Punca-Punca Fungsi Hati Semakin Teruk

-
0

Hati merupakan salah satu organ yang mempunyai banyak fungsi. Antara fungsi hati adalah untuk menapis. Apabila kita makan, makanan atau nutrisi ini akan masuk ke dalam darah, dan tempat pertama yang ia akan singgah adalah hati. Di situ lah akan berlakunya proses penapisan, detoksifikasi dan metabolisma. 

Isi padu darah dalam badan kita lebih kurang ada 5 atau 6 liter. Kadar darah yang ditapis oleh hati berjumlah adalah sekitar 950 liter sehari. Ini menunjukkan bahawa hati ini sangat penting. Manusia tidak boleh hidup tanpa hati. Jadi secara amnya, fungsi hati adalah untuk :

  1. Menapis 950 liter darah sehari 
  2. Membantu metabolisma karbohidrat, protein dan lemak
  3. Detoksifikasi, dengan menghasilkan hempedu untuk proses pencernaan lemak
  4. Membantu penghadaman
  5. Membantu penghasilan protein tertentu di dalam badan termasuklah clotting factor (menjadikan darah beku)
  6. Menghasilkan blood plasma, immune factor enzim 
  7. Tempat penyimpanan vitamin, mineral seperti zat besi dan juga glikogen(tenaga simpanan)

Macam mana pula nak tahu fungsi hati ini dah mula rosak? Mungkin simptom itu ada sedikit sebanyak muncul, tapi kalau nak kepastian, memang perlu lakukan ujian darah liver function test. Selain ujian darah, boleh juga anda lakukan ujian ultrasound, CT scan dan kalau perlu baru lah sample hati diambil atau dikenali sebagai biopsy. 

Bolehkah manusia hidup tanpa hati? Untuk pengetahuan anda, keupayaan hati untuk regenerasi (regenerate) sekiranya tiada komplikasi-komplikasi yang lain sangat-sangat menakjubkan. Hati ini mempunyai keupayaan untuk tumbuh balik, jadi selepas beberapa bulan anda mungkin dah dapat hati yang baru. Jadi, hati ini memang merupakan salah satu organ yang mempunyai kadar regenerasi yang sangat tinggi. Contoh, jika anda ada ambil paracetamol secara berlebihan, dosage toksik kepada hati bagi paracetamol adalah lebih kurang 8g bersamaan 16 biji paracetamol. 

Jika anda lakukan hal ini, ia boleh menyebabkan kegagalan kepada fungsi hati. Ada kajian menunjukkan bahawa, masalah paracetamol overdose mungkin boleh menyebabkan 50-60% sel-sel hati mati. Tapi dalam masa 1 bulan, jika ada rezeki dan tidak mengganggu organ lain, hati yang hampir rosak tadi akan tumbuh balik seperti normal. Dos selamat paracetamol sehari adalah 2 g iaitu bersamaan dengan 4 biji. 

Tahukah anda ada dua jenis kerosakan hati? Yang pertama, kerosakan hati secara mendadak (acute liver failure) dan yang kedua adalah kerosakan hati secara perlahan-lahan (chronic liver failure). 

Apakah yang menyebabkan acute liver disease atau kerosakan hati secara mendadak?

Terdapat 3 perkara utama yang menyebabkan acute liver failure. 

  1. Jangkitan. 

Kalau sekarang ini kita digeruni dengan jangkitan covid. Covid itu sendiri boleh menyebabkan hati anda bermasalah. Kajian menunjukkan bahawa 14-53% individu yang dimasukkan ke hospital akibat covid mempunyai fungsi hati yang teruk. Maksudnya jika anda dijangkiti covid, memang sudah pasti fungsi hati anda juga akan terjejas.  Selain covid, banyak lagi virus-virus yang lain seperti hepatitis A, B dan C. Sebenarnya banyak virus-virus lain yang boleh menyebabkan acute liver disease. Kalau disebabkan oleh jangkitan covid ini, kebiasaannya bila semak bacaan hati, enzim AST dan ALT itu memang akan naik. Jadi enzim hati ini naik disebabkan oleh keradangan yang berpunca daripada covid. 

2. Autoimmune disease

Autoimmune disease adalah satu keadaan di mana sistem imun badan kita bertindak balas antara satu sama lain. Contohnya seperti Rheumatoid Arthritis (RA), Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Ulcerative Colitis, Celiac Disease, autoimmune hepatitis, primary biliary cholangitis dan macam-macam lagi. 

