Anda mahu tahu tips kuruskan badan dalam seminggu? Pastikan anda khatam dan hadam semua tips yang kami senaraikan di bawah.

Cara untuk kurus dalam masa 3 hari? Cara menurunkan berat badan 20 kg dalam seminggu? Tips kuruskan badan paling mudah dan cepat? Ini semua adalah antara ayat-ayat yang biasa digunakan oleh penjual produk-produk kuruskan badan. Semuanya kelihatan begitu menjanjikan dan mengujakan bukan?

Tetapi tahukah anda, sebenarnya dalam usaha menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, anda hanya perlu mengekalkan kiraan kalori yang rendah, bersenam dan memastikan pelan diet yang sihat untuk membolehkan anda kurus secara semulajadi.

Tiada cara berkenaan tips kuruskan badan dalam seminggu yang kami senaraikan ini, ianya hanyalah sekadar panduan ringkas dan nasihat yang mudah untuk diikuti tetapi jika dilakukan dengan betul, ianya mampu memberikan kesan yang begitu cepat dan menakjubkan. Khusus kepada mereka yang yakin pada diri sendiri dan nekad mahu hapuskan lemak-lemak di badan yang sekian lama bermaharajarela, ini tips kuruskan badan tanpa produk paling efektif dan awesome!

1. Kurangkan Pengambilan Kalori

Mengurangkan pengambilan kalori boleh menjadi faktor signifikan dalam penurunan berat badan. Ia juga adalah tips kuruskan badan yang paling penting dan wajib diketahui oleh mereka yang mahu kurus.

Sekiranya pengambilan kalori adalah melebihi tenaga yang diperlukan, maka pembakaran lemak tidak akan terhasil. Jadi ini menyebabkan berat badan anda makin bertambah kerana terdapat banyak pengumpulan lemak di dalam tubuh. Berikut merupakan beberapa tips kuruskan badan yang mudah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori:

Catat Pengambilan Kalori (Calorie Counting)

Timbang dan catat kalori makanan setiap kali anda makan. Anda boleh menggunakan mana-mana applikasi Calorie Counter yang terdapat di Google Play atau App Store untuk memudahkan anda mengira jumlah kalori dan nutrien yang diambil.


Makan Hanya Ketika Waktu Makan

Jangan minum air yang manis. Pastikan anda hanya minum air kosong ataupun air masak. Anda juga boleh mengambil minuman yang sifar kalori seperti teh atau kopi tanpa gula. Walau bagaimanapun, protein shake adalah dibenarkan jika ianya dianggap sebagai makanan pada waktu tersebut.

Banyakkan Makan Sayuran

Penuhkan pinggan anda dengan sayur-sayuran dan hadkan karbohidrat berkanji serta lemak tambahan pada minggu tersebut.

2. Cuba Intermittent Fasting (IF)

Sekiranya pengurangan kalori merupakan suatu perkara yang mudah, sudah pasti kita melakukannya dari dahulu lagi. Oleh itu, anda juga boleh juga mengamalkan intermittent fasting sebagai salah satu tips kuruskan badan tambahan.

Jadi, di samping mengurangkan pengambilan kalori, anda mungkin mahu cuba intermittent fasting. Dengan mengurangkan ruang masa makan, anda secara tidak langsung akan mengurangkan pengambilan kalori.

3. Lebihkan Minum Air Kosong

Benarkah minum air kosong adalah salah satu tips kuruskan badan yang paling berkesan?

Ya. Benar. Kajian mendapati bahawa dengan minum air dapat meningkatkan metabolisma badan sebanyak 24-30% dalam jangka masa 1 ke 1.5 jam. Apabila metabolisma meningkat, ia dapat membantu tubuh untuk membakar lebih banyak kalori. Terdapat satu lagi kajian yang menunjukkan bahawa dengan meminum air setengah liter kira-kira setengah jam sebelum makan boleh membantu anda untuk mengurangkan selera makan seterusnya membantu mengurangkan pegambilan kalori dan menurunkan berat badan sebanyak 44%, berbanding mereka yang tidak minum air.

Selain itu, antara cara yang paling mudah untuk kurus dengan cepat adalah dengan terus menghentikan pengambilan minuman manis. Anda hanya perlu minum air kosong ketika waktu makan. Jika anda berjaya amalkan minum air kosong, kami pasti anda mampu untuk kurus dalam masa yang singkat. Kalau mahu tahu keberkesanannya, apa kata anda cuba dahulu selama seminggu dan lihat bagaimana hasilnya.

4. Kurangkan Karbohidrat dan Lebihkan Protein Tanpa Lemak

Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengikuti diet rendah karbohidrat dengan hanya dalam beberapa hari. Bahkan terdapat juga kajian yang telah merumuskan bahawa diet rendah karbohidrat adalah salah satu cara yang sangat efektif untuk menurunkan berat badan disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan. Pengambilan karbohidrat yang kurang dalam jangka masa yang pendek juga dapat mengurangkan berat air dan mengatasi masalah perut kembung.

Oleh itu, ini adalah antara sebab mereka yang mengambil makanan rendah karbohidrat dapat melihat perbezaan pada skala penimbang seawal pagi keesokannya setelah memulakan diet tersebut. Tambahan pula, dengan memastikan protein yang diambil adalah mencukupi, selera makan dapat dikurangkan dan tahap metabolisme juga boleh ditingkatkan. Cuba singkirkan atau kurangkan karbohidrat berkanji dan gula secara drastik selama seminggu. Anda boleh gantikan karbohidrat dengan sayuran rendah karbohidrat dan pada masa yang sama tingkatkan pengambilan telur dan daging tanpa lemak seperti ikan untuk sumber protein.

5. Elakkan Makan Makanan Ringan

Tidak dapat disangkal lagi bahawa perkara utama yang perlu dilakukan untuk mengurangkan lemak badan adalah dengan menghentikan pengambilan makanan ringan.

Anda harus memastikan makanan yang diambil merupakan sajian lengkap, kaya dengan nutrisi dan seimbang. Segala makanan ringan yang diproses seperti snek, fast food dan makanan di dalam tin haruslah dielakkan serta merta. Jika anda sudah biasa dengan makanan ringan ketika minum petang atau supper, cuba gantikannya dengan sayur-sayuran rendah karbohidrat atau pun telur sebagai sumber protein tanpa lemak. Pengambilan protein tanpa lemak dan sayur-sayuran rendah karbohidrat juga boleh mengenyangkan anda walaupun kalori yang diambil adalah tidak banyak.

Dengan memanfaatkan diet yang betul dan aktiviti latihan yang optimum, penurunan berat badan yang banyak boleh dicapai dalam masa hanya seminggu. Walaupun bukan sekadar untuk buang lemak, anda juga boleh jadikan tips kuruskan badan yang kami sediakan ini sebagai batu loncatan dan motivasi untuk mengikuti pelan diet yang lebih mampan. Apabila minggu ini berakhir, anda boleh beralih kepada pelan diet dan aktiviti senaman yang lebih teratur supaya penurunan berat badan dapat diteruskan secara konsisten.

Itu sahaja tips kuruskan badan yang boleh kami kongsikan. Secara peribadi, memang tidak mustahil untuk kurus dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan adalah keazaman dan tahap disiplin yang tinggi. Cuba dahulu selama seminggu. Jika boleh bertahan, anda boleh lanjutkan tempoh ke minggu-minggu lain dan seterusnya.

 

 

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->