6 Tips Reverse Tekanan Darah Tinggi

-
0

Masalah tekanan darah tinggi jika tidak dikawal akan menyebabkan pelbagai komplikasi. Ingin bebas masalah ini? Berikut 6 tips reverse tekanan darah tinggi,

 

1. Elak Makanan Masin

Elakkan makanan terproses terutamanya makanan yang sudah diawet kerana makanan ini mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Sebagai contoh kicap, sos, makanan dalam tin dan makanan segera.

Garam yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan pengumpulan air dalam badan. Jadi apa yang harus dilakukan?

Saranan ini dibolehkan kepada semua kecuali mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, iaitu amalkan dua biji pisang sehari. Ia boleh menurunkan dan mengawal tekanan darah tinggi anda sebanyak 10 peratus.

2. Berhenti Merokok

Sayangi diri anda, berhenti merokok.

Merokok menghasilkan radikal bebas, menyebabkan stress oksidatif, keradangan kronik dan seterusnya menyebabkan salur darah mula tersumbat. Jadi, nak lari dari masalah tekanan darah tinggi tinggalkan rokok.

 

3. Turunkan Berat Badan

Tahukah anda, hanya dengan menurunkan 5 peratus sahaja berat badan, ia boleh memberi kesan yang sangat bagus kepada kawalan darah anda.

Sebagai contoh, jika berat badan anda adalah 60 kg, untuk 5 peratus penurunan, anda hanya perlu usahakan untuk turunkan 3 kg sahaja.

 

4. Stres

Stres sebenarnya ada yang baik untuk diri. Namun, stres yang tidak dikawal, terlalu lama dan kronik juga memudaratkan. Ia menyebabkan hormon sentiasa dalam keadaan bersedia untuk stres.

Secara tidak langsung, stres berterusan juga akan menyempitkan salur darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

 

5. Tidur Yang Cukup

Jika mengamalkan tidur kurang dari 5 jam dan berterusan, anda mempunyai risiko 500 peratus untuk mendapat tekanan darah tinggi. Jadi amalkan tidur yang cukup dan berkualiti.

6. Senaman

Majalah Lancet pernah mengeluarkan statistik bahawa 61.4 peratus rakyat Malaysia tidak bersenam langsung.

Mudah sahaja anda hanya perlu berjalan kaki selama 15-30 minit sehari dilakukan selama lima hari berturut-turut.

Anda juga boleh melakukan senaman yang lebih aktif contohnya jogging selama 75 minit seminggu untuk membantu anda mengawal tekanan darah tinggi.

Bermanfaat? Kongsikan pada tersayang.

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->