3. Pengambilan ubat-ubatan atau suplemen. 

Kajian di US pada tahun 2019 sebelum covid lagi menunjukkan bahawa setiap tahun terdapat 2 ribu individu menjadi mangsa kepada acute liver failure dan 50 % daripada mangsa acute liver failure ini adalah berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan. Jadi, saya akan kongsikan ubatan yang boleh ganggu fungsi hati. 

  1. Paracetamol. Elakkan kebergantungan kepada paracetamol. Dos yang selamat adalah 2g sehari, sekiranya anda ambil sehingga 8g sehari, ini boleh menyebabkan kerosakkan hati secara terus dan boleh membawa maut. 
  2. Augmentin iaitu sejenis antibiotik. Ia merupakan antibiotik gabungan Amoxicillin dan sejenis bahan yang menjadikan antibiotik ini berkesan terhadap bakteria-bakteria yang tak lut kepada antibiotik lain. Ia merupakan antibiotik kelas A yang memerlukan preskripsi daripada doktor. Namun, augmentin ini boleh menjejaskan fungsi hati sebaik sahaja anda makan atau ia juga boleh menyebabkan masalah hati secara berpanjangan. 
  3. NSAIDs (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs atau ubat tahan sakit). Kajian mendapati bahawa jenis ubat Diclofenac boleh menganggu fungsi hati selepas minggu atau bulan pengambilannya. Seterusnya ubat gout Zyloric atau Allopurinol juga boleh menyebabkan kerosakan fungsi hati. Jika anda mengambil ubatan Allopurinol ini, penting untuk ambil ujian darah secara kerap bagi mengetahui status fungsi hati. 
  4. Anti epileptic drug atau ubat seizure
  5. Isoniazid drug iaitu ubat untuk merawat TB (tuberculosis)
  6. Azathioprine atau methotrexate iaitu ubat untuk melawan penyakit autoimun.
  7. Ubat statin untuk rawat kolesterol tinggi. Statin yang diambil dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan toksik.
  8. Antifungal drug.

Berdasarkan kajian, bahan-bahan seperti vitamin, mineral dan suplemen hanya menyumbang sebanyak 15 ke 19% sahaja kepada kerosakan fungsi hati jika nak dibandingkan dengan punca-punca yang lain. Antara Vitamin yang dikatakan boleh menjejaskan fungsi hati adalah seperti Vitamin A dan Vitamin B3, tapi itupun jika ianya diambil dalam dos yang tinggi. 

Bagaimana pula dengan mineral? Mineral yang sering dikaitkan dengan masalah hati adalah apabila kita mengamalkan zat besi. Kalau nak amalkan zat besi, pastikan ambil dalam kuantiti yang berkadaran. Pengambilan zat besi yang secara berterusan terhadap dos yang tinggi boleh melekat pada sel-sel hati dan buah pinggang dan seterusnya boleh menyebabkan kerosakan organ tersebut. Kalau nak ambil zat besi, pastikan ambil atas nasihat doktor. Jangan pandai-pandai beli di farmasi kemudian ambil untuk satu tempoh masa yang lama. 

Bagaimana pula dengan bahan-bahan kimia, sebab kadang-kadang kita tak perasan botol plastik atau botol mineral yang didedahkan terhadap suhu yang tinggi tu juga boleh mengganggu fungsi hati. Antara bahan kimia yang merbahaya dan boleh menjejaskan fungsi hati adalah seperti vinyl chloride yang digunakan untuk menghasilkan plastik, cleaning solvent, racun serangga yang mungkin ada terhadap dalam sayuran dan buahan.

Dan, yang paling ramai tanya-tanya adalah adakah suplemen ini merupakan toksik kepada hati. Sebenarnya susah nak buktikan sama ada suplemen ini memang boleh menjejaskan fungsi hati atau tidak walaupun sudah dijalankan biopsy. Suplemen ini termasuklah herba. Terdapat senarai yang dikeluarkan oleh US, yang menjangkakan tongkat ali pun boleh menyebabkan masalah hati, tapi sebenarnya hal ini lebih kepada contaminant.  Contohnya, dalam suplemen itu bukan sahaja ada tongkat ali tapi mungkin juga mengandungi bahan-bahan kimia dan ini lah sebenarnya yang boleh mengganggu fungsi hati. 

Jadi, untuk mereka yang sentiasa terdedah dengan faktor-faktor di atas, pastikan anda lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala okay!

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->