5 Kebaikan Minum Kopi Yang Ramai Tidak Tahu
Adakah anda antara golongan yang tak boleh mulakan hari tanpa kopi? Pagi rasa tak lengkap bila tak hirup satu cawan kopi panas atau kopi ais. Betul kan? Sekiranya anda merupakan golongan ini, ketahuilah sebenarnya anda sedang mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Eh sihat? Betul ke ni? Tapi kopi kan banyak keburukan? Sebenarnya tak semua tahu yang minum kopi ni banyak sangat khasiat berbanding keburukan. Kami akan kongsikan antara 5 kebaikan minum kopi yang ramai tak tahu. Teruskan bacaan anda.
1. Membekalkan tenaga serta meningkatkan daya pemikiran.
Seperti yang kita tahu, bahan utama kopi ialah kafein, yang sangat bagus untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Selain itu, kafein juga membantu meningkatkan daya pemikiran kerana ia akan membuatkan sel-sel otak bekerja. Jadi, tak hairanlah sekiranya ada yang perlukan kopi di awal pagi ataupun lewat malam untuk aktif melakukan kerja.
2. Mengurangkan risiko menghidap penyakit Diabetes Tahap II.
Ramai yang masih tak percaya, kopi dapat membantu mengurangkan risiko menghidap Diabetes Tahap II. Ada kajian yang telah dijalankan di negara barat menunjukan bahawa orang yang banyak minum kopi mempunyai risiko hampir 23 sehingga 50 % rendah berbanding orang yang tidak minum kopi secara harian. Malah, ada juga kajian yang menunjukkan hampir 67% mereka yang ambil kopi setiap hari berisiko rendah untuk menghidap diabetes tahap II ini.
3. Mengelakkan kemurungan dan kesedihan.
Tahukah anda, 25% golongan dewasa (berumur 65 tahun keatas) mengalami masalah kesihatan mental sehingga menghidap masalah kemurungan? Dalam satu kajian yang dijalankan di Harvard pada tahun 2011, wanita yang mengambil 4 atau lebih cawan kopi sehari, mempunyai risiko 20% lebih rendah untuk mempunyai masalah kemurungan dan kesedihan.
4. Mengelakkan penyakit kronik seperti Alzheimer dan Parkinson
Mesti anda tertanya-tanya, bagaimana pula penyakit kronik seperti Alzheimer dan Parkinson boleh dielakkan dengan mengambil kopi? Penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson adalah penyakit yang melibatkan saraf-saraf yang berada di otak. Mengambil kafein boleh membuatkan saraf-saraf di otak berfungsi dengan baik, kerana ia mampu menguatkan otak dan juga membuatkan otak aktif bekerja berbanding organ yang lain. Sekiranya anda kerap mengambil kopi, risiko anda untuk menghidapi penyakit Alzheimer dan Parkinson akan berkurangan.
5. Membantu mengurangkan berat badan
Seronoknya! Minum kopi pun boleh tolong turunkan berat badan. Betul, anda tak salah baca. Menurut kajian, minuman berkafein sebenarnya dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan dengan lebih banyak. Jadi, bagi sesiapa anda yang mahu menurunkan berat badan, adalah digalakkan untuk anda ambil minuman berkafein sebelum anda makan. Amalkan minum minuman berkafein dengan kadar yang betul dan mana tahu berat badan anda akan turun dalam masa yang singkat!
Menarik kan? Tak ramai yang tahu tentang kebaikan kopi ni. Namun, anda perlu tahu. Tak semua kopi bagus untuk anda amalkan. Walaupun ada kopi yang mengatakan tidak mengandungi kalori dan gula tambahan, awas ya! Sebenarnya ada kalori dan gula tambahan yang tersembunyi yang perlu anda ambil berat sekiranya anda mahu kekal minum kopi dan sihat.
Jadi apa lagi, jom minum kopi sekarang!