Gemuk Air, Benar Atau Sekadar Mitos?

-
0

Betul ke wujud istilah gemuk air? Kalau gemuk air maknanya senanglah untuk kurus apabila diet tak minum air kan? Pelbagai persoalan timbul dengan istilah ini. Kami pasti anda pun akan tertanya-tanya juga ! 

Dr Syid Ayob ada jawapan untuk masalah yang anda alami ini. Jom ikuti perkongsian beliau dibawah. 

Sama ada gemuk air itu istilah yang betul ataupun mitos, apa yang penting ialah keinginan untuk berDIET itu adalah satu usaha yang murni. DIET baik untuk kesihatan terutama untuk pengidap diabetes.

Perkara yang sering berlaku pada mereka yang diet dalam masa 2-3 hari sahaja sudah turun berat badan 2-3 kilogram.

Sebenarnya betul yang turun 2-3 kilogram itu adalah kehilangan air TETAPI lemak masih ada, dan belum pun dibakar lagi.

Ada dua benda yang anda kena faham iaitu ada dua perkara yang mengikat air dalam badan seseorang iaitu GARAM dan KARBOHIDRAT.

GARAM :

Apabila seseorang itu mengambil makanan yang bergaram, buah pinggang akan mengeluarkan garam. Tetapi apabila individu tersebut mengambil garam pada kuantiti yang banyak, garam tadi tidak sempat untuk dikeluarkan dan ianya akan disimpan di dalam badan seseorang. Tugas garam pula adalah untuk memegang erat air dalam badan. Ia akan menyerap air seperti span menyebabkan jumlah air yang dikeluarkan dari badan menjadi sedikir.

Pengambilan garam berlebihan menyebabkan berlakunya 'water retention' di dalam badan

Disinilah puncanya istilah gemuk air terjadi. Jadi apabila seseorang itu mula DIET dan berat turun 2 kilogram ia sebenarnya garam yang disimpan tadi baru dilepaskan bersama air. Itulah istilah Gemuk Air yang sebenarnya.

KARBOHIDRAT :

Apabila seseorang itu mengambil karbohidrat, ianya akan penuh dalam badan dan tugas karbohidrat juga adalah untuk memegang air. Apabila seseorang itu sudah tak ambil lagi makanan berasaskan karbohidrat atau gula, simpanan karbohidrat di dalam badan akhirnya akan digunakan secara sepenuhnya sehingga menyebabkan air dalam karbohidrat akan keluar. Ini juga punca istilah gemuk air.

Betul pada peringkat awal diet apa yang hilang itu adalah air. Ini kerana untuk membakar lemak, badan perlu mengambil masa yang lebih lama kerana lemak tidak dapat dibakar dalam tempoh masa yang singkat dengan kadar yang banyak.

Jadi dalam berdiet, apa yang penting ialah istiqomah dalam melakukan apa sahaja. Hasil akan terlihat sesuai dengan usaha dan kesabaran. 

Bermanfaat? Jangan lupa kongsikan 

 

oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->