Bolehkah Penghidap Diabetes Makan Kurma?

-
0

Buah kurma kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Ia kaya dengan nutrisi seperti zat besi, kalium, magnesium, vitamin A, B dan K.

Semua nutrisi ini terbukti dapat membantu meningkatkan metabolisma badan, mengelakkan masalah sembelit, anemia dan juga masalah buasir. Malah, kajian mendapati nutrisi dalam buah kurma mudah diserap dan dihadam oleh badan.

Walaubagaimanapun, ia masih mempunyai gula semulajadi yang dinamakan fruktosa, iaitu sejenis gula buah. Setiap ulas (24 grams) mengandungi 67 kalori dan 18 gram karbohidrat.

Diabetes & Pengambilan kurma?

Penghidap Diabetes amnya perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk mengawal paras gula darah mereka. Pengambilan makanan sunnah dari sumber semulajadi ini tidak dinafikan memberi manfaat kepada kesihatan.

Ia mempunyai kandungan seratnya yang tinggi dan mempunyai nutrisi yang baik untuk penghidap Diabetes. Namun, hadkan pengambilan kepada 1-3 ulas sehari. Elakkan pengambilan yang berlebihan.

Walaupun mempunyai rasa yang manis, kurma mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu sekitar 35-55. Ia menunjukkan ia diserap ke dalam darah dengan kadar yang perlahan.

Tips Pengambilan

Pengambilan yang disyorkan adalah dengan mengambilnya begitu sahaja. Kandungan serat di dalamnya boleh membantu anda kenyang lebih lama. Elakkan dari menjus buah kurma terutamanya bagi penghidap Diabetes.

Ambilnya bersama segenggam protein dan dua tapak tangan sayur untuk melambatkan lagi penyerapan dalam darah. Tips seterusnya adalah berjalan kaki 15 minit selepas makan. Kaedah juga akan melambatkan penyerapan gula dalam darah.

Antara Khasiat Lain Buah Kurma

– Bantu menurunkan kadar kolesterol

– Tinggi serat

– Tinggi antioksidan

– Kawal tekanan darah tinggi

– Memberi kesan pelindung pada otak

– Memberi tenaga (sumber karbohidrat dan serat): Sebaiknya ambil kurma sebelum hidangan utama (nasi). Ini membantu mengelakkan terlajak makan dan membuat anda kenyang lebih lama.

Bermanfaat? Kongsikan pada tersayang.

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->