- air lemon kurus
- cara kurus
- kurus
- kurus dengan mudah
- kurus dengan selamat
- lemon kurus
- makan kurus
- makan nasi tapi kurus
- makan tapi kurus
- nak kurus
Nak Kurus Tapi Masih Nak Makan? Ini Caranya
Khabar gembira buat anda yang tidak boleh berdiet. Macam mana untuk kekal berdiet kalau setiap minggu ada sahaja godaan makanan yang akan menyebabkan kita terlebih makan dan menyebabkan berat badan yang hilang naik semula.
Jadi bagaimana cara untuk kita makan tapi kekal kurus?
Boleh ke ni?
Pertama sekali kita periksa dulu bagaimana dengan sukatan atau porsi makanan kita? Adakah anda masih amalkan formula yang diberikan iaitu segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur-sayuran? Ini formula ajaib yang boleh turunkan berat badan dan kekal kurus walaupun anda makan tanpa mengikat perut.
Namun, ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk kekal kurus tanpa bermusuh dan berperang dengan keinginan untuk makan. Apa tipsnya? Jom kita periksa satu persatu;
1) Makan dengan TERTIB
Badan kita mempunyai dua mode. Iaitu mode off iaitu mode bakar lemak manakala mode on pula simpan lemak. Secara tertibnya jika hidangan itu mempunyai sepiring sate, sepinggan sayur-sayuran dan nasi goreng, apakah yang perlu di makan terlebih dahulu?
Mengikut TERTIBnya kita hendaklah makan yang berasaskan protein terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan sayur-sayuran dan akhir sekali barulah nasi ataupun karbohidrat.
Jika anda mengikut kepada TERTIB ini anda telah menukarkan mode simpan lemak kepada mode bakar lemak.
Dengan cara TERTIB ini juga anda boleh turunkan gula dalam darah sebanyak 29% selepas 30 minit anda makan, 37% selepas 60 minit dan 17% selepas 120 minit.
Amalan ini juga mampu turunkan tahap rintangan insulin secara drastik selepas 60 ke 120 minit. Ini membuatkan anda kurang mengantuk selepas makan dan juga boleh meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama. Ini akan mengurangkan risiko obesiti dan Diabetes.
2) Mengambil air perahan lemon
Ada yang berkata lemon mempunyai asid kerana ianya masam, namun tahukah kita apabila lemon masuk ke dalam perut ia akan bertukar menjadi alkali dan lemon juga kaya dengan vitamin c, kalsium, magnesium dan juga bioflavonoid. Dengan mengamalkan satu sudu besar jus perahan lemon sebelum makan, ia boleh memperlahankan kadar penyerapan gula ke dalam badan dan dapat mengurangkan rintangan insulin dan seterusnya mengurangkan risiko Diabetes.
3) Aktifkan Glut 4
Apa itu Glut 4? Glut 4 ialah bahan pengangkut gula sama ada masuk ke dalam otot ataupun masuk ke dalam sel lemak. Untuk aktifkan Glut 4 dan memastikan apa yang dimakan terus ke otot dan bukannya sel lemak, amalkan 15 ke 30 minit sebelum makan untuk lakukan senaman.
Ianya tidak perlu lama cukup hanya tiga minit senaman dengan memberi fokus pada otot bahagian dada, belakang dan paha. Senaman yang dilakukan dengan cara yang laju sangat berkesan untuk aktifkan Glut 4 terus ke sel otot dan bukannya ke sel lemak.
4) Kayu manis
Kayu manis dikatakan mampu untuk turunkan rintangan insulin dan sekaligus dapat mengurangkan risiko Diabetes. Amalkan satu sudu kecil (serbuk) kayu manis sebelum makan. Untuk makluman, kayu manis mempunyai dua jenis iaitu jenis Cassia dan juga jenis Ceylon. Jenis Cassia yang banyak terdapat di Malaysia dan mudah didapati.
Cassia ini juga tidak boleh diambil terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan pendarahan, boleh rosakan hati dan boleh meningkatkan risiko kanser hati dan paru-paru.
Manakala yang jenis Ceylon lebih selamat dan digalakan untuk mengamalkan jenis Ceylon. Kayu manis jenis Ceylon ini warnanya sedikit pudar, tidak terlalu merah dan rasanya tidak terlalu “spicy”.
5) Grapefruit
Grapefruit ini hampir sama dengan buah limau gedang dan rasanya pula pahit-pahit manis.
Di dalam satu kajian menyatakan 91 orang yang obesiti dengan memakan separuh buah grapefruit, 30 minit sebelum makan, mengamalkannya selama 12 minggu berturut-turut mendapati purata berat badan menurun sebanyak 1.6kg.
Dari segi angkanya nampak kecil tetapi jika diamalkan secara berterusan ia memberikan kesan yang baik kepada kesihatan. Namun perlu diberi perhatian, grapefruit ini boleh berinteraksi dengan ubat darah tinggi dan juga selesema.
Untuk itu, cara terbaik ialah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Selain itu grapefruit ini juga mampu turunkan gula dalam darah dan ia adalah baik untuk pengidap Diabetes.
Jadi lepas ni, anda tak perlu risau lagi. Masih boleh makan nasi, tapi kena konsisten amalkan tips yang telah dikongsikan ni ya! Jangan lupa kongsikan artikel ni kepada semua kawan-kawan anda yang sanggup tak makan nasi sebab nak kurus tu!