. Bagi wanita, anda boleh juga mengamalkan fitoestrogen daripada sumber tumbuh-tumbuhan semula jadi contohnya kacip fatimah untuk menyeimbangkan semula hormone estrogen seterusnya membantu mengelakkan masalah terkucil.

Amalkan minuman ataupun makan kranberi untuk menyihatkan pundi kencing.

  1. Elakkan Stress

Stres ini bergantung kepada punca stres. Tanpa anda sedari, stres juga boleh mendorong kepada masalah OAB. Belajar untuk kawal stres bagi mengawal OAB. Antara yang anda boleh lakukan ialah solat, zikir dan juga deep breathing.

  1. Turunkan berat badan

Kajian menunjukkan mereka yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10% didapati berjaya turunkan masalah OAB sebanyak 50%.

Cara berkesan untuk turunkan berat badan ialah dengan melakukan Intermittent Fasting dan juga senaman.


  1. Senaman KEGEL

Senaman ini dikatakan mampu menguatkan otot pelvik. Sumber AUS mengesyorkan senaman kegel ini dilakukan dalam tiga set sehari iaitu pagi, petang dan malam.

Senaman kegel ini juga dikenali sebagai senaman kemutan iaitu menahan kencing. Kaedah ini boleh dilakukan dengan formula 3 saat tahan, 3 saat rehat dan ulang sebanyak 10 kali.

Kiraan ini boleh dinaikkan dari minggu ke minggu hingga mencapai tahap kemutan sehingga 10 saat. Senaman ini penting untuk kuatkan otot pelvik dan boleh mengelakkan rasa ingin terkencing dan terkucil.

  1. Bladder Training

Buat diari untuk mencatat waktu setiap kali ingin terkencing, catat perbezaan waktu hendak terkencing. Kaedah ini juga boleh melatih anda untuk tahan 5 hingga 10 minit jika rasa ingin terkencing dan apabila berjaya menahannya barulah ke tandas.

Latih diri untuk kencing kembali normal dalam tempoh 3 hingga 4 jam sekali. Namun, jangan mudah tergopoh kerana latihan ini mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk kembali normal. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan menekan button SHARE ya.



Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->