TENTANG KAMIDisebalik Jenama
Prinsip & nilai teras kami adalah pendorong bagi memacu jenama kami ke arah standard global
Dengan pengalaman lebih dari satu dekad dalam pembuatan industri kecantikan dan kesihatan, kami tidak mahu perkara yang ini tidak bermanfaat.
Sebagai satu jenama yang sedang meningkat naik, kami bukan sahaja meletakkan sepenuh pemikiran, perhatian dan usaha terhadap penghasilan sesuatu produk untuk kebaikan seisi rumah sahaja, bahkan kami juga menitik beratkan setiap nilai-nilai yang membentuk siapa kami pada hari ini.
Rasional Logo
Aura pesona warna ungu menjadi pilihan imej koporat Eskayvie pada logonya sebagai lambang kepada nilai ekslusif, kredibiliti dan elegan. Nilai pada logo ini secara tidak langsung menjadikan Eskayvie sebagai sebuah syarikat yang komited, bersiap siaga dan berdaya saing dalam landasan hala tuju untuk menjadi peneraju global industri kesihatan dan kecantikan.
Nilai teras kami dapat dilihat melalui produk kami yang berkualiti tinggi, dikaji dengan baik & latihan yang intensif dan inovatif serta pembangunan usahawan melalui Akademi Eskayvie.
Insan
Kami insan berwawasan yang berdisiplin, bermentaliti pemilik serta mempunyai kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada syarikat.
Integriti
Kami berpegang kepada sifat jujur dan amanah serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kata dan tindakan kami.
Inovatif
Kami berfikiran positif dan bertindak secara proaktif, kreatif dan inovatif untuk memacu kecemerlangan diri dan syarikat yang berkekalan.
Komitmen
Kami gigih berusaha sepenuh jiwa dengan tabah untuk sentiasa mengembangkan potensi diri, perniagaan kami & prestasi syarikat.
Kerjasama
Kami mewujudkan peluang dan kejayaan untuk dikongsi bersama dalam suasana saling sokong menyokong, menghormati dan bertoleransi sebagai satu pasukan.