Ramai orang kini semakin memberi perhatian terhadap kesihatan otak dan mencari cara untuk meningkatkan prestasi mental secara menyeluruh. Tekanan hidup yang tinggi dan penurunan fungsi kognitif akibat faktor usia membuatkan ramai individu mencari nutrien untuk menyokong kesihatan minda. Antara nutrien yang semakin popular ialah phosphatidylserine. Nutrien ini merupakan sebahagian daripada kumpulan phosphatidyl yang diketahui memberi pelbagai manfaat kepada otak.
Artikel ini akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang apa itu phosphatidylserine, sumber semula jadi, cara ia menyokong fungsi otak, serta manfaat phosphatidylserine untuk prestasi mental harian anda.
Apa itu Phosphatidylserine?
Phosphatidylserine ialah sejenis fosfolipid, iaitu molekul yang tergolong dalam kumpulan phosphatidyl. Antara jenis phosphatidyl lain termasuklah phosphatidylcholine, phosphatidylethanolamine, phosphatidylinositol dan phosphatidylserine.
Daripada semua jenis tersebut, phosphatidylserine adalah yang paling penting kerana ia berperanan meningkatkan kesihatan otak dan sistem saraf. Nutrien ini membantu neuron dalam otak berfungsi dengan lebih efektif, sekali gus meningkatkan daya ingatan serta menstabilkan emosi. Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang memilih untuk mengambil suplemen phosphatidylserine bagi menyokong fungsi kognitif dan kesihatan otak mereka.
Sumber Semula Jadi Phosphatidylserine
Walaupun badan kita menghasilkan phosphatidylserine secara semula jadi, anda masih boleh menambah tahap nutrien ini melalui pemakanan harian.
Antara sumber semula jadi phosphatidylserine ialah telur, ikan seperti makarel dan herring, kacang soya dan organ haiwan seperti hati ayam atau hati lembu
Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan pengambilan suplemen phosphatidylserine, kerana kebanyakannya dihasilkan daripada soya, ikan, bunga matahari dan kobis.
Fungsi Phosphatidylserine Dalam Menyokong Fungsi Minda
Phosphatidylserine membantu mengawal hormon kortisol (hormon stres) supaya otak dapat mengurus tekanan dengan lebih baik. Ia juga melindungi neuron daripada kerosakan akibat tekanan oksidatif dan memastikan otak mampu berfungsi dengan optimum walaupun berada dalam tekanan.
Di samping itu, phosphatidylserine menyokong proses neurotransmitter, iaitu bahan kimia yang menghantar isyarat antara sel otak. Ringkasnya, phosphatidylserine memastikan komunikasi antara sel otak berjalan lancar untuk menajamkan fikiran serta menstabilkan emosi.

5 Manfaat Phosphatidylserine untuk Kesihatan Otak
Berikut adalah beberapa manfaat phosphatidylserine yang penting untuk kesihatan otak dan prestasi minda anda:
1. Meningkatkan Daya Ingatan
Phosphatidylserine menguatkan membran sel otak yang penting untuk fungsi memori. Ia membantu proses penyimpanan dan mengingat kembali maklumat dengan lebih mudah, sekali gus mengurangkan risiko kehilangan memori.
2. Meningkatkan Fokus dan Kebolehan Menyelesaikan Masalah
Dengan menggalakkan komunikasi antara neuron, phosphatidylserine membantu meningkatkan tumpuan, kebolehan berfikir dengan cepat, serta membuat keputusan lebih pantas.
3. Mempercepat Penghantaran Isyarat Saraf
Salah satu fungsi utama phosphatidylserine ialah mempercepat penghantaran isyarat antara sel otak. Ini membantu seseorang bertindak balas dengan lebih pantas dan meningkatkan kecekapan pemprosesan mental.
4. Mengurangkan Stres dan Kemurungan
Dengan peranan phosphatidylserine dalam mengawal tahap kortisol, ia mampu mengurangkan keresahan, kemurungan, dan stres. Akhirnya, ia membantu meningkatkan kestabilan emosi secara berterusan.
5. Meningkatkan Neurotransmitter Penting Dalam Otak
Terdapat empat neurotransmitter utama dalam otak iaitu asetilkolina, dopamin, serotonin dan norepinefrin. Phosphatidylserine membantu meningkatkan penghasilan neurotransmitter ini, yang penting untuk kestabilan mood, kebolehan belajar, daya ingatan, fokus dan tahap kewaspadaan.
Siapa yang Sesuai mengambil Phosphatidylserine Suplemen
Ramai yang memilih untuk mengambil suplemen minda yang mengandungi phosphatidylserine berbanding hanya bergantung pada diet harian kerana suplemen biasanya mengandungi nutrien penting lain yang menyokong fungsi otak.
Golongan yang disyorkan mengambilnya termasuk pelajar yang memerlukan fokus dan daya ingatan tinggi untuk menghadapi peperiksaan, golongan dewasa yang mula mengalami kehilangan memori atau penurunan fungsi kognitif serta pekerja yang sering berhadapan dengan tahap stres yang tinggi.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, phosphatidylserine ialah nutrien penting untuk kesihatan otak. Ia membantu meningkatkan memori, menyokong fungsi kognitif, serta mengekalkan tahap stres yang seimbang. Dengan memastikan otak mendapat bekalan phosphatidylserine yang mencukupi, anda boleh meningkatkan prestasi mental anda.
Eskayvie Mindtropic bukan sahaja mengandungi phosphatidylserine, tetapi juga diperkaya dengan ramuan penting lain seperti ashwagandha, magnesium dan selenium. Gabungan nutrien ini membantu menyokong kesihatan otak secara menyeluruh, sekali gus memudahkan anda mendapatkan keperluan nutrisi harian.