6 Cara Mudah Dan Cepat Untuk Tingkatkan Imun Badan

-
0

Kini, seantero dunia sedang berhadapan dengan pandemik wabak COVID-19 yang sangat membimbangkan. Disebabkan itu, pelbagai langkah kebersihan dan kesihatan wajar kita buat untuk melawan virus ini dan penyakit lain bagi kesejahteraan hidup.

Antara langkah yang boleh kita lakukan adalah mengamalkan cara kuatkan sistem imun tubuh badan kita!

Persoalannya, bagaimana?

Cara kuatkan sistem imun tubuh badan yang wajib diamalkan

Umum mengetahui bahawa negara kita sedang melalui pasca COVID-19. Ekoran itu, kita sebagai rakyat Malaysia wajar mengamalkan langkah kebersihan dan kesihatan selain akur dengan penjagaan kebersihan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, cara kuatkan sistem imun tubuh badan wajib diamalkan. Berikut adalah apa yang kalian boleh lakukan:

1. Elakkan stres yang berlebihan

Tidak dinafikan, memang ramai individu mengalami stres kerana situasi yang terpaksa kita hadapi kini. Pun begitu, kita seharusnya mengelakkan diri dari stres yang berlebihan.

2. Pastikan rangkaian sosial anda kekal kuat

Semasa PKP, memang sukar untuk kita bersosial bersama teman-teman. Namun, itu bukan alasan. Kewujudan media sosial memastikan kita boleh kekal berhubung bersama orang yang jauh mahupun dekat. Terdapat banyak kajian mengatakan kesunyian dan pengasingan sosial memberi banyak kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan.

3. Buang tabiat buruk anda dengan kadar segera

Tabiat buruk seperti menghisap rokok dan meminum alkohol wajarlah dibuang dengan kadar segera. Selain itu, buang juga tabiat suka berjaga pada lewat malam. Ini kerana kurang tidur pada waktu malam akan menyebabkan tubuh badan kurang mendapat rehat dan kesannya, sistem imun akan menjadi lemah. Menurut kajian, kebanyakan individu perlu sekurang-kurangnya 7 hingga 9 jam waktu tidur untuk tubuh badan berehat sepenuhnya. Barulah tubuh badan anda dapat menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang mampu melawan pelbagai penyakit.

4. Cuci Tangan Dengan Kerap

Cuci tangan menggunakan air dan sabun dengan kerap adalah cara kuatkan sistem imun tubuh badan yang paling mudah dan efektif. Ia juga senjata utama dalam melawan pandemik wabak COVID-19 yang melanda dunia ini. Ini kerana virus, bakteria atau kuman boleh berpindah dari manusia ke manusia hanya apabila mempunyai kontak rapat. Contohnya seperti bersalam.

5. Membela Haiwan Peliharaan

Pelbagai kajian menunjukkan individu yang membela haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing cenderung ada tekanan darah dan kadar kolesterol yang lebih stabil. Ini didasari oleh faktor anda akan lebih terlibat secara fizikal ketika membawa si comel bersiar-siar di luar rumah. Selain itu, dikatakan juga kanak-kanak yang banyak terdedah kepada haiwan lebih cenderung untuk tidak mempunyai alahan dewasa kelak.

6. Ketawa itu penawar duka dan pemangkin sistem imun

Akhir sekali, anda perlu memastikan kehidupan kekal ceria dan bahagia. Caranya, adalah dengan ketawa! Ketawa dikatakan mampu meningkatkan sistem imun tubuh badan. Ini disahkan melalui kajian yang dilakukan dengan meneliti individu ketika mereka menonton filem. Didapati sistem imun tubuh badan mereka yang menonton filem komedi mampu meningkat dengan mendadak. Jadi, sentiasalah kekal positif ya. Bersama, kita mampu melawan pandemik wabak COVID-19 yang sedang menyerang dunia ketika ini.



oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->