5 Petua Legakan Resdung Untuk Anda Yang Selalu Bersin Pagi

-
0

Penyakit resdung seringkali dipandang mudah oleh masyarakat di Malaysia dan beranggapan penyakit ini tidak berbahaya kepada tubuh badan. 


Mereka yang menghidapi penyakit resdung berpendapat bahawa ia seperti penyakit selesema biasa. 


Sebaliknya, ia boleh menyebabkan kegatalan yang melampau dan ketidakselesaan kepada si penghidap. 


Penyakit ini memberi impak yang negatif kepada saluran pernafasan dan kualiti tidur. 


Hal ini akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan mengalami keradangan di dalam hidung. 


Meskipun penyakit ini tidak menunjukkan kesan sampingan secara keterlaluan, ia boleh memudaratkan kesihatan si penghidap dengan lebih teruk. 


Lebih-lebih lagi sekiranya si penghidap tidak mengambil tindakan yang sewajarnya apabila rasa sakit di hidung itu berlarutan.


Oleh itu, pendedahan mengenai penyakit resdung ini sangat bermanfaat kepada orang ramai. 


Artikel ini akan menerangkan maklumat mengenai resdung; definisi, simptom-simptom, dan cara untuk melegakan penyakit ini secara terperinci. 


Teruskan membaca.


Definisi Sebenar Resdung


Resdung atau nama lainnya, Allergic Rhinitis ialah sejenis penyakit yang kerap berlaku di kalangan masyarakat. Ia kini telah melibatkan 20% populasi masyarakat. 

 

Antara individu yang berisiko adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah alahan seperti asma dan ekzema. 


Ia berlaku disebabkan sistem imun yang terlalu sensitif dan bertindak balas kepada alergen seolah-olah ia berbahaya.


Apabila keadaan ini berlaku, ia akan membebaskan histamin (sejenis bahan kimia semulajadi) pada lapisan dalam hidung. Ia boleh menyebabkan lendir berlebihan. 

Alergen dan perubahan suhu merupakan faktor utama terjadinya penyakit resdung. Oleh yang demikian, penyakit resdung adalah mustahil untuk diatasi. 

 

Hal ini kerana alergen adalah komponen yang tidak berbahaya yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. 

Jenis-jenis Resdung


Manusia acap kali mengabaikan kepentingan penjagaan kesihatan kendiri. Sifat negatif ini lambat-laun akan memakan diri sekiranya ia berlarutan. 


Walaupun resdung ini tampak seperti penyakit selesema biasa, orang ramai perlu cakna akan gejala resdung. 


Masalah resdung boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:


  • Gejala resdung bermusim

Gejala ini kebiasaannya terjadi pada musim tertentu seperti musim bunga, musim panas, dan awal musim gugur. 


Gejala resdung bermusim ini terjadi disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora (di udara), debunga (rumput), atau pokok berbunga.


  • Gejala resdung berpanjangan

Gejala ini berlanjutan sepanjang tahun. Ia berpunca daripada hama debu, bulu haiwan peliharaan, lipas ataupun kulat. 


Namun begitu, alergi makanan jarang menyebabkan terjadinya gejala ini. 


Terdapat golongan penghidap resdung yang hanya mengalami salah satu gejala di atas. Ada juga yang mengalami kedua-duanya. 


Meskipun begitu, alergi juga terjadi atas faktor bau-bauan yang kuat seperti asap rokok, minyak wangi, produk pencuci dan lain-lain. 


Tanda-tanda resdung 

Bersin, hidung berair, hidung tersumbat, dan hidung gatal merupakan empat simptom utama terjadinya penyakit resdung. 


Simptom-simptom tersebut merupakan perkara biasa yang dialami oleh semua orang. 

Ini adalah kerana anggota badan yang paling terkesan dengan masalah ini adalah hidung anda.

Dalam pada itu, simptom-simptom ini selalunya terjadi pada waktu pagi ataupun apabila si penghidap resdung terdedah kepada alergen. 


Antara simptom-simptom lain yang mungkin berlaku ialah: 


  • Sakit kepala
  • Kurang deria rasa dan bau
  • Mata merah atau keluar air mata
  • Sakit telinga
  • Rasa letih atau pening kepala

Sekiranya simptom-simptom di atas berlarutan untuk jangka masa panjang, anda akan mengalami masalah kesihatan yang lebih kronik.


Berikut merupakan masalah kesihatan kronik seperti: 


  • Sleep Apnea: 

 

Berhenti bernafas terutamanya ketika waktu tidur




  • Keradangan sinus: 

Sinus merupakan rongga kosong di tengkorak bahagian muka dan kepala











  • Otitis media:

Jangkitan kuman di bahagian tengah saluran telinga iaitu di belakang gegendang telinga.

 

5 Petua Legakan Resdung atau Bersin Pagi


Bersin pada pagi hari pastinya boleh merosakkan mood anda. Hidung tersumbat, mata merah dan berair atau cecair keluar daripada hidung tampak seperti suatu kebiasaan, betul? 


Sebenarnya, tidak. 


Ketiga-tiga gejala tersebut tidak sepatutnya dipandang remeh. Lebih-lebih lagi, gejala kesihatan itu berlaku selama berhari-hari. 


Itu merupakan mungkin petanda bahawa badan anda mulai berdepan dengan masalah resdung. 


Untuk mendapatkan keputusan kesihatan secara menyeluruh, anda boleh merujuk kepada doktor. 


Ini kerana doktor akan memberi penjelasan secara mendalam mengenai gejala kesihatan anda. 


