12 Khasiat Tumbuhan dan Buahan Terbaik Untuk Elak Kencing Manis

Kencing manis merupakan salah satu penyakit pembunuh utama rakyat Malaysia pada hari ini.

Selain sakit jantung dan kanser, penyakit kencing manis yang juga dikenali sebagai diabetes mellitus ini amat digeruni oleh semua golongan masyarakat.

Ia wujud akibat gangguan metabolisma badan hinggakan kandungan gula di dalam badan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

Dalam keadaan normal, pankreas menghasilkan insulin yang berperanan mengawal keseimbangan glukosa. Insulin membantu pergerakan glukosa ke dalam sel badan untuk dibakar menjadi tenaga.

Di dalam artikel ini, kami akan mengupas lebih lanjut tentang jenis-jenis, simptom serta bahan yang boleh membantu mengelakkan kencing manis.

Jenis-jenis kencing manis

Kencing manis Jenis 1

Sistem imun tubuh menyerang dan memusnahkan sel beta yang menghasilkan insulin di dalam pankreas.

Kencing manis Jenis 2

Berpunca daripada gabungan genetik dan faktor gaya hidup. Mereka yang memiliki berat badan berlebihan adalah berisiko mendapat kencing manis. 

Faktor-faktor kencing manis adalah seperti berikut:

– Kurang bersenam

– Tidak menjaga pemakanan  – gemar mengambil makanan yang kurang serat dan tinggi kandungan gula

– Pertambahan usia

Simptom Kencing Manis

Image result for kencing manis tangan kebas

1. Rasa kebas pada kaki dan tangan

Pesakit kencing manis akan sering merasa kebas di kaki dan tangan. Ia berpunca dari penyumbatan salur darah yang menyebabkan berlakunya kerosakan saraf.

Ia juga boleh menyebabkan bengkak pada dua anggota badan berkenaan kerana aliran darah tidak lancar.

2. Terlalu dahaga dan kerap buang air kecil di waktu malam

Sering haus juga menjadi antara tanda utama seseorang itu mengalami masalah kencing manis, selain kerap kencing pada waktu malam.

Masalah ini terjadi kerana buah pinggang dipaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengeluarkan glukosa.

Itu yang menyebabkan si pesakit mudah haus dan minum air dalam kuantiti yang banyak bagi menggantikan air yang hilang.

3. Pandangan kabur

Tidak dapat melihat dengan jelas bukan bermakna anda rabun, sebaliknya ia antara simptom utama kencing manis. Keadaan gula darah yang tinggi menyebabkan saiz kanta berubah.

Keadaan ini juga akan menjejaskan aliran darah di dalam mata. Risiko katarak dan glaukoma juga meningkat. Seseorang itu boleh menjadi buta jika keadaan ini dibiarkan.

4. Turun berat badan

Image result for lost weight weighing scale

Ia berlaku kerana badan gagal menggunakan glukosa, menyebabkan lemak dan protein dari otot dibakar menjadi tenaga. Keadaan ini biasanya berlaku di peringkat yang serius.

Jangan buat tak endah jika berat badan berkurangan secara drastik meskipun anda makan seperti biasa.

5. Luka lambat sembuh

Image result for diabetes foot ulcer

Gula yang berlebihan di dalam badan akan merosakkan saluran darah sekaligus melambatkan proses penyembuhan luka. Ada juga pesakit langsung tidak merasa sakit pada bahagian badan yang cedera.

Ia boleh menjadi semakin teruk dan membusuk sehingga tahap perlu memotong anggota badan tersebut. 

Sekiranya anda sedang atau berisiko mengalami penyakit kencing manis, terdapat 12 bahan dari sumber tumbuhan dan buahan, dikenali sebagai fitonutrisi yang anda boleh amalkan.

Ini kerana fitonutrisi atau khasiat daripada tumbuhan dan buahan ini sangat bermanfaat bagi memulihkan kerosakan dalaman, mencegah penyakit-penyakit kronik dan pelbagai masalah tubuh badan:

1. Biji Anggur

Mengandungi bahan aktif resveratrol dan proanthocyanidins yang tinggi kandungan anti oksidan, mempercepat penyembuhan luka dan melambatkan proses penuaan.

2. Teh Hijau

Mengandungi bahan aktif epigallocatechin gallate dan flavonoids untuk meningkatkan metabolisma badan, menggalakkan pembakaran lemak serta membantu kesihatan jantung.

3. Kulit Pokok Pain

Mengandungi bahan aktif pcynogenol dan bioflavonoid yang mempunyai kesan anti radang yang kuat untuk menggalakkan penghasilan sel yang sihat dan mempercepatkan proses pemulihan.

4. Buah Delima

Mengandungi bahan aktif punicalagin untuk membantu mengurangkan rintangan insulin, mengawal paras gula dalam darah serta membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.

5. Durian Belanda

Mengandungi bahan aktif acetogenin yang bantu mengawal tekanan darah tinggi, bersifat anti kanser serta membantu penjanaan semula sel-sel pankreas yang sakit.

6. Acai Beri

Mengandungi bahan aktif anthocyanin dan flavonoids untuk memberikan perlindungan pada jantung. 

7. Kranberi

Mengandungi bahan aktif proanthocyanidins untuk mencegah jangkitan kuman pada saluran air kencing sejurus mengelakkan masalah UTI. Ia juga bantu merendahkan kadar kolesterol. 

8. Manggis

Mengandungi bahan aktif xanthone dengan kesan anti-radang yang kuat untuk mengawal paras gula dalam darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan dan mengurangkan penyerapan gula dari usus ke dalam darah.

9. Roselle

Membantu mengawal tekanan darah dan hipertensi, menurunkan kadar kolesterol serta mengawal kadar gula dengan meningkatkan kepekaan insulin.

10. Beri Biru

Mengandungi bahan aktif anthocyanins yang bersifat anti-oksidan tertinggi berbanding 40 jenis buah dan sayuran yang lain. Amalkan beri biru untuk melindungi mata dan sistem penglihatan serta untuk mengawal kadar kolesterol.

11. Alga Hijau

Mengandungi bahan aktif astaxanthin untuk melindungi mata dan otak, peremajaan kulit dan untuk sistem kardiovaskular.

12. Tomato

Mengandungi bahan aktif lycopene & lutein untuk mengurangkan keradangan dalam badan serta untuk memelihara kesihatan mata.

Bahan semulajadi ini sangat eksklusif dan sukar didapati kerana harganya yang mahal.

Lebih-lebih lagi buat pesakit kencing manis yang tidak dapat mengambil gula dalam kuantiti yang banyak.

Buntu mencari penyelesaian?

Anda disyorkan mengambil minuman botani yang menggabungkan 12 ekstrak bahan semulajadi ini dengan lebih sedap dan selamat:

– Biji Anggur, 

– Teh Hijau, 

– Kulit Pokok Pain, 

– Buah Delima, 

– Durian Belanda, 

– Kranberi, 

– Beri Biru, 

– Roselle, 

– Tomato, 

– Acai Beri, 

– Alga Hijau dan Manggis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top