- berat badan naik
- cepat lapar
- kencing manis
- luka lambat sembuh
- mata kabur
- simptom kencing manis
- tanda kencing manis
Tanda-Tanda Kencing Manis Berlaku Walaupun Anda Sihat Walafiat
Selalu pesakit Diabetes tak sedar mereka mendapat kencing manis. Kebanyakan tanda-tanda kencing manis berlaku secara tiba-tiba walaupun pada awalnya mereka sihat.
Bagi anda yang ingin mengetahui tanda-tanda awal penyakit ini, anda digalakkan membaca artikel ini sehingga habis. Anda boleh mencegahnya sebelum terlambat.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kencing Manis?
Masalah kencing manis adalah keadaan di mana paras gula tinggi dalam darah. Terdapat dua jenis Diabetes atau kencing manis iaitu Diabetes Jenis 1 dan Diabetes Jenis 2.
Diabetes Jenis 1 berlaku apabila pankreas gagal berfungsi secara normal untuk menghasilkan hormon insulin iaitu hormon untuk mengawal paras gula dalam badan.
Punca utama kegagalan pankreas adalah disebabkan oleh masalah autoimun yang berpunca dari jangkitan virus.
Manakala Diabetes Jenis 2 pula adalah apabila sel badan tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin (insulin resistance).
Ini menyebabkan gula tak dapat diproses dengan betul dan kandungannya kekal tinggi dalam badan. 95% rakyat Malaysia menghidap Diabetes Jenis 2.
Punca masalah ini adalah disebabkan oleh genetik dan gaya hidup yang tidak sihat yang menyebabkan berlakunya keradangan kronik di dalam badan.
Tanda Tanda Kencing Manis Jenis 2 Yang Dihadapi Pesakit
Sering dikatakan tanda-tanda kencing manis ini adalah penyebab utama mengapa pesakit mula membuat check-up di hospital.
Jika anda mempunyai tanda-tanda kencing manis ini, anda harus melakukan sesuatu sebelum melarat:
- Sentiasa Nak Kencing
Paras gula yang tinggi dalam darah menyebabkan badan terutamanya buah pinggang akan memproses lebihan gula untuk dikeluarkan melalui air kencing. Anda akan rasa sentiasa nak ke tandas.
- Dahaga
Apabila anda dah sering ke tandas untuk kencing, badan akan mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Keadaan ini menyebabkan anda akan sentiasa haus dan dahaga.
- Selalu Lapar
Insulin yang tak berfungsi dengan elok akan menyebabkan badan tidak mendapat bekalan tenaga yang secukupnya.
Ini menyebabkan otak menafsirkan bahawa badan masih memerlukan tenaga di dalam badan. Lantas, ia memberi signal untuk makan dan terus makan.
- Berat Badan Naik
Keadaan rintangan insulin atau paras insulin yang tinggi di dalam badan mungkin menyebabkan anda gemuk.
Ini kerana, salah satu fungsi insulin adalah untuk menghalang pembakaran lemak dari berlaku.
- Berat Badan Turun Mendadak
Kegagalan badan menggunakan insulin menyebabkan sel tidak mendapat sumber tenaga dari glukosa dengan cukup.
Oleh sebab itu, badan akan mula membakar lemak dan otot untuk diguna pakai sebagai tenaga. Keadaan ini menyebabkan badan mula menyusut dan berat badan mula turun mendadak.
- Mata Kabur
Kandungan glukosa yang terkumpul di bahagian mata akan menyebabkan bentuk asal kanta mata berubah disebabkan oleh tekanan osmotik di dalam mata.
Tetapi ia masih mempunyai peluang untuk kembali normal jika paras gula menjadi individu mula menurun dan dikawal dengan baik.
Paras gula darah yang tinggi dibiarkan dalam tempoh panjang boleh menyebabkan buta.
- Luka Lambat Sembuh
Paras gula yang tinggi di dalam darah menyebabkan sistem imun badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini akan melambatkan lagi proses penyembuhan luka di dalam badan pesakit Diabetes.
Kerosakan di bahagian pembuluh darah juga boleh menyebabkan aliran darah terjejas, menyebabkan nutrisi dan zat tidak dapat bergerak ke kawasan yang perlu disembuhkan.
- Jangkitan Kulat
Jangkitan kulat seperti kurap dan keputihan selalu terjadi kepada wanita terutamanya di bahagian kelamin.
Diabetes akan menyebabkan sistem imun yang rendah dan badan tidak mampu melawan jangkitan kulat yang ada di badan anda.
- Sentiasa Kebas
Kandungan gula yang terlalu tinggi boleh menyebabkan saraf anda rosak dan mati. Pesakit Diabetes akan mula merasa kebas, panas, rasa mencucuk atau ‘semut-semut’ terutamanya di bahagian kaki.
Ujian Untuk Menentukan Samada Seseorang Itu Menghidap Kencing Manis
Ujian kencing manis boleh dibuat di rumah dengan kit kencing manis ataupun di farmasi. Bacaan gula puasa (FBS) yang tidak normal adalah 5.6 mmol/l ke atas.
