SLIPPED DISC: Aktiviti Harian Sebenarnya Menjadi Punca

-
0

Pernah tak anda rasa, tiba-tiba belakang anda sakit selepas buat beberapa aktiviti yang ringan mahupun berat? Kesakitan tu datang dengan tiba-tiba dan menyerang sampai rasa tak boleh nak buat kerja lain langsung! 

Sekiranya gejala ini sedang anda hadapi, anda berkemungkinan besar mempunyai masalah “slipped disc”. Eh apa itu “slipped disc”? Macam pernah dengar tapi tak pasti apakah sebenarnya masalah “slipped disc” ini. 

Tahukah anda? 50% daripada kita semua alami sakit belakang yang sedikit disebabkan oleh tersalah duduk dan boleh sembuh hanya dalam masa seminggu. Manakala hampir 70% daripada kita semua pernah mengalami sakit belakang yang mengambil masa 1 sehingga 3 bulan untuk sembuh.

Hati-hati ya, “Slipped disc” mudah berlaku kepada lelaki yang berusia 35 sehingga 50 tahun. Namun apabila usia mencecah 50 tahun, “Slipped disc” jarang berlaku tetapi masalah spinal stenosis pula yang menyerang. 

Bagaimana “Slipped disc” ini boleh berlaku? Tulang belakang memainkan peranan yang penting untuk menstabilkan tubuh kita selain berfungsi memegang unsur utama iaitu saraf tunjang. Hentakan pada tubuh akan menyebabkan terhasilnya benjolan yang akan menghimpit saraf akar yang kedudukannya terletak berhampiran dengan saraf tunjang. 

Apa yang terjadi sekiranya saraf akar tertekan? Kesannya, anda akan rasa lenguh-lenguh, tak selesa dan rasa sakit yang menjalar sehingga ke kaki. Selain itu, antara simptom yang sering terjadi ialah, anda akan terasa seperti adanya letrik, panas dan juga kebas. 

Jom ketahui apakah punca yang menyebabkan berlakunya “Slipped disc” 

  1. Mengangkat barang berat 
  • Anda perlu tahu, sekiranya anda ingin mengangkat barang yang berat, anda perlu pastikan postur anda berada pada kedudukan yang betul. 
  • Cara yang betul ialah duduk, peluk ataupun berdiri dan baru pusingkan badan.
2.  Berat badan berlebihan (Obese)
  • Mereka yang obese lebih mudah untuk mempunyai masalah “Slipped disc” kerana badan menanggung beban berat yang tidak sepatutnya.
  • Sekiranya mereka ini dirawat, mereka masih berpeluang untuk mendapat masalah “Slipped disc” ini semula. 
  • Jadi, solusi yang terbaik ialah untuk mengurangkan berat badan secara sihat.

3. Jenis pekerjaan

  • Kerja-kerja berat seperti buruh kasar atau mengangkat benda berat mampu menyumbang kepada terjadinya “Slipped disc”
  • Namun, ada juga pekerjaan ringan yang boleh menyebabkan “Slipped disc” berlaku sebagai contoh, pekerjaan yang menyebabkan seseorang itu duduk terlalu lama.

4. Sejarah keluarga 

  • Sekiranya ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah “Slipped disc”, tidak mustahil untuk generasi seterusnya juga mengalami perkara yang sama. 
  • Risikonya tidak tinggi, namun masih ada peluang untuk menghidap masalah “Slipped disc” ini.


5. Pemakaian kasut tumit tinggi 

  • Wanita juga tidak terkecuali daripada mempunyai masalah “Slipped disc” ini, terutama sekali mereka yang suka berkasut tumit tinggi.
  • Pada bahagian kaki kita, terdapat 28 tulang dan 44 sendi. Kasut tumit tinggi mampu mengganggu paksi tulang sehingga menyebabkan ia melengkung, akhirnya meningkatkan risiko sakit belakang. 

Sekiranya ada diantara perkara diatas ini berlaku pada anda, anda perlu bertindak segera ! Jom teruskan bacaan untuk tahu bagaimana nak kenal pasti adakah anda salah seorang yang berisiko untuk mendapat masalah “Slipped disc”.


Lakukan ujian mudah dengan luruskan kaki dan angkat kaki anda sehingga 90 darjah. 
Sekiranya anda tidak merasa sebarang kesakitan, tahniah! Anda bebas daripada “Slipped disc”! NAMUN, sekiranya ada rasa sakit, anda perlu segera ke klinik untuk lakukan pemeriksaan lanjut di klinik ataupun hospital. 

#EskayvieMalaysia

 

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->