𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 “𝐑𝐀𝐑𝐄” 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐣𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐦𝐮𝐝𝐚

-
0

Masalah sakit jantung ini bukan lagi penyakit asing di negara kita. Sering kali kita dengar, ramai yang meninggal dunia secara mengejut disebabkan oleh kegagalan fungsi jantung. 

Tahukah anda, serangan jantung bukan lagi perkara yang terjadi pada mereka yang telah berusia? Malahan, mereka yang masih muda juga tidak mustahil untuk diserang sakit jantung. Terbaru, kita dikejutkan dengan berita pesakit jantung termuda, seawal usia 13 tahun. Tak mengira usia, penyakit ini boleh menyerang siapa-siapa sahaja. 

Bilangan pesakit jantung atau kardiovaskular di usia yang lebih muda di Malaysia adalah tertinggi berbanding di negara jiran.

Kajian menyatakan bahawa rakyat negara ini mendapat penyakit jantung pada usia 58 tahun berbanding rakyat Thailand (65 tahun), China (63 tahun), negara Barat (66 tahun) dan Canada (68 tahun).

Dianggarkan 47.7 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai kolesterol darah yang tinggi, yang dikenali juga sebagai "hypercholesterolemia".


Antara punca sakit jantung adalah kira-kira separuh daripada mereka juga menghadapi tiga atau lebih faktor risiko – iaitu obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis, merokok dan kolesterol tinggi. Ini merupakan punca-punca yang biasa kita dengar kan? 

Bagaimana pula dengan punca yang kita tak biasa dengar, dan tanpa sedar kita sedang melakukan perkara-perkara tersebut? Jom ketahui apakah punca yang RARE itu: 


1) Hypertrophic obstructive cardiomyopathy (Otot jantung menebal) 

Biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang melakukan senaman secara ekstrem seperti marathon. Hypertrophic Obstructive Cardiomyopathy (HOCM) adalah penyakit di mana otot jantung (miokardium) menjadi tebal (hypertrophy).

Otot jantung yang tebal boleh menjadikan jantung lebih sukar untuk mengepam darah.

Penyakit ini berlaku di mana dinding (septum) di antara dua ruang bawah jantung (ventrikel) menjadi membesar dan menyekat aliran darah keluar dari jantung. Elakkan duduk selepas marathon. Ini akan memburukkan lagi keadaan

2) Cepat marah

Orang yang gagal mengawal kemarahan ini lebih cenderung mempunyai masalah jantung, termasuk serangan jantung.

Kajian daripada Johns Hopkins menunjukkan, insiden serangan jantung hampir lima kali ganda lebih tinggi dalam dua jam selepas kemarahan yang terlampau. Kajian menunjukkan bahawa perasaan marah akan meningkatkan risiko jantung yang lebih tinggi.

3) Pengambilan kafein berlebihan

Kafein yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang boleh menjadi penyebab bagi penyakit jantung.

Elakkan pengambilan kafein lebih dari empat cawan kopi sehari. Pengambilan kafein selalunya bersama dengan paras glukosa darah yang tinggi. Bukan itu sahaja, kafein juga terdapat di dalam minuman bertenaga.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah secara mendadak dan juga boleh mencemaskan jantung anda.

4) Makan lewat malam dan sampai kenyang

Kesan makan malam adalah tidak sihat. Ia menyebabkan individu terdedah kepada penyakit seperti penyakit jantung yang boleh membawa maut. Lebih-lebih lagi pengambilan makanan yang diselang-seli dengan senaman yang ekstrem.

5) Pil

Sebagai contoh, ubat khayal di mana ia boleh mengganggu rentak jantung. Ditambah dengan penjagaan gaya hidup yang tidak sihat, ia akan meningkatkan risiko masalah jantung.

Lelaki juga terdedah dengan ubat kuat. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah turun mendadak bagi individu yang mempunyai masalah jantung atau yang mengambil suplemen nitrate.


Langkah-langkah untuk mencegah berlakunya kesan ini adalah:


1) Persiapan marathon

Buat persiapan yang rapi dengan mendapatkan latihan yang secukupnya. Yang paling penting dapatkan konsultasi doktor untuk memastikan tahap kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik.

2) Elakkan dehidrasi

Minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi dalam badan.

3) Elakkan makan secara berlebihan selepas bersenam atau sebaliknya

Jarakkan waktu makan dan bersenam untuk mengelakkan rasa yang tidak selesa kepada perut. Sebaik jarakkan waktu makan dua jam sebelum bersenam atau selepas bersenam.

4) Mengawal kemarahan

Anda boleh menenangkan diri dengan mengawal perilaku dalaman dan luaran seperti tarik nafas panjang perlahan-lahan dan lepaskan.

Perlahan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung dapat diturunkan. Kenal pasti pemikiran negatif yang tidak rasional dan alihkan kepada pemikiran positif yang membina.



Jangan lupa kongsikan info ini dengan yang tersayang. Mungkin dengan perkongsian ini, anda mampu mengubah cara hidup mereka dan menyelamatkan nyawa mereka juga. 

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->