Untuk panduan yang lebih lengkap bagi menyemak bacaan gula anda boleh klik di sini. Anda juga disyorkan untuk berjumpa doktor untuk rawatan atau ujian selanjutnya.
Langkah-Langkah Untuk Mencegah Penyakit Kencing Manis
- Cari Alternatif Makanan
Kalau anda jenis yang suka makan nasi, boleh tukar kepada pilihan beras yang lebih baik. Pilih beras perang berbanding beras putih. Tukar daripada roti putih kepada roti mil penuh.
- Kurangkan Gula
Ada dua cara nak untuk mengurangkan gula dalam minuman.
Pertama, elakkan membeli air berkarbonat, air kotak dan tin.
Kedua, anda boleh memesan air tanpa gula di kedai mamak. Jika masih ingin menikmati rasa manis, gunakan pemanis semulajadi seperti stevia.
- Baca Label
Lihat label pada makanan dan semak kandungan gula. Kebanyakan makanan mengandungi kandungan gula yang terlalu tinggi.
Elakkan juga makanan yang mempunyai lemak trans di dalamnya.
- Ubah Gaya Makan
Mulakan suapan pertama anda dengan mengambil protein dan sayur, kemudian diikuti dengan karbohidrat seperti nasi. Ini membantu anda untuk kenyang dengan lebih lama.
Jangan lupa amalkan portion makan segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur.
Bagi penghidap Diabetes anda disyorkan untuk mengambil buahan segar berbanding jus buahan.
Ambil mengikut jumlah yang ditetapkan dan jangan berlebihan dalam setiap pengambilan. Buah juga mempunyai gula.
Sekiranya anda sedang atau berisiko mengalami penyakit kencing manis, terdapat 12 jenis tumbuhan dan buahan yang anda boleh amalkan.
Ini kerana tumbuhan dan buahan ini mempunyai khasiat tersendiri terutamanya bagi membantu kawalan kencing manis yang lebih baik.
- Biji Anggur
Mengandungi bahan aktif resveratrol dan proanthocyanidins yang tinggi kandungan anti oksidan, membantu meningkatkan sensitiviti insulin di dalam badan dan mempercepat penyembuhan luka.
- Teh Hijau
Mengandungi bahan aktif epigallocatechin gallate dan flavonoids yang membantu kawalan gula darah yang lebih baik. Ia juga meningkatkan metabolisma badan, menggalakkan pembakaran lemak serta melindungi badan dari serangan jantung dan strok.
- Kulit Pokok Pain
Mengandungi bahan aktif pcynogenol dan bioflavonoid yang mempunyai kesan anti radang yang kuat untuk menggalakkan penghasilan sel yang sihat dan mempercepatkan proses pemulihan. Ia juga membantu mengatasi penyakit 3 serangkai dan menyihatkan sendi.
- Buah Delima
Mengandungi bahan aktif punicalagin untuk membantu mengurangkan rintangan insulin, mengawal paras gula dalam darah serta membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.
- Durian Belanda
Mengandungi bahan aktif acetogenin yang bantu mengawal tekanan darah tinggi, bersifat anti kanser serta membantu penjanaan semula sel-sel pankreas yang sakit.
- Acai Beri
Mengandungi bahan aktif anthocyanin dan flavonoids untuk memberikan perlindungan pada jantung.
- Kranberi
Mengandungi bahan aktif proanthocyanidins untuk mencegah jangkitan kuman pada saluran air kencing dan juga bantu merendahkan kadar kolesterol.
- Manggis
Mengandungi bahan aktif xanthone dengan kesan anti-radang yang kuat untuk mengawal paras gula dalam darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan dan mengurangkan penyerapan gula dari usus ke dalam darah.
- Roselle
Membantu mengawal tekanan darah dan hipertensi, menurunkan kadar kolesterol serta mengawal kadar gula dengan meningkatkan kepekaan insulin.
- Beri Biru
Mengandungi bahan aktif anthocyanins yang bersifat anti-oksidan tertinggi berbanding 40 jenis buah dan sayuran yang lain. Amalkan beri biru untuk melindungi mata dan sistem penglihatan serta untuk mengawal kadar kolesterol.
- Alga Hijau
Mengandungi bahan aktif astaxanthin untuk melindungi mata dan otak, peremajaan kulit dan untuk sistem kardiovaskular.
- Tomato
Mengandungi bahan aktif lycopene & lutein untuk mengurangkan keradangan dalam badan serta untuk memelihara kesihatan mata.
Bahan semulajadi ini sangat eksklusif dan sukar didapati kerana harganya yang mahal.
Lebih-lebih lagi buat pesakit kencing manis yang tidak dapat mengambil buah dalam kuantiti yang banyak kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Buntu mencari penyelesaian?
Anda disyorkan mengambil minuman botani yang menggabungkan 12 ekstrak bahan semulajadi ini dengan lebih mudah dan selamat. Ia mempunyai rasa yang enak dan boleh diamalkan setiap hari.
Diharapkan dengan perkongsian tentang tanda-tanda kencing manis ini, diharapkan ia dapat memberikan manfaat serta membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.