Adakah anda tahu apa itu sebenarnya ‘anxiety’? Seringkali mendengar akan anxiety dan kemurungan, tetapi apakah anda tahu dan faham apa yang terjadi sebenarnya?
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang selebriti memuat naik video di Instagramnya dan berkongsi detik cemas dia diserang ‘anxiety attack’ atau dalam bahasa mudahnya gangguan kebimbangan melampau.
Ini adalah 10 cara dia melawan ‘anxiety’ secara umum:
- Mendekatkan diri dengan Tuhan dan perbanyakkan istighfar dan selawat.
-
Jauhkan diri dengan orang yang negatif . Biar tidak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Apabila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan tertekan dan bertambah parah anxiety.
- Betulkan mindset dengan selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “Aku sihat dan tidak takut.”
- Jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami. Luah segalanya, mesti lega.
- Lakukan aktiviti yang seronok bersama kawan kawan, suami, anak-anak atau ibu bapa untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang ‘perkara’ itu .
-
Jangan tidur keseorangan dan sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Sebagai contoh pesakit anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan.
- Jika perlu, dapatkan nasihat doktor psikologi. Anxiety bukan gila dan jangan takut kerana sedikit sebanyak ia membantu melegakan pesakit. Mereka lagi memahami dan anda boleh dapatkan nasihat mereka.
- Amalkan makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air masak.
- Cabar diri untuk pecah tembok yang anda takuti dan keluar daripada zon selesa seperti takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin dan tukar mindset.
- Sokongan moral mental dan fizikal daripada keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety. Sentiasalah beri mereka dorongan untuk pulih.
Anxiety datang tanpa diundang, sesiapa pun boleh mengalami perkara ini. Bagi anda di luar sana yang sering memandang serong pada mereka yang menghadapi anxiety, anda sepatutnya membantu mereka untuk mereka pulih.
Walaupun pesakit anxiety tidak boleh pulih sepenuhnya, tetapi mereka masih boleh menemui sinar kebahagiaan dan mengawal anxiety ini jika anda turut sama membantu mereka.
Previous article
Nak Tips Kurus Dalam Masa Seminggu?
Next article
Stres Dalam Kalangan Kanak-Kanak. Awas 8 Punca Ini!
Melayu
Melayu