BUSINESS

Eskayvie membantu setiap usahawannya secara langkah demi langkah dengan adanya sistem sokongan yang kukuh melalui latihan dan bimbingan yang komprehensif dan berterusan.

YBhg. Puan Kartika Wati Pengarah Urusan Eskayvie

Mulakan Pengalaman Perniagaan

Sejak memulakan operasi pada tahun 2009 di Laman Seri Business Park di Shah Alam, Eskayvie Malaysia berpegang teguh dengan Visi Untuk Memperkasakan Ekonomi dan Kesihatan Ummah. Buktinya adalah kejayaan lebih 5,000 Usahawan Eskayvie di Malaysia, Singapura, Brunei dan penubuhan pejabat antarabangsa di Indonesia yang telah menjadi sebahagian daripada rancangan pengembangan global 10 tahun Eskayvie.

ESKAYVIE memperkasakan usahawan melalui Akademi ESKAYVIE iaitu pusat sehenti bagi membangunkan generasi usahawan yang berkualiti dan berdaya saing melalui program latihan yang sangat komprehensif dan sistematik. Ini adalah peluang yang mesti anda rebut dan tidak boleh di sia-siakan.

academy_image.png

Eskayvie sentiasa memastikan produk yang dihasilkan melalui proses kualiti, keselamatan dan keberkesanan yang dikendalikan di bawah sistem pengurusan yang baik dengan mengikuti standard GMP sebagai kod etika pembuatan dan penggunaan bahan mentah serta keselamatan yang melalui proses kawalan HACCP dengan ramuan dan formula yang dipatenkan.

Lebih daripada 200,000 pengguna mempercayai kualiti dan jenama ESKAYVIE, serta model perniagaannya yang secara langsung menyediakan sokongan khusus bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Kos dan Risiko Rendah

Nikmati kelebihan berurusan dengan syarikat yang boleh dipercayai, dengan sokongan pemasaran dan penjualan dalam talian & luar talian yang kukuh untuk mencapai matlamat anda. Mulakan langkah dan pengalaman baru sebagai usahawan yang menjalankan perniagaan sendiri dengan modal yang sangat rendah.

academy_img3
academy_img4

Dedikasi Anda Pastinya Mendapat Ganjaran

Rancangan pemasaran Eskayvie telah menyediakan pelbagai insentif menarik di antaranya termasuklah insentif percutian, pengiktirafan dan bonus setiap peringkat dan banyak lagi. Lebih 1000 usahawan Eskayvie telah berpeluang ke pelbagai tempat menarik bagi menikmati percutian di Paris yang romantis, ke kota bersejarah Istanbul dan dari pengamatan budaya Bali ke kota niaga Shenzhen.

Sokongan Perniagaan

ESKAYVIE Malaysia mempunyai sistem sokongan perniagaan yang lengkap melalui maklumat dan latihan, termasuk sumber dalam talian dan luar talian. Setiap usahawan Eskayvie dibantu secara berterusan ke arah peningkatan kemahiran yang di perlukan seterusnya mencapai matlamat pembangunan perniagaan.

academy_img5

Hidup Ini Penuh Dengan Pilihan. Anda Buat, Anda Dapat.


Malay