Benarkah Anak Pandemik Miliki IQ Rendah?

-
0

 

Kebelakangan ini, kes penyakit berjangkit telah naik mendadak. Ini menunjukkan bahawa pentingnya untuk tingkatkan sistem imun badan. Pada awal fasa Covid-19 menyerang negara dahulu, tidak ramai kanak-kanak yang dijangkiti. Namun apabila varian Delta dan Omicron menyerang, ramai kanak-kanak telah dijangkiti sehingga kini lebih 750 ribu kanak-kanak mempunyai sejarah dijangkiti Covid-19. 

Sewaktu pandemik dan PKP, ramai kanak-kanak yang terkesan sebenarnya. Ini kerana sewaktu itu, interaksi mereka tidak berlaku secara normal dan pemakanan mereka juga mungkin terganggu disebabkan oleh ibu bapa sibuk bekerja dan sebagainya. Dan, pemakanan yang tidak seimbang ini boleh mempengaruhi perkembangan minda kanak-kanak terutamanya di awal tahun tumbesaran mereka. Minda kanak-kanak akan berkembang secara pesat bermula mereka dilahirkan sehingga 5 tahun, pada waktu itulah terbentuknya asas kepada otak. Pada ketika ini, kanak-kanak sangat perlukan pemakanan yang seimbang, rangsangan yang positif dan sebagainya.

Bayi dilahirkan dengan 100 billion sel otak. Bagi membolehkan sel otak ini berfungsi, ia perlu berhubungan antara satu sama lain. Dan didapati setiap sel otak itu mempunyai hubungan sekitar 2500 antara sel-sel di sekitarnya. Tetapi, apabila meningkat dewasa, perhubungan ini akan meningkat kepada 15 ribu. Jadi, untuk memastikan minda anak-anak anda berkembang dengan baik dan mampu untuk memproses maklumat dengan baik adalah dengan menggalakkan sel-sel berhubung. Sel saraf ini mempunyai unjuran, dan ia akan bergerak antara satu sama lain, dan untuk berhubung itu ia memerlukan rangsangan. Sebab itu, bagi ibu bapa yang nak bagi teguran kepada anak-anak, cara apa yang lebih baik? Adakah melalui teguran yang ringkas atau membebel? 

Sebenarnya otak kita lebih mudah menerima informasi dalam point form, sebab teguran ringkas lebih bermakna. Sebagai contoh,  anda nak suruh anak anda gosok gigi sebelum tidur, bila anda cakap sekali mungkin mereka tak dengar, jadi anda tak boleh mengalah. Sebab ada kajian menunjukkan bahawa untuk membolehkan sel-sel otak berhubung, ia memerlukan ulangan terhadap sesuatu perkara itu sebanyak 200 kali. Bila anda keep on ulang-ulang suruh anak-anak gosok gigi sebelum tidur jadi informasi ini akan melekat dan tersimpan di dalam otak kanak-kanak sampai bila-bila. 

Perhubungan saraf otak kanak-kanak ini bukan sahaja dipengaruhi oleh pembelajaran, tapi ia juga dipengaruhi oleh interaksi, pembuatan, penglihatan termasuk emosi. Sewaktu PKP dan pandemik dulu, perasan tak yang anak-anak anda kurang berinteraksi dan perkara ini akan menjejaskan perkembangan minda mereka. Keadaan ini juga akan menyebabkan anak-anak kita jadi stres, bila stres akan berlakunya perubahan pada sifat-sifat mereka. Mereka menjadi lebih malas, ganas, baran dan tantrum. Perubahan ini yang perlu kita perhatikan supaya kita dapat fokus kepada kesihatan minda anak-anak kita.

Kajian dijalankan di kalangan ibu bapa menunjukkan 4 daripada 10 ibu bapa menyatakan bahawa prestasi pelajaran anak-anak mereka merosot. Manakala, 3 daripada 10 mengakui bahawa kesihatan minda anak-anak mereka terjejas. Mengikut peratusan, 39% prestasi akademik merosot. Ada kajian menyatakan bahawa kemerosotan akademik ini diibaratkan seperti mereka kehilangan 1 tahun pelajaran. 36% didapati mengalami kemerosotan dari sudut sosial dan emosi. Manakala 29% perubahan terhadap perangai. Kajian ini lebih memfokuskan kepada kanak-kanak yang berumur rendah. 

