Minum Air Kelapa Selepas Divaksin Punca Vaksin Tak Lut? Mitos Atau Fakta
Air kelapa telah digunakan sejak dahulu lagi sebagai penawar atau alternatif kepada pelbagai jenis penyakit. Ramai juga yang mengatakan pengambilan air kelapa bersama ubatan akan menyebabkan ubatan tersebut menjadi tawar dan tidak berkesan. Tetapi, bagaimana pula dengan vaksin? Adakah pengambilan air kelapa sebelum dan selepas vaksin boleh menawarkan vaksin tersebut?
Air kelapa sebenarnya boleh dianggap sebagai jus buah yang mana kandungan nutrisinya sangat bergantung kepada tempat ia hidup dan tumbuh. Malah ia juga kaya dengan nutrisi lain. Dengan kalori sekitar 40-50 segelas, airnya juga mempunyai kandungan gula semula jadi sekitar 8-10 gram iaitu sekitar 2 sudu teh. Ia juga mengandungi protein sejumlah 5 gram, sedikit lemak dan serat sebanyak 2.5 gram. Serat ni lah yang akan berfungsi untuk memastikan gula yang ada dalam air kelapa tadi tidak diserap dengan mendadak oleh badan.
Air kelapa juga tinggi dengan kandungan potassium yang mana nutrisi ini membantu untuk mengawal tekanan darah. Apabila dikaji, memang air kelapa mempunyai interaksi dengan ubatan. Kajian tersebut menunjukkan air kelapa boleh melindungi hati dari kesan toksin akibat pengambilan ubat antibiotik. Walaubagaimanapun, kajian tersebut terlalu umum kerana didalam ubat itu sendiri ada pelbagai fungsi dan pelbagai molekul.
Ada juga kajian lain terhadap binatang yang menunjukkan air kelapa boleh meningkatkan toksik pada hati apabila di makan bersama paracetamol pada dos yang tinggi. Interaksi antara air kelapa dan ubatan boleh jadi positif dan juga negatif. Tambahan pula, kajian ini hanya pada tahap haiwan sahaja, jadi agak sukar untuk diketahui interaksi sebenar antara air kelapa dan ubatan.
Dalam kajian manusia yang dikeluarkan oleh West Indian Medical Journal pada tahun 2005 menunjukkan pengambilan air kelapa mampu mengawal tekanan darah. Tapi kena hati-hati juga, kalau minum banyak sangat dicampur pula dengan ubat tekanan darah, dikhuatiri tekanan darah akan turun terlalu rendah. Langkah selamat, ambillah pada kadar sederhana.
Bagaimana pula selepas vaksin? Air kelapa ni tidaklah sehingga menawarkan vaksin, tetapi boleh membantu menghidrasi tubuh lagi-lagi lepas vaksin ramai yang alami demam panas dan memerlukan air untuk hidrasi tubuh badan. Ia juga penting bagi mereka yang mengalami kesan sampingan seperti cirit-birit, banyak hilang garam galian, jadi boleh gantikan dengan mineral dan nutrisi yang kaya dalam air kelapa.

Kemudian, adakah air kelapa boleh menjejaskan masalah kesihatan? Bagi mereka yang mengambil terlalu banyak air kelapa dicampur pula dengan ubat darah tinggi, mungkin ia boleh menyebabkan anda punya tekanan darah terlalu rendah dan menyebabkan simptom-simptom seperti pening dan rasa nak pitam. Maksudnya disini, boleh sahaja nak minum air kelapa dengan ubat tekanan darah tinggi, tapi minum secara sederhana. Hadkan kepada 1-2 gelas sahaja sehari ye.
Previous article
Makan Buah Sebabkan Berat Badan Meningkat?
Next article
5 Tips Mudah Atasi Resdung