Perokok Pasif (Secondhand Smoker) Dan Risiko-Risikonya Yang Anda Perlu Tahu
Tahukah anda, hanya 15% sahaja asap rokok yang dihisap oleh perokok, manakala selebihnya 85% yang dibebaskan itu disedut oleh mereka yang berada berhampiran dan sekeliling perokok tersebut?
Asap rokok terlalu halus iaitu kurang daripada 2.5 mikrometer yang boleh memasuki terus ke pundi udara paru-paru (alveoli) tanpa ditapis oleh sistem pernafasan manusia.
Ini menyebabkan tisu pundi udara rosak dan akan mengakibatkan penyakit kronik paru-paru dan kanser kepada perokok.
Siapa pula perokok pasif? Perokok pasif ialah orang yang menyedut asap aliran sisi (sidestream) dan asap aliran utama (mainstream) yang dihembus keluar oleh perokok. Perokok pasif ini terdedah kepada asap rokok pasif selama 15 minit selama melebihi 2 hari dalam seminggu.
Perokok pasif lebih berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit, terutama sekali penyakit kanser. Ini disebabkan oleh asap yang keluar daripada bahagian rokok yang dinyalakan tanpa penapisan serta dihasilkan dari prosess pembakaran yang tidak sempurna ketika sedang merokok.
Secara amnya, asap rokok akan menyebabkan beberapa masalah seperti mengundang penyakit kardiovaskular, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) dan juga kanser paru-paru. Sebanyak 3000 kes kematian akibat kanser paru-paru direkodkan di Amerika Syarikat setiap tahun dimana mereka ini semua adalah perokok pasif.
Selain itu, sekiranya golongan perokok pasif ini merupakan ibu yang sedang mengandung, lain pula masalah yang akan dihadapinya. Asap yang keluar dari perokok utama, akan membuatkan ibu yang mengandung berhadapan dengan risiko keguguran, kelahiran luar rahim (Ectopic Pregnancy) serta tekanan darah yang tinggi. Bayi dalam kandungan juga turut menerima kesannya seperti lahir dalam keadaan pra-matang dan juga beberapa komplikasi yang lain juga.
Ramai yang tidak sedar dan tidak peka dengan keadaan sekeliling sehingga lupa, ada nyawa yang tidak berdosa juga turut menjadi mangsa. Asap rokok sangat merbahaya kepada kanak-kanak serta bayi kerana tubuh badan mereka masih belum cukup kuat untuk bertindak balas terhadap asap rokok yang berada di sekeliling mereka.
Antara masalah yang sering berlaku kepada golongan kanak-kanak dan bayi ialah, masalah jangkitan saluran pernafasan (Upper Respiratory Tract Infection, URTI). Ini berlaku kerana, paru-paru mereka gagal berfungsi dengan baik akibat pendedahan terhadap asap rokok sejak kecil. Selain itu, golongan ini juga berisiko untuk menghidap penyakit asma.
Sebab itu, selain dari mengambil langkah untuk menjauhi golongan perokok, anda perlu bertindak segera dalam melindungi dalaman anda. Antara yang boleh membantu untuk mengurangkan kesan buruk rokok adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan tinggi dalam bahan antioksidan seperti yang terdapat dalam sayuran dan tumbuhan untuk lindungi diri dan yang tersayang.
#EskayvieMalaysia