5 Cara Bangkitkan Mood Dalam Masa 30 Saat

-
0

Mood ini sebenarnya secara semula jadi akan turun dan naik memelukan banyak tenaga. Lagi-lagi sejak kebelakangan ini banyak rakyat Malaysia mengalami mood yang tidak stabil akibat terlampau ‘stress’.

Mood yang turun harus ditangani segera agar tidak merosakkan hari seseorang dan pelbagai kajian membuktikan mood seseorang yang turun secara drastik boleh dibangkitkan semula.

  1. Senyum

Mungkin ada antara kita suka senyum apabila jumpa dengan orang. Senyum apabila terima mesej daripada orang yang disukai ataupun senyum kegembiraan apabila tugas yang dilaksanakan telah selesai pada waktu yang tepat. Senyuman ini boleh menaikkan mood seseorang dan membuat kita sentiasa ceria. Apabila sentiasa tersenyum saraf dan otak kita akan diaktifkan untuk meningkatkan hormon gembira.

  1. Teguk secawan kopi

Kandungan kafein boleh memberi kesan positif kepada mood seseorang. Aroma di dalam kopi itu boleh menaikkan mood, lebih-lebih lagi apabila menghirup kopi yang sangat panas. Namun anda juga kena berhati-hati. Tidak semua orang boleh minum kopi. Sebagai alternatif, anda boleh juga gantikan kopi kepada teh atau minuman bercoklat. 

  1. Berjemur di bawah sinar matahari

Untuk mendapat mood yang lebih baik dalam masa yang singkat, kalian boleh saja keluar dari bilik dan biarkan matahari menyinari badan. Pendedahan kepada matahari juga boleh meningkatkan penghasilan vitamin D yang baik untuk badan kita. Namun, kajian juga mengatakan sebenarnya kedua-dua ini mampu membuat mood seseorang itu bertambah baik.

  1. Mainkan muzik

Kalian suka dengar muzik? Pasti ramai yang suka dengar muzik untuk melegakan tekanan dan menjadikan mood lebih tenang. Kebiasaannya, muzik yang bertempo sederhana hingga laju boleh meningkatkan dan mengembalikan mood seseorang yang sedang berada dalam stres. Zaman sekarang mudah je, kalian boleh mencari sahaja lagu-lagu di pelbagai aplikasi serta laman sesawang dan boleh mendengarkannya sambil melakukan tugasan harian.

  1. Berjalan atau bersiar-siar

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja menghadap komputer selama berjam-jam dan membuatkan badan perlahan-lahan kaku. Ada juga yang rasa bosan dan mood untuk melakukan kerja menurun sehingga rasa mengantuk dan malas untuk melakukan pekerjaan. Jangan risau. Ada jalan penyelesaiannya! Kalian boleh bangun dari tempat duduk kemudian berjalan-jalan untuk membuat regangan badan. Yang paling penting, pastikan anda menukar pemandangan suasana. Jangan hanya menghadap laptop sahaja.

Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->