Cerita kurus ni merupakan antara topik yang digemari. Kali ini Dr Syid Ayob Mustafa Al-Qudri nak kongsikan petua yang terbaik untuk kurus walaupun makan makanan kegemaran anda tanpa perlu disekat.

Menarik kan? Jom kita periksa satu persatu apakah petua yang boleh membantu anda kekal kurus tanpa memusuhi masakan kegemaran anda.

1) Cara anda memasak makan

Daging antara yang paling sedap dalam pelbagai jenis masakan. Jadi apa jenis masakan yang sesuai walaupun masih makan daging yang menjadi kegemaran.

Jawapannya ialah masaklah daging dengan cara yang berkuah ataupun masak sup dengan menggunakan haba ataupun api yang perlahan. Kajian menunjukkan cara memasak menggunakan api ataupun haba yang tinggi serta masakan kering seperti contohnya masakan bergoreng akan membentuk sejenis molekul yang dikenali sebagai Advanced Glycation End Products ataupun disebut sebagai AGEs.

Secara ringkasnya, AGEs ini akan menyebabkan keradangan kronik yang seterusnya menjadi punca kepada banyak penyakit kronik seperti  obesiti, kencing manis, jantung, penyempitan salur darah dan banyak lagi.

 Punca AGEs: Makanan bergoreng, panggang, makanan terproses dsb

Selain mengelakkan masakan bergoreng, untuk menurunkan kadar AGEs dalam makanan juga ialah dengan cara peram terlebih dahulu daging yang hendak dimasak itu dengan bahan-bahan yang masam seperti tomato, cuka ataupun lemon. Dengan cara ini kadar AGEs boleh diturunkan hingga 50 peratus.

Minyak masak yang digunakan juga memainkan peranan yang penting. Perhatikan amalan memasak di rumah ataupun di restoran. Kerap kali mereka menggunakan minyak masak yang sama berulang kali. Tahukah anda, minyak masak yang digunakan berulang kali tadi sudah mengandungi kadar AGEs yang tinggi yang boleh menyebabkan keradangan kronik. Seeloknya minyak masak hanya digunakan untuk sekali masak sahaja.


Satu hal lagi, peralatan memasak juga perlu diambil kira. Kajian mendapati peralatan memasak yang diperbuat daripada seramik jauh lebih selamat berbanding peralatan memasak yang diperbuatkan daripada logam. Mungkin ini yang paling sukar untuk dielakkan iaitu makanan segera ataupun makanan terproses. Makanan seperti ini mempunyai kandungan AGEs yang tinggi yang menjemput keradangan kronik. Jadi untuk kurus, elakkan makanan bergoreng, makanan segera, dan pastikan anda tidak makan diluar, masak sendiri di rumah lebih selamat dan sihat.


2) Sayur untuk kurus

Hari ini kita terdedah kepada bahan kimia yang secara langsung ataupun tidak langsung ataupun dikenali sebagai xenoestrogen. Xenoestrogen ini datangnya daripada alat-alat kosmetik yang mengandungi paraben, bekas-bekas plastik yang mengandungi BPA dan juga racun-racun serangga.

Untuk kita mengelakkan xenoestrogen ini sangat susah. Apa yang menjadi masalahnya apabila xenoestrogen ini masuk ke dalam badan, ia akan menyebabkan kawalan hormon badan bercelaru. Individu yang terdedah kepada xenoestrogen menyebabkan lemak dalam badan semakin bertambah terutamanya lemak pada bahagian viseral.

Lemak visceral ini adalah lemak yang paling susah untuk dibakar dan ia adalah lemak yang aktif mengeluarkan bahan keradangan yang akan menjemput obesiti yang seterusnya menyebabkan penyakit kronik seperti diabetes, jantung, strok dan banyak lagi.

Dan sains telah menjumpai terdapat juga beberapa jenis sayur yang boleh mengikat xenoestrogen ini dan membantu badan untuk kurus. Sayur itu adalah brokoli, kobis dan bunga kobis. 

Jadi untuk kekal kurus amalkan sayur-sayuran ini dalam menu harian.


3) Timing / masa makan


Ada yang takut untuk makan malam kerana ingin kurus. Sebenarnya makan malam bukanlah langsung tidak dibenarkan. Tetapi anda harus letakkan masa makan malam itu tiga jam sebelum anda tidur. Ini bertujuan memberi peluang kepada badan membakar lemak yang dimakan tadi sebelum anda tidur. Kajian terbaru mendapati makan terlalu dekat dengan waktu tidur, makanan yang diserap akan menghasilkan tenaga dan akan menyebabkan sel anda dilimpahi dengan tenaga yang berlebihan.

Dalam badan individu, ada satu sel yang disebut sebagai mitokondria ataupun bahasa mudahnya disebut sebagai bateri. Bateri ini apabila disogokkan dengan tenaga yang berlebihan ia akan menjadi lemah dan seterusnya menyebabkan mitochondria dysfunction ataupun ia akan menjadi rosak.

Apabila ianya tidak berfungsi dengan baik, ia akan menghasilkan radikal bebas dan menyebabkan keradangan. Ini akan meningkatkan rintangan insulin dan seterusnya meningkatkan perembesan insulin yang menyebabkan badan tidak membakar lemak tetapi ianya akan menyimpan lemak.

Selain itu, elakkan juga makan dengan gelojoh dan amalkan makan secara perlahan dan kunyah di antara 32 hingga 40 kali kunyahan sebelum menelan makanan. Kajian daripada Journal Diet Association mendapati 115% mereka yang makan dengan gelojoh ataupun laju akan menjadi gemuk.

Jadi anda nak kurus? Amalkan tips ini.


Info tambahan : Tahukah kita bahawa kepak ayam yang digoreng mempunyai 16 ribu unit AGEs berbanding kepak ayam yang dimasak sup hanya mempunyai 1 ribu AGEs.


Kongsikan kepada rakan-rakan anda yang suka makan dan dalam usaha nak kuruskan badan.

Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->