Darah Tinggi Pembunuh Senyap

2 min read
12-03-2026 09:58:09

Antara simptom masalah ini adalah seperti sakit kepala, pening, mata kabur, loya dan hidung berdarah. Tapi yang paling malang, ada antara mereka yang tidak berasa apa-apa, tiba-tiba sahaja kena sakit jantung dan strok.

Ini yang perlu kita tangani dan hindari.

Satu kajian dilakukan pada tahun 2015, seramai 35.3% rakyat Malaysia yang berusia di atas 18 tahun, menghidap masalah tekanan darah tinggi. Paling menakutkan hampir 60% pula tidak menyedari mereka mengalami masalah tersebut.

Faktor Risiko Tekanan Darah Tinggi

  • Obesiti – Berat yang berlebihan boleh memberi tekanan kepada salur darah disebabkan kandungan kolesterol dan trigliserida yang tinggi dan secara tidak langsung salur darah akan menjadi lebih sempit.
  • Jantina – Lelaki lebih berisiko tinggi untuk mendapat masalah tekanan darah tinggi. Manakala wanita yang mencapai usia menopaus juga mempunyai risiko yang sama.
  • Faktor usia – Apabila usia sudah meningkat, salur darah mula menjadi keras dan ditambah pula dengan penyumbatan menyebabkan jantung bekerja keras untuk mengepam darah melalui salur darah yang tidak lagi elastik.
  • Masalah tumor di kelenjar adrenal yang berkait rapat dengan penghasilan hormon adrenalin yang berlebihan.
  • Individu yang menghidap penyakit kronik – Sebagai contoh kencing manis dan masalah buah pinggang boleh mengganggu pengaliran darah ke seluruh badan disebabkan salur darah yang sempit ataupun rosak. 
  • Gaya hidup yang tak sihat – Sebagai contoh seperti merokok, tidak bersenam, mengambil ubat-ubatan yang kerap seperti pil perancang, pil tahan sakit, steroid, ubat anti-kemurungan, selesema dan juga ubat resdung.

Bagi mereka yang sudah berusia 45 tahun dan keatas, perlu lebih berhati-hati kerana pada usia beginilah banyak penyakit akan mula bertandang. Anda disyorkan membeli mesin untuk periksa tekanan darah di rumah.