Susah Nak Buang Angin? Apa Kata Anda Cuba 3 Posisi Ni Dulu !

-
0

Berapa ramai daripada anda di sini yang sebenarnya mengalami masalah sukar nak buang angin tapi disebabkan malu, anda buat tak endah saja?

Jangan macam tu ya ! Anda perlu tahu ada sebab kenapa manusia perlu buang angin dari tubuh. Secara saintifiknya, badan manusia mengeluarkan toksin hampir setiap saat. Dan salah satu caranya, melalui pengeluaran angin tak kiralah dari mulut (sendawa) ataupun daripada dubur (kentut). 

Tahukah anda, masalah angin dalam badan ni merupakan antara yang kerap kali berlaku tanpa kita sendiri sedari? Sekiranya anda seorang yang gemar mengambil makanan dengan kuantiti yang berlebihan dalam keadaan terlalu laju, anda sebenarnya berisiko tinggi untuk mengalami masalah angin terkumpul dalam badan. Inilah yang boleh menyebabkan perut rasa tidak selesa. 

Kuantiti makanan yang diambil dengan banyak serta diambil terlalu laju boleh menyebabkan otot perut anda terkejut sehingga menyebabkan berlakunya keregangan dan akhirnya perut akan mengeras.

4 POSISI YANG ANDA PERLU CUBA !

Jom cuba 4 posisi ini untuk memudahkan angin keluar dari badan anda.

1.Posisi Balasana (Child Pose)  

Posisi  Balasana ataupun Child Pose ini sangat berkesan untuk mengeluarkan angin. Ini disebabkan oleh posisi Balasana mampu mewujudkan tekanan yang lembut pada perut, sekaligus dapat membantu penyingkiran angin dengan lebih mudah. 

Anda boleh cuba pelbagai cara Balasana ini mengikut keselesaan anda, sama ada mahu angkatkan punggung ke atas, atau letakkan tangan di sisi kaki sambil  tangan menghala ke atas. Jom cuba!

2. Posisi Apanasana (Lutut Ke Dada) 

Posisi  Apanasana ini juga antara posisi terbaik untuk melancarkan proses pengeluaran angin daripada badan. Anda hanya perlu berbaring, dan angkat sebelah kaki ke arah perut dan pegang kaki anda untuk 15 sehingga 20 saat. Anda boleh ulang perkara yang sama dengan kaki sebelah lagi. Posisi ini berkesan kerana ia memberikan ruang kepada saluran angin untuk keluar dengan lebih mudah, tanpa halangan. 

3. Posisi Ananda Balsana (Happy Baby) 

Posisi ini mungkin kelihatan pelik tapi merupakan antara posisi yang boleh membuatkan anda berasa lega! Angin daripada badan boleh keluar tanpa sebarang sekatan dan otot-otot diperut anda boleh pulih akibat daripada ketegangan yang berlaku. 

Anda hanya perlu baring, dan angkat kedua-dua kaki ke atas untuk tempoh 20 saat dan pegang kaki anda. Anda juga boleh gerak kan kaki secara turun dan naik untuk hasil yang lebih baik. Jangan lupa cuba ya. 

Mudah kan? 

Jangan lupa cuba ketiga-tiga cara yang kami kongsikan ini untuk badan anda menjadi lebih selesa dan sihat. 

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->