YAYASAN ESKAYVIE

Eskayvie Care For You

Yayasan Eskayvie peduli dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan dan telah menjadi budaya dan aspirasi Eskayvie sepanjang lebih 10 tahun berada di pasaran.

Overview

Berpegang teguh kepada visi memperkasakan ekonomi Ummah, Yayasan Eskayvie bertindak sebagai tangan kanan yang menggenggam erat komitmen terhadap usaha menambah nilai kehidupan dan ekonomi masyarakat. Ini adalah kerana, masyarakat yang berdaya saing menjadi tunjang kepada pembangunan ekonomi negara yang lebih mapan.

RM1 dari setiap pembelian produk terpilih Eskayvie akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Eskayvie

foundation_img2

Yayasan Eskayvie peduli dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan. Ini selari dengan tagline “Eskayvie Care For You” yang telah menjadi budaya dan aspirasi Eskayvie sepanjang lebih 10 tahun berada di pasaran.

Semenjak Yayasan Eskayvie diperbadankan pada 14 Jun 2012, pelbagai usaha telah dilaksanakan secara berterusan. Saban tahun pelbagai aktiviti dan program dijalankan bagi memastikan amanat yang diperolehi daripada setiap sumbangan yang dikumpulkan dapat disampaikan kepada yang memerlukan.

Sumbangan yang disampaikan tidak hanya berbentuk kewangan dan material semata-mata. Warga kerja Yayasan Eskayvie sering turun padang dengan menyantuni kehidupan sebenar masyarakat yang kurang bernasib baik melalui pelbagai sesi lawatan ke rumah fakir miskin serta rumah-rumah kebajikan bagi menyampaikan sumbangan mengikut keperluan masing-masing.

Yayasan Eskayvie bertekad untuk terus berkongsi manfaat serta menyampaikan amanah anda semua kepada mereka yang memerlukan. Tanggungjawab besar ini sememangnya menyentuh nilai integrity dan kerjasama yang sangat diperlukan oleh masyarakat kini.

#EskayvieCareForYou

Our purpose in life isn’t about achieving our own dreams and ambitions alone. We should always spare a thought and available efforts and attention towards our fellow men, women, and children who aren’t as capable to better themselves just to see a smile on their faces.

Misi 01

To illuminate a path for life for children to embark

foundation_img3
foundation_img4

Misi 02

Menghargai dan menjaga kebajikan golongan warga emas yang menjaga dan berbakti kepada kita suatu masa dahulu

Misi 03

To offer unbiased aid whenever possible regardless of creed and colour

foundation_img5

Malay
Malay