Asyik Blur? Apakah Fenomena Brain Fog Selepas Covid Itu Wujud?

-
0

Ramai yang masih tertanya-tanya adakah brain fog ini real? Apakah sebenarnya kesan covid terhadap otak ? 

Baru-baru ini ada satu artikel daripada akhbar yang bertarikh 8 mac 2022, menunjukkan bahawa ada kajian daripada Oxford yang diterbitkan dalam majalah Nature, mengatakan bahawa  kes-kes yang ringan contohnya sekadar ada simptom seperti selesema atau sakit tekak pun boleh mengecutkan otak. Realitinya, dari tahun ke tahun, saiz otak ini akan mengalami proses degeneratif, dan proses ini sememangnya boleh mengurangkan saiz otak sekitar 0.2% setahun. Namun, bagi kes covid, proses degeneratif ini berlaku sekitar 1.8%, iaitu 9 kali ganda daripada kebiasaanya. Perkara ini lah yang harus kita elakkan. 

Kalau anda pernah lihat struktur otak, ia ada 2 bahagian iaitu gray matter dan white matter. Bahagian gray matter ini lah yang kelihatan mengecut di kalangan pesakit covid. Bahagian otak terdiri daripada 40 % adalah gray matter , dan pada kawasan tersebutlah terletaknya sel-sel saraf otak (neuron). Manakala di bahagian white matter pula adalah kawasan unjuran-unjuran neuron daripada gray matter. Gray matter ini akan berkembang dan matang apabila kita mencecah usia sekitar 20 tahun. Dan, sel-sel saraf berhubung pula akan berlaku di bahagian white matter, dan peaknya adalah pada middle age iaitu sekitar 30 tahun. Oleh itu selepas 30 tahun, sel-sel berhubung sudah berkurang. Jadi, bila usia lebih daripada 30 tahun, susah dah kita nak menghafal. 

Bukan gray matter sahaja yang akan mengecut, malah bahagian otak kecil (cerebellum) juga akan mengecut. Keadaan ini boleh mencetuskan satu permasalahan pemikiran (cognitive function). Jadi covid ini bukan sahaja boleh menjejaskan cognitive function, tapi ia juga boleh mengganggu emosi, sebab itu pesakit-pesakit covid ini akan rasa depressed, susah nak ingat, murung dan sebagainya. 

Apa yang menyebabkan brain fog? 

  1. Virus covid menyerang secara terus ke bahagian otak. Namun mengikut kajian, tak banyak sangat pun bahagian otak kita diserang oleh virus covid. 

  2. Keradangan dan tindak balas imun yang disebabkan oleh stres kronik yang berlaku di dalam badan, dan kemudiannya mencetuskan stres oksidatif. Pada ketika ini, banyak bahan-bahan keradangan sedang menyerang badan kita. Saintis juga menjumpai bahawa, individu yang mempunyai masalah ini berkemungkinan suatu hari nanti mereka akan lebih mudah terdedah kepada masalah Dementia atau nyanyuk dan Alzheimer. 

    Alzheimer ini adalah keadaan yang lebih serius sehinggakan nama sendiri pun mereka tak tahu. Satu kajian yang diterbitkan oleh Brain Communication Journal pada 19 januari 2022, menunjukkan walaupun seseorang individu itu dijangkiti dengan mild covid, mereka juga akan terdedah kepada episodic memory loss dan kewaspadaan mereka juga berkurang. Tapi, alhamdulillah kajian juga telah menunjukkan bahawa simptom-simptom ini akan berkurangan selepas 6 hingga 9 bulan dijangkiti covid. 

Maksudnya, ada peluang untuk anda pulih daripada brain fog dan elakkan daripada masalah yang lebih serius berlaku. Menurut American News, kajian daripada Cambridge University menunjukkan pesakit covid yang mempunyai simptom long covid mengadu bahawa berlakunya: 

- 78% Penurunan konsentrasi (fokus)
- 69 % mengalami simptom brain fog
- 67.5% mudah lupa
- 59.5% pertuturan ayat tidak keluar
- 43.7% kerap tersalah cakap

Oleh sebab itu, kesihatan minda sangat-sangat penting untuk post covid. 

Apa yang anda boleh lakukan sekarang untuk mengelakkan daripada brain fog ini berlaku? Elakkan 3 perkara ini:

          1. Keradangan 

  • Makan makanan yang bersifat anti radang seperti polifenol, vitamin, herba, karotenoid, omega 3. Makanan-makanan yang kaya dengan nutrisi ini lah yang harus kita amalkan. Pastikan setiap kali makan ada hidangan sayur dan buah. 
  • Antara punca yang menyebabkan keradangan berlaku dalam badan adalah seperti kurang tidur, tidak bersenam, mempunyai berat badan berlebihan, sering makan makanan yang menyebabkan keradangan seperti makanan tinggi gula, lemak trans, makanan terproses. 

    2. ROS (Reactive oxygen species)/stres oksidatif

  • Stres oksidatif berlaku apabila badan kita sudah tidak boleh kawal radikal bebas yang ada di dalam badan, proses ini boleh menyebabkan keradangan dan degenerasi sel. Macam mana nak atasi radikal bebas? Amalkan antioksidan. Mungkin jika anda muda, paras antioksidan dalam badan itu mencukupi, walaubagaimana pun anda masih perlukan sokongan antioksidan daripada luar sebagai pertahanan badan apabila badan anda diserang. 
  • Contoh antioksidan adalah seperti vitamin C. Dan, vitamin c ini adalah sejenis larut air, jadi bila dia larut air ia akan berlegar-legar ke dalam blood circulation anda, bila vitamin c ni jumpa sahaja dengan ROS, dia terus akan neutralkannya. 

    3. Overly activated immune response (tindak balas sistem imun yang berlebihan)
  • Menurut seorang ahli farmasi di Dubai, antara nutrisi yang diamalkan untuk modulate atau adjust balik sistem imun namanya adalah beta glucan, ia adalah sejenis polysaccharide. 
  • Beta glucan ini banyak terkandung di dalam spesies cendawan yang mempunyai khasiat. Antara beta glucan yang sangat berkesan untuk membantu kesihatan paru-paru ialah sejenis khazanah negara kita sendiri, iaitu Lignosus rhinocerus atau Cendawan Susu Harimau. 
  • Beta glucan yang terkandung di dalam cendawan inilah yang akan mengawal selia sistem imun kita supaya tidak terlalu lemah dan tidak terlalu aktif. Bahan tersebut merupakan salah satu imunomodulator yang hebat, selain beta glucan, terdapat juga vitamin percuma iaitu vitamin D. 

Vitamin D ini adalah vitamin yang sangat-sangat penting dan perlu diambil secara cukup oleh semua manusia nak-nak di musim pandemik ni. Kajian di sebuah hospital universiti di Israel menunjukkan bahawa mereka yang kekurangan vitamin D mempunyai risiko untuk mengalami Jangkitan Covid tahap 3,4 dan 5 sebanyak 14.4 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang cukup pengambilan vitamin D nya. 

Jadi, adakah anda perolehi sesuatu yang bermanfaat daripada bacaan ini? Jangan lupa, kongsikan bersama rakan-rakan anda, terutama sekali mereka yang pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini. 

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->