Makan Nasi Pun Boleh Kurus

2 min read
12-03-2026 09:56:55

Arus pemodenan hari ini juga menjadi faktor penyumbang kepada masalah obesiti ataupun kegemukan berlaku. Di dalam beras ada mempunyai dua kanji yang berbeza iaitu kanji baik yang dikenali sebagai amylose dan kanji jahat iaitu amylopectin.

Amylose (kanji baik) mempunyai rantaian kanji yang sangat stabil dan tidak mudah dihadam pada suhu yang tinggi. Manakala amylopectin pula (kanji jahat) mempunyai rantaian kanji yang tidak stabil dan bercabang-cabang. Ianya juga mudah diuraikan pada suhu sekitar 70-90 °C. Amylose juga mempunyai nilai indeks glisemiks (glycemic index) yang lebih rendah berbanding amylopectin.

Disebabkan struktur amylopectin yang mudah terurai dan nilai indeks glisemiks yang lebih tinggi, ia akan lebih cepat diserap ke dalam darah berbanding amylose. Dalam kata lain, amylopectin dikenali sebagai RDS (rapidly digestible starch) dan amylose dikenali sebagai SDS (slowly digestible starch).

Jadi ianya amat penting untuk kita memilih yang SDS untuk elakkan gula cepat diserap ke dalam darah.

Rata-rata hari ini kita memasak nasi menggunakan rice cooker. Letak sahaja beras, tunggu hingga nasi masak. Berbanding masa dahulu, nasi di masak dengan cara manual.

Jika kita perhatikan cara memasak dahulu, apabila nasi menggelegak ia akan mengeluarkan sejenis buih yang banyak dan buih itu akan dibuang (inilah kanji jahat). Apa yang tinggal hanyalah kanji baik yang dimakan. Namun sekarang cara memasak menggunakan rice cooker tidak lagi menggunakan kaedah seperti dahulu.

Memang agak merumitkan tetapi hakikatnya itu adalah cara memasak nasi yang betul, sihat dan selamat untuk kesihatan. Jadi pilihan ada pada diri kita sendiri.

Bermanfaat? Kongsikan pada yang tersayang.