Tips Makan Tapi Kurus

-
0

Bagaimana cara untuk kita makan tapi kekal kurus? Pertama sekali kita periksa dulu bagaimana dengan sukatan makanan kita?

Masih amalkan formula yang diberikan iaitu segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur-sayuran. Ini formula ajaib yang boleh turunkan berat badan dan kekal kurus walupun anda makan tanpa mengikat perut.

Namun, ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk kekal kurus tanpa bermusuh dan berperang dengan keinginan untuk makan. Apa tipsnya? Jom kita periksa satu persatu;

1. Makan dengan tertib

Badan kita mempunyai dua mod. Iaitu mod bakar lemak manakala mod simpan lemak. Secara tertibnya jika hidangan itu mempunyai sepiring sate, sepinggan sayur-sayuran dan nasi goreng, apakah yang perlu di makan terlebih dahulu?

Mengikut tertibnya kita hendaklah makan yang berasaskan protein terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan sayur-sayuran dan akhir sekali barulah nasi ataupun karbohidrat.

Jika anda mengikut kepada tertib ini anda telah menukarkan mod simpan lemak kepada mod bakar lemak. Dengan cara TERTIB ini juga anda boleh turunkan gula dalam darah sebanyak 29% selapas 30 minit anda makan, 37% selepas 60 minit dan 17% selepas 120 minit.

Amalan ini juga mampu turunkan tahap rintangan insulin secara drastik selepas 60 ke 120 minit. Ini membuatkan anda kurang mengantuk selepas makan dan juga boleh meingkatkan rasa kenyang yang lebih lama. Ini akan mengurangkan risiko obesiti dan seterusnya mengurangkan Diabetes.

2. Mengambil air perahan lemon

Ada yang berkata lemon mempunyai asidik kerana ianya masam, namun tahukah kita apabila lemon masuk ke dalam perut ia akan bertukar menjadi alkali dan lemon juga kaya dengan vitamin c, kalsium, magnesium dan juga bioflavonoid.

Dengan mengamalkan satu sudu besar jus perahan lemon sebelum makan, ia boleh memperlahankan kadar penyerapan gula ke dalam badan, mengurangkan rintangan insulin seterusnya risiko Diabetes. Nak makan tapi kekal kurus? Amalkan ia setiap hari.

3. Aktifkan Glut 4

Apa itu Glut 4? Glut 4 ialah bahan pengangkut gula sama ada masuk ke dalam otot ataupun masuk ke dalam sel lemak. Untuk aktifkan Glut 4 dan memastikan apa yang dimakan terus ke otot dan bukannya sel lemak, amalkan 15 ke 30 minit sebelum makan untuk lakukan senaman.

Ianya tidak perlu lama cukup hanya tiga minit senaman dengan memberi fokus pada otot bahagian dada, belakang dan paha. Senaman yang dilakukan dengan cara yang laju sangat berkesan untuk aktifkan Glut 4 terus ke sel otot dan bukannya ke sel lemak.

4. Kayu manis

Kayu manis dikatakan mampu untuk turunkan rintangan insulin dan sekaligus dapat mengurangkan risiko Diabetes. Amalkan satu sudu kecil (serbuk) kayu manis sebelum makan.

Terdapat dua jenis kayu manis iaitu jenis Cassia dan juga jenis Ceylon. Jenis Cassia yang banyak terdapat di Malaysia dan mudah didapati. Cassia ini juga tidak boleh diambil terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan pendarahan, boleh rosakkan hati dan boleh meningkatkan risiko kanser hati dan paru-paru.

Manakala yang jenis Ceylon lebih selamat dan digalakan untuk mengamalkan jenis Ceylon. Kayu manis jenis Ceylon ini warnanya sedikit pudar, tidak terlalu merah dan rasanya tidak terlalu “spicy”.

5. Limau gedang

Buah limau gedang dan rasanya pula pahit-pahit manis.

Di dalam satu kajian menyatakan 91 orang yang obesiti dengan mengambil setengah biji buah limau gedang 30 minit sebelum makan. Mereka mengamalkannya selama 12 minggu berturut-turut dan mendapati purata berat badan menurun sebanyak 1.6kg.

Dari segi angkanya nampak kecil tetapi jika diamalkan secara berterusan ia memberikan kesan yang baik kepada kesihatan. Namun perlu diberi perhatian, grapefruit ini boleh berinteraksi dengan ubat darah tinggi dan juga selsema.

Untuk itu, cara terbaik ialah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Selain itu grapefruit ini juga mampu turunkan gula dalam darah dan ia adalah baik untuk penghidap Diabetes.

Bermanfaat? Kongsikan pada tersayang.

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->