Selain itu, institusi kesihatan juga akan membekalkan ubat-ubatan yang dapat mengurangkan gejala. 


Bekalan ubat-ubatan tersebut pastinya yang bersesuaian dan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. 


Untuk itu, anda boleh mengamalkan 5 petua di bawah bagi mengurangkan gejala resdung dan bersin pagi.

  1. Mengenalpasti alergen penyebab resdung 


Seperti yang disarankan di atas, anda perlu merujuk kepada doktor mengenai resdung dan bersin pagi. 


Inisiatif ini sangat penting supaya anda dapat mengenal pasti alergen atau jenis alahan yang anda alami. 


Alahan kepada habuk, bulu haiwan atau debunga adalah berpunca daripada faktor persekitaran. 


Justeru, mengenalpasti alergen merupakan langkah pertama supaya anda dapat mengurangkan risiko pendedahan terhadap alahan. 

 

2. Penggunaan udara penyahhidratan (air dehumidifier)


Penggunaan udara penyahhidratan (air dehumidifier) sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. 


Alat ini membantu untuk mengurangkan kadar kelembapan dan habuk dalam udara. 


Dengan ini, penggunaan udara penyahhidratan amat digalakkan untuk memastikan udara sentiasa segar dan kadar kelembapannya rendah. 








3. Menutup jendela pada awal pagi 

Menghirup udara pagi adalah suatu nikmat kepada kita semua. Namun begitu, individu yang mengalami resdung tidak digalakkan untuk menghirup udara pagi. 


Udara pagi membawa debunga daripada pokok, bunga dan rumput hijau. 


Debunga-debunga ini akan menyebabkan gejala resdung makin teruk. 


Individu yang mempunyai gejala resdung akan mengalami bersin, hidung berair atau tersumbat dan juga mata berair. 


4. Mencuci alas katil dan tilam secara kerap 


Penjagaan kebersihan; kendiri mahupun persekitaran adalah amat penting. 


Salah satu punca individu mengalami bersin di pagi hari ialah alas dan cadar tidur yang kurang bersih. 


Kita sering mengabaikan kebersihan barang tempat tidur seperti cadar, sarung bantal, katil, dan bingkai katil. 


Kebiasaannya habuk akan melekat pada barang-barang tersebut. 


Maka, anda perlu memastikan tempat tidur anda bebas daripada habuk. 


Anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah bagi memastikan tempat tidur anda sentiasa bersih dan tidak berhabuk lagi. 

a. Mencuci cadar dan sarung bantal dengan menggunakan air panas pada setiap minggu. 

Pastikan anda menyidai cadar dan sarung bantal di bawah matahari.

b. Menggunakan kain basah untuk mengelap habuk pada bingkai katil. 
c. Kibas cadar dan sarung bantal dengan kain yang bersih sebelum tidur. 
d. Jemur bantal di bawah matahari pada setiap hujung minggu.

Langkah-langkah di atas juga dapat mengurangkan kegatalan pada kulit akibat daripada habuk di tempat tidur. 

5. Mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor 


Sekiranya merujuk isu resdung ini kepada doktor, anda akan menerima bekalan ubat-ubatan. Bekalan ubat-ubatan ini bertujuan untuk mengurangkan gejala resdung. 


Maka, pengambilan ubat-ubatan yang disyor oleh doktor adalah suatu tindakan yang wajar. 


Pastikan anda hanya mengambil ubat tersebut mengikut saranan daripada doktor sahaja. 


Selain itu, anda juga boleh meminta pendapat daripada doktor jika mengamalkan supplement kesihatan. 


Tindakan ini untuk memastikan bahawa supplement yang diambil tidak membawa kesan sampingan kepada badan anda.


Hal ini disebabkan pelbagai health supplement yang mengandungi bahan semula jadi seperti cendawan susu harimau. 

Tahukah anda kajian mendapati bahawa cendawan susu harimau sangat bagus untuk membantu merawat asma, batuk kronik dan resdung (Lau et al,2015). 


Selain itu, ia turut membantu mengurangkan agen keradangan yang menyebabkan masalah ini (Malagobadan et al,2014).


Jadi, anda boleh mencuba bahan ini sebagai rawatan tambahan sekiranya anda masih belum menemui tanda-tanda kelegaan daripada gejala resdung. 


Hal ini kerana penyakit resdung boleh mengakibatkan kesukaran bernafas. Keadaan ini berpunca daripada rongga hidung tersumbat. 


Oleh itu, penyakit ini akan menyebabkan anda berasa kurang selesa untuk bernafas. 


Selain itu, cendawan susu harimau juga dapat membuka saluran pernafasan dengan baik (Airway Relaxation Effects of  Water-Soluble Sclerotial Extract From Lignosus rhinocerotis, 2018).


Kesimpulannya, resdung bukanlah suatu penyakit yang boleh dipandang ringan oleh si penghidap. 


Walaupun ramai beranggapan bahawa resdung sama seperti selsema, anda masih perlu merujuk kepada pakar kesihatan. 


Sebagai masyarakat yang prihatin kepada penjagaan kesihatan, kita perlu sentiasa cakna akan keadaan kesihatan tubuh kita.  


Sikap sambil lewa, pengabaian kepentingan kesihatan serta pemeriksaan kesihatan yang tertangguh akan membawa binasa kepada diri sendiri. 


Perkara ini perlu dipandang serius terutamanya pada musim wabak virus yang sedang melanda di seluruh dunia. Justeru, penjagaan kesihatan diri perlu dijaga dengan baik.

oleh Bomstart MediaMore From Author
-->