Alamak! Badan Naik Macam Kena Pam, Tak Sangka Ini 7 Puncanya

-
0

Pasti ramai yang beranggapan punca utama badan naik adalah kuat makan. Tapi sebenarnya bukan sahaja kuat makan. Ada lgi beberapa punca berat badan naik. 

Mungkin anda pernah mengalami salah satu daripada punca-punca ini. Jom semak!

1. Ketagihan makanan

Kalian pernah tak alami ketagihan makanan? Craving orang kata. Masalah ketagih makanan ini pun salah salah punca berat badan naik. Kebanyakan orang asyik ketagih makanan segera. Makanan segera sangat tinggi lemak dan gula yang boleh merangsang bahagian yang berkaitan dengan ganjaran dalam otak anda. Oleh itu, asyik ketagih makanan atau lebih dikenali craving ini juga adalah salah satu punca badan naik.

2. Makanan segera yang diproses

Kalian tahu tak, sebenarnya makanan yang diproses ini tak mengandungi  peratusan jumlah makanan sebenar yang tinggi? Tapi kebanyakan makanan yang diproses ni sudah ditambah pengawet dan bahan tambahan yang lain. Bahan tambahan seperti pengawet ini sebenarnya bukan untuk mengawet makana tapi untuk sedapkan lagi makanan itu. Contoh yang selalu gemar orang makan adalah mi segera. 

3. Genetik keluarga

Sebenarnya salah satu punca obesiti adalah daripada faktor genetik itu sendiri. Anak-anak kecil mempunyai potensi besar untuk menjadi obesiti sekiranya ibu bapanya juga turut obes. Adakalanya genetik ini tidak akan berubah dengan sendirinya sehingga menjadikan anda menjadi obes. Namun begitu, perseketiran seperti gaya pemakanan, gaya hidup yang sihat yang mengubah genetik anda menjadi obes.

4. Ketersediaan makanan

Malaysia terkenal dengan kewujudan pelbagai jenis makanan. Makanan di Malaysia ini bukan sahaja sedap tetapi murah dan sangat mudah didapati di mana-mana sahaja. Ketersediaan makanan di mana-mana seperti ini menjadikan kita lebih mudah untuk makan dengan kerap dan mengalami obesiti. Selain itu, makanan ringan yang banyak didapati di kedai-kedai juga adalah salah satu faktor menyebabkan obesiti jika makan secara berlebihan. Sebenarnya, jika kalian perasan, makanan yang tidak menyihatkan tubuh badan ini jauh lebih murah berbanding dengan makanan yang sihat. Oleh sebab itu, kita lebih cenderung beli makanan yang lebih murah berbanding makanan yang mahal.

5. Faktor gula

Umum mengetahui gula adalah salah satu punca utama seseorang itu mengalami obesiti. Individu yang mengambil kadar gula yang tinggi setiap hari menjadikan gula itu ditukarkan kepada bentuk lemak dan disimpan di dalam tubuh. Gula yang dikatakan ini bukan hanya gula pasir sahaja namun ada juga pelbagai gula lain seperi fruktosa dan sukrosa dalam buah-buahan. Nasi yang anda makan juga mempunyai gula yang dinamakan glukosa. 

6. Pemasaran makanan ringan

Kalau kalian perasan dalam televisyen atau mana-mana media sosial, iklan mengenai makanan ringan sangatlah banyak. Pengeluar makanan ringan mempromosikan produk mereka seolah-oleh produk merekalah yang paling berkhasiat dan berkualiti. malah , ada juga yang yang membuat tuntutan palsu berkenaan nutrisi produk makanan mereka yang sebenarnya tidak berkhasiat langsung. Cara promosi seperti ini menjadikan ramai pengguna terpengaruh dan seterusnya membeli produk tersebut. Cara pemasaran seperti ini juga telah mendedahkan ramai kanak-kanak kepada masalah obesiti.

7.  Kalori berlebihan

Ada masanya, kita akan mengambil makanan yang segar dan sihat. Namun, ada juga sesetangah individu tidak dapat mengawal jumlah pengambilannya sehingga mengambil lebih banyak kalori setiap hari. Seorang lelaki dewasa hanya memerlukan sekitar 2,500 kalori setiap hari. Manakala wanita dewasa pula hanya memerlukan sekitar 2,000 kalori setiap hari. Sekiranya kalian mengambil jumlah kalori yang belebihan, berat badan akan naik mendadak.

Dah tahu punca berat naik tanpa disangka? Haa... Jangan lupa kongsikan info ini ok.  

 

Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->