5 Tips Mudah Atasi Resdung

-
0
Mesti anda selalu dengar mengenai resdung kan? Resdung ni tergolong dalam masalah hipersensitiviti termasuklah ekzema dan asma. Kebiasaannya, masalah hipersensitiviti ini sedikit sukar untuk dirawat lebih-lebih lagi jika sudah berada di tahap yang kronik. Ditambah lagi dengan dengan faktor-faktor lain yang boleh menerukkan masalah ini termasuklah pencemaran udara iaitu asap rokok, kebakaran, mercun dsb. Suhu yang sejuk atau kelembapan udara yang terlalu rendah, bauan yang terlalu kuat, bahan kimia atau makanan yang banyak menggunakan kimia boleh menerukkan masalah resdung. 

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau. Walaupun tiada rawatan untuk masalah resdung, tetapi, pelbagai jenis langkah boleh dilakukan untuk mengurangkan keterukan dan meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

1) Amalkan Acupressure 
  • Bergantung kepada ubat memang memberikan rasa lega dan memulihkan simptom sementara. Tetapi apabila resdung kerap terjadi, pengambilan ubat ni menjadi memenatkan. Antara cara alternatif yang boleh bantu adalah acupressure. Fungsi acupressure adalah untuk letakkan tekanan pada tempat tertentu yang boleh galakkan kita rasa lebih selesa. 
  • 4 titik acupressure yang penting untuk pesakit resdung adalah dengan: 
    i) Gunakan tangan kiri untuk picit di antara mata dan hidung.
    ii) Gunakan tapak tangan kanan untuk picit belakang tengkuk selama sekurang-kurangnya 1 minit. 


2) Elakkan makanan tinggi histamin
  • Makanan tinggi histamin boleh memberi tindak balas gatal-gatal. Pesakit resdung digalakkan untuk memilih makanan rendah histamin dan digabungkan dengan makanan yang bersifat anti radang seperti polifenol di dalam buahan dan sayuran. Contoh makanan yang rendah histamin seperti kunyit, herba, ikan, madu dsb.

    Makanan yang boleh tingkatkan histamin pula adalah seperti makanan tinggi kandungan gula serta bahan-bahan sintetik seperti pengawet dan pewarna. Makanan-makanan yang meningkatkan keradangan seperti daging, makanan salai, lemak trans pun perlu dielakkan. Sebab itu, mereka yang ada masalah hipersensitiviti ni perlu kenal pasti makanan atau bahan yang mereka alah kerana ini boleh menerukkan lagi keadaan kesihatan mereka. 
3) Pergerakan yang aktif 
  • Bersenam atau pergerakan ringkas ni penting juga. Tak perlu buat senaman yang terlalu berat. Bila amalkan senaman ni, ia dikaji boleh menurunkan risiko resdung sehingga 70%. Contohnya kalau anda buat brisk walk ni memang bagus untuk kesihatan badan disamping boleh turunkan gejala resdung.


4) Persekitaran sekeliling

  • Persekitaran amat memainkan peranan jadi penting untuk elakkan persekitaran yang kotor. Sebaiknya gunakan air filte yang mempunyai teknologi HEPA atau High Efficiency Particulate Absorbing Filter di rumah dan pejabat. Ini untuk membantu menapis debu dan habuk yang hulus sekaligus mengurangkan risiko daripada menghiurp udara yang tinggi dengan allergen dan boleh terukkan masalah resdung. 

5) Kombinasi pengambilan vitamin
  • Nutrisi harian juga memainkan peranan dimana vitamin tertentu boleh membantu melegakan masalah resdung, ekzema dan asma. Salah satu daripadanya adalah Vitamin C. Mengikut kajian, individu yang kurang mengambil Vitamin C mempunyai peningkatan paras histamin dalam badan. Malah pengambilan Vitamin C sendiri boleh mengurangkan lagi penghasilan histamin tadi. Selain daripada itu, vitamin D juga amat penting memandangkan ia boleh membantu menguatkan sistem imun semula jadi badan. 
oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->
Melayu
Melayu