Tapi, bagaimana dengan bayi? Sebenarnya bayi juga tidak terkecuali, terutamanya jika ibu bapa itu terdedah kepada stres covid. Satu kajian yang melibatkan 600 kanak-kanak yang berusia 3 bulan hingga 3 tahun yang dikeluarkan oleh majalah Nature menunjukkan bahawa skor kemahiran awal kanak-kanak bila menjelang 2020 selepas covid berlaku mula menurun. Bermula daripada tahun 2020, skor kemahiran mereka tidak berada pada julat yang normal (85-115). Maksudnya di sini kemahiran awal seperti pertuturan, belajar bahasa, menyelesaikan puzzle, motor skill seperti pergerakkan, berlari, semuanya terjejas. 

Jelas di sini menunjukkan bahawa pandemik ini mempunyai kesan bukan sahaja kepada golongan dewasa tetapi juga kepada kanak-kanak. Sains sekarang juga mengetahui bahawa terdapat makanan yang dapat menggalakkan perhubungan sel-sel otak. 60 % daripada otak kita ini adalah terdiri daripada lemak. Ada makanan tertentu yang bersifat lemak seperti omega 3 penting untuk diambil bagi membolehkan sel-sel otak anda berhubung. 

Terdapat 2 bahan yang boleh menggalakkan sel-sel otak berhubung :

  1. Phosphatidylserine (PS)

PS adalah bahan yang memudahkan pembentukan kulit unjuran dalam sel saraf dan memudahkan ianya untuk berhubung antara satu sama lain. Ia juga boleh menggerakkan hubungan dari satu saraf ke saraf yang lain dengan laju dan pantas. Kita dapati pada waktu biasa, untuk dapatkan otak yang genius, otak itu memerlukan sekitar 100 mg PS dan ke atas. Phosphatidylserine ini boleh didapati daripada organ-organ dalaman, kekacang, soya, telur kuning. Tapi, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak cuma dapat sekitar 30 mg PS daripada makanan moden, jadi tak cukup. Sebab itu kita perlukan tambahan PS yang mencukupi. 

Satu kajian di kalangan 27 kanak-kanak yang diberikan sekitar 100 mg PS selama 4 bulan, didapati bahawa kanak-kanak ini telah menunjukkan peningkatan dari segi fokus, konsentrasi, pembelajaran dan kepantasan mereka dalam menyelesaikan masalah. Ada juga kajian di kalangan kanak-kanak ADHD. ADHD ini adalah kanak-kanak yang terlalu aktif, cepat mengamuk, tantrum. Apabila diberikan PS, didapati kanak-kanak ini memberikan kesan yang positif seperti mereka kurang ganas, lebih mudah belajar dan lebih menerima maklumat. PS ini juga berkadar songsang dengan hormon kortisol. Maksudnya bila anda ambil PS, secara automaticnya hormon stress anda juga akan menurun.    

        2. Omega 3

Omega 3 ini terbahagi kepada 3 iaitu ALA (Alpha Linolenic Acid), EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (Docosahexaenoic acid). Ini adalah lemak-lemak yang penting untuk minda sebab ianya membantu dari sudut prestasi, sel-sel berhubung dan fungsi kesihatan minda kita. Sumber yang kaya dengan DHA adalah daripada ikan, tapi masalahnya anak-anak kita tak suka makan ikan. 

Alpha Linolenic Acid (ALA) merupakan essential amino acid yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Menariknya ALA ini adalah sumbernya daripada kekacang, jadi ia tidak hanyir dan mudahlah untuk diambil oleh anak-anak kita. Apabila ALA masuk ke dalam badan, sebahagiannya boleh bertukar kepada EPA dan DHA. Maksudnya ia boleh membantu otak kita mendapat supply omega 3 dengan mencukupi. Omega 3 ini juga akan meningkatkan sel-sel maklumat ini bergerak. Kajian daripada majalah Physiology and Behaviour mendapati bahawa kanak-kanak yang kurang mengambil omega 3 didapati prestasi akademik mereka rendah terutamanya keupayaan dalam bidang matematik sangat-sangat merosot. Selain itu, omega 3 juga penting untuk kesihatan mata yang jelas. Malah, ada juga kajian menunjukkan bahawa ALA ini dapat mengelakkan kejadian obesiti di kalangan kanak-kanak. 

Sebagai ibu bapa, semua aspek perlu ditekankan untuk memastikan kesihatan minda anak. Elakkan makanan-makanan yang tinggi gula, lemak dan sebagainya. Sokong pemakanan mereka dengan suplemen tambahan untuk memenuhi lopong jurang nutrisi yang disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang.             

        


                                          

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->