Suhu Panas Anak Degil Nak Turun, Ni Apa Yang Perlu Dilakukan

-
0

Sistem pertahanan tubuh badan anak-anak yang kecil ini masih belum matang dan antibodi pun belum dihasilkan sepenuhnya, ini kerana badan mereka tidak pernah berjumpa dengan kuman-kuman yang sebenar. Ada kajian menunjukkan bahawa sistem pertahanan badan bayi yang baru berusia 2 atau 3 bulan ini baru sahaja nak berkembang.

Sistem imun kanak-kanak ini akan mula matang pada usia 6 tahun. Sebab itu penting untuk kanak-kanak ini dapatkan susu ibu selama yang boleh sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Susu ibu ini mengandungi passive immunity, di mana ia mengandungi antibodi immunoglobulin terutamanya susu awal ibu, iaitu susu pertama yang dihasilkan selepas bersalin yang dikenali juga sebagai kolostrum.

Ada kajian menunjukkan bahawa ibu yang telah mendapat dos penuh vaksin mampu mengalirkan antibodi atau immunoglobulin jenis A (IgA) kepada bayi mereka sebanyak 80%. Malah, passive immunity yang diberikan daripada ibu juga dapat bertahan sehingga 5 ke 6 bulan. Tapi apa yang paling penting, sistem imun badan ibu itu sendiri perlu kuat, kerana ia diperlukan sebagai persediaan sebelum melahirkan supaya bahan-bahan antibodi yang ada dalam darah ibu dapat dialirkan kepada bayi melalui susu badan dan sebagainya.

Demam ini apa sebenarnya? Bagus atau tidak demam ini? Demam ini sebenarnya di kawal oleh satu bahagian yang ada pada otak dinamakan sebagai hypothalamus. Bila ada jangkitan, hypothalamus ini akan naikkan sedikit suhu badan kita kerana ia perlu gerakkan sistem imun semula jadi badan. Daripada situlah, sel-sel darah putih kita akan mula merayau dalam badan untuk mencari kuman-kuman atau benda asing yang masuk ke dalam badan termasuklah makrofaj, iaitu bahan yang akan telan kuman-kuman yang masuk tadi. 

Dengan demam ini jugalah ia akan membantu merangsang sistem imun kita untuk menjadi lebih kuat untuk melawan kuman atau jangkitan yang menyebabkan demam itu terjadi. 

Demam ini selalunya disebabkan oleh jangkitan, tapi ada juga sebab-sebab lain, mungkin kanak-kanak tersebut baru lepas divaksinasi atau boleh juga terjadi disebabkan oleh inflammatory disease seperti RA, crohn’s disease dan banyak lagi, ia juga boleh terjadi disebabkan oleh cirit-birit. Sebarang tindak balas dalam badan yang tidak selesa akan menggerakkan sistem imun badan kita, dan akan mencetuskan perubahan suhu badan. Simptom demam itu biasa, kadang-kadang berpeluh, menggigil, sakit kepala, sakit urat, kurang selera makan dan satu simptom penting yang perlu diberikan perhatian adalah dehidrasi. Dehidrasi ini adalah keadaan di mana apabila badan kekurangan air. Kekurangan air ini selalu berlaku apabila badan panas, ditambah dengan muntah-muntah pula. 

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐦𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤?

  1. Sekarang ini famous dengan ubat Brufen, anda boleh jumpa di mana-mana farmasi. Brufen ini sedap rasa oren, kanak-kanak pun suka. Tapi, tidak disyorkan bagi kanak-kanak yang berusia di bawah 6 bulan. Kadang-kadang ada ibu bapa yang bagi saja ubat kepada anak-anak mereka sesuka hati, mungkin bila anak-anak demam tengah malam, farmasi pun tutup. Jadi, ada ibu bapa yang hancurkan ubat dewasa untuk diberikan kepada anak-anak. Ini agak bahaya, kerana anda tidak tahu samada dos yang diberikan itu betul atau tidak, nak-nak pula ada yang berikan ubat Aspirin. Aspirin tidak disyorkan kepada kanak-kanak di bawah 2 tahun kerana Aspirin ini boleh mencetuskan satu tindak balas yang dipanggil sebagai Sindrom Reye’s.

  1. Gunakan cool fever atau letak kain basah biasa untuk sejukkan kepala. Lagi satu, bila demam ini badan akan jadi panas, jadi elakkan daripada menggunakan selimut yang tebal, sebab badan perlu keluarkan haba, takut nanti jadi overheat pula.
  1. Kalau nak lap badan, tak perlu guna air ais, cuma perlu guna air pada suhu bilik atau air biasa sahaja. Sebab kalau kita guna air ais, kanak-kanak yang demam tadi akan jadi menggeletar dan ini akan menaikkan lagi suhu badan mereka.
  1. Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya untuk elakkan masalah dehidrasi.
  1. Pastikan suhu bilik selesa, kalau ada air cond boleh gunakan aircond

Macam mana nak elakkan demam di kalangan kanak-kanak? Ajar anak-anak untuk jaga kesihatan mereka. 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮?

  1. Pakai mask
  2. Jangan makan berkelompok
  3. Elakkan daripada sentuh mata, hidung dan mulut kecuali kalau dah basuh tangan
  4. Kerap basuh tangan
  5. Bekalkan anak-anak dengan sanitizer
  6. Elakkan berkongsi makanan, elakkan daripada menggunakan sudu, pinggan atau gelas yang sama
  7. Galakkan atau paksa sedikit anak-anak untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  8. Elakkan makanan ringan
  9. Syorkan pengambilan makanan tambahan seperti kolostrum. Kalau suplemen kolostrum ini biasanya diambil daripada susu lembu. Walaupun susu lembu, ia masih mempunyai pengaruh imunoglobulin yang dapat memberikan perlindungan serta meningkatkan sistem imun badan anak-anak kita.


  10. Dapatkan cahaya matahari sebab kanak-kanak perlukan Vitamin D. Ini kerana kekurangan Vitamin D boleh menjejaskan sistem imun badan pada bahagian paru-paru mereka.
  11. Dapatkan pergerakan yang aktif
  12. Amalkan probiotik seperti yogurt, tapi jangan pula ambil yogurt yang ada campuran macam-macam jenis bahan sebab dikhuatiri mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  13. Lebihkan pengambilan ikan kerana ikan ini kaya dengan omega 3. Omega 3 ini bagus untuk mengurangkan keradangan dalam badan sekaligus membantu untuk memantapkan sistem imun badan mereka.
  14. Dapatkan tidur yang mencukupi
  15. Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan, pastikan beri susu ibu kepada anak-anak anda.
  16. Elakkan antibiotik kalau tidak perlu. Ini kerana, masalah dengan antibiotic ini adalah ia boleh membunuh kuman-kuman baik yang ada dalam usus kita dan mungkin akan menyebabkan ketidakseimbangan kuman baik yang ada di dalam usus kita, sedangkan kita tahu kuman baik dalam usus ini sangat-sangat penting untuk menjaga keharmonian sistem usus dan sistem imun badan mereka.

Bermanfaat? Kongsikan kepada rakan anda. 

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->