Apabila usia semakin meningkat, salah satu perkara yang sering menjadi kebimbangan ialah masalah kehilangan ingatan dan penurunan ketajaman minda. Ramai orang bermula perasan tanda-tanda kecil seperti melupa nama atau wajah orang. Selain itu, orang dalam usia yang lebih tua akan merasakan bahawa mereka tidak lagi sepantas atau setajam seperti dahulu.
Ini adalah kemerosotan kognitif dan ia adalah sebahagian daripada proses penuaan yang semula jadi. Kajian menunjukkan bahawa phosphatidylserine, sebatian semula jadi yang dijumpai dalam otak, memainkan peranan penting dalam komunikasi sel dan fungi memori. Dalam panduan ini, kita akan belajar tentang phosphatidylserine dengan lebih mendalam!
Memahami Kemerosotan Kognitif dan Punca Kemerosotan
Kemerosotan kognitif adalah sebahagian daripada proses penuaan yang semula jadi dan ia memberi kesan kepada ramai orang dalam usia yang lebih tua. Ia merujuk kepada penurunan secara beransur-ansur dalam keupayaan pembelajaran, penyelesaian masalah, pemberian tumpuan, ingatan, dan pembuatan keputusan, yang menjadi kebimbangan ramai orang. Punca kemerosotan kognitif adalah faktor usia, genetik, gaya hidup seperti kurang tidur atau kurang bersena, peredaran darah yang lemah ke otak, tekanan oksidatif, keadaan kesihatan tertentu serta kekurangan nutrien.
Jika kemerosotan kognitif dibiarkan berlarutan, ia boleh progres ke kemerosotan kognitif yang lebih merosakkan dan akhirnya mencapai tahap demensia. Dengan memahami kemerosotan kognitif dan puncanya, seseorang boleh mengambil langkah proaktif untuk menyokong fungsi otak, dengan itu, melambatkan proses kemerosotan kognitif.
Peranan Phosphatidylserine Dalam Menyokong Kesihatan Minda
Phosphatidylserine ialah sejenis phospholipid yang dihasilkan secara semula jadi di dalam otak. Namun, apabila usia semakin meningkat, jumlah phosphatidylserine yang dihasilkan secara semula jadi akan berkurang, dan ini boleh menyumbang kepada kemerosotan kognitif seperti kelambatan berfikir dan masalah kehilangan ingatan. Phosphatidylserine berfungsi dengan melindungi sel saraf dalam otak, oleh itu, membolehkan ia berkomunikasi dengan berkesan antara satu sama yang lain.
Ia juga menyokong pelbagai fungsi kognitif termasuk memori, pembelajaran, tumpuan dan penyelesaian masalah. Salah satu cara untuk menambah phosphatidylserine dalam badan ialah dengan pengambilan suplemen phosphatidylserine bagi menyokong fungsi otak.

Bukti Saintifik Tentang Keberkesanan Phosphatidylserine Untuk Sokongan Kognitif
Beberapa kajian telah dijalankan mengenai phosphatidylserine untuk menyokong fungsi kognitif. Kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa phosphatidylserine menyokong fungsi kognitif, termasuk pembentukan memori jangka pendek dan pengukuhan memori jangka panjang, keupayaan untuk mencipta dan mengingati semula memori baharu, keupayaan untuk belajar dan mengingat maklumat, keupayaan untuk memberi tumpuan serta mengekalkan konsentrasi, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi. Walaupun bukti dijumpai untuk menunjukkan potensi manfaat dalam menyokong fungsi kognitif, kajian lanjut masih diperlukan untuk mengesahkan manfaat jangka panjangnya.
Rujukan:
Cognitive Decline – Michael J Glade, Kyl Smith Phosphatidylserine and the human brain Nutrition (2015)
Manfaat Suplemen Phosphatidylserine Dalam Melambatkan Kemerosotan Kognitif
Suplemen phosphatidylserine ada potensi untuk membantu memperlahankan kemerosotan kognitif. Pengambilan suplemen ini dapat membantu dalam aspek berikut:
- Meningkatkan Daya Ingatan
Phosphatidylserine dikaitkan dengan sokongan terhadap memori jangka pendek dan jangka panjang, serta membantu dalam mendapatkan semula ingatan.
- Menyokong Tumpuan dan Keupayaan untuk Fokus
Phosphatidylserine juga menyokong aktiviti neurotransmitter, dengan itu, meningkatkan fokus dan konsentrasi, membantu memperlahankan kemerosotan kognitif serta menyokong fungsi harian dengan lebih baik.
- Menyokong Keupayaan untuk Belajar
Pengambilan suplemen in juga membantu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan mengingatkan semula maklumat.
- Meningkatkan Mood
Ia juga membantu mengawal dan meningkatkan mood dengan merangsang otak untuk menghasilkan dopamin yang penting untuk mengurangkan stress. Dengan itu, ia mengurangkan simptom kebimbangan atau kegelisahan.
Gabungan Phosphatidylserine Dengan Vitamin Lain Untuk Kesihatan Minda
Phosphatidylserine bersendirian sudah menawarkan banyak manfaat untuk kesihatan minda. Namun, pengambilan vitamin penting yang lain dengan suplemen phosphatidylserine boleh menambah baik kesihatan kognitif. Sebagai contoh, pengambilan vitamin B seperti B6, B9 dan B12 dengan phosphatidylserine adalah penting untuk kesihatan minda. Vitamin B ini berperanan dalam sintesis neurotransmiter seperti serotonin dan dopamin yang membantu dalam memori serta prestasi mental secara keseluruhan.
Selain itu, asid lemak omega-3 juga menyokong membran sel otak dan meningkatkan komunikasi antara neuron, dan oleh itu, memperbaiki fungsi neurotransmiter dan menguatkan memori. Pengambilannya bersama phosphatidylserine berfungsi secara sinergistik untuk menyokong kesihatan minda dan memperbaiki prestasi kognitif. Gabungan vitamin penting dengan suplemen phosphatidylserine dapat memaksimumkan manfaatnya dan menawarkan prestasi yang lebih baik untuk kesihatan minda.
Kesimpulan
Phosphatidylserine adalah komponen terpenting dalam memastikan otak berfungsi dengan baik. Apabila kita semakan berusia, penghasilan nutrien ini di dalam otak akan semakin berkurangan dan oleh itu, pengambilan suplemen phosphatidylserine akan dapat membantu melambatkan penurunan kognitif dengan menyokong memori, tumpuan, serta prestasi kognitif secara keseluruhan.
Jika anda ingin meningkatkan fungsi kognitif dan kesihatan minda, pertimbangkan untuk menambah suplemen Eskayvie Mindtropic kaya dengan phosphatidylserine serta nutrient penting lain yang juga menyokong kesihatan minda. Ia diformulasi untuk menguatkan memori, meningkatkan daya fokus dan kebolehan menyelesaikan masalah, mempercepatkan pergerakan signal maklumat dan mengurangkan stress dan masalah kemurungan. Dengan Eskayvie Mindtropic, anda boleh berfikir dengan lebih tajam, fokus dengan lebih baik dan berasa lebih bertenaga setiap hari!