Setiap anak berhak membesar dengan sihat, bertenaga dan ceria. Namun tanpa disedari, ada ancaman senyap yang boleh menjejaskan kehidupan mereka iaitu masalah malnutrisi.
Malnutrisi bukan sekadar masalah pemakanan yang boleh hilang dalam masa sehari tetapi satu keadaan serius yang boleh menjejaskan pertumbuhan fizikal, perkembangan otak dan juga kesejahteraan emosi anak-anak.
Tahukah ibu ayah?
Malnutrisi boleh berlaku sejak dalam kandungan apabila ibu mengandung tidak mendapat zat yang mencukupi dan seterusnya memberi kesan kepada pertumbuhan bayi dalam rahim.
Selepas dilahirkan, kanak-kanak yang mengalami malnutrisi sering kali kelihatan lebih kecil daripada rakan sebaya, mudah letih, kurang daya tahan tubuh dan menghadapi kesukaran dalam pembelajaran.

Mereka bukan sahaja menghadapi cabaran fizikal malah turut mengalami tekanan emosi kerana ketinggalan dalam banyak aspek kehidupan.
Lebih membimbangkan, kesan malnutrisi tidak hanya terhenti pada zaman kanak-kanak.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengalami malnutrisi semasa kecil lebih berisiko tinggi menghadapi masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung dan obesiti apabila dewasa.
BACA : PANDUAN PENCEGAHAN KES BERISIKO MALNUTRISI
Masalah yang kelihatan kecil pada usia muda boleh membawa kesan jangka panjang yang mengancam kualiti hidup mereka di masa hadapan.
Perkara biasa yang berlaku sekarang apabila ibu ayah anggap anak yang tidak mengadu lapar itu sudah mendapat makanan yang cukup.
Tidak semua makanan yang mengenyangkan mampu memberi zat yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan mereka. Sebagai ibu ayah, kita bertanggungjawab memastikan anak-anak bukan hanya cukup makan tetapi mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya.
Apa Itu Malnutrisi?
Malnutrisi adalah keadaan di mana tubuh tidak mendapat nutrien yang cukup atau mendapat nutrien secara berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan. Apa yang lebih menyedihkan, ramai ibu bapa tidak menyedari anak mereka sedang menghadapinya.
Malnutrisi boleh berlaku dalam tiga keadaan
1. Kekurangan Nutrisi (Undernutrition)
Kekurangan nutrisi berlaku apabila anak tidak mendapat zat dan kalori mencukupi untuk menyokong tumbesaran mereka. Ia boleh menyebabkan:
- Stunting (Tumbesaran terbantut)- Anak tidak mencapai ketinggian sepatutnya untuk usia mereka.
- Kurang berat badan- Anak kelihatan kecil atau kurang bertenaga kerana tidak cukup kalori dan zat penting.
- Kesannya perkembangan otak terganggu, daya fokus lemah, mudah letih dan kerap sakit.

2. Berlebihan Nutrisi (Overnutrition)
Keadaan ini berlaku apabila anak mengambil terlalu banyak makanan tinggi kalori tetapi rendah zat berkhasiat.
- Berlebihan berat badan atau obes- Anak makan banyak makanan segera, snek manis, minuman bergula tetapi kurang serat dan protein.
- Kesannya adalah anak-anak berisiko lebih tinggi untuk mendapat diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung sejak usia muda.
3. Kekurangan Mikronutrien
Walaupun anak makan dengan baik, mereka masih boleh mengalami kekurangan zat penting seperti zat besi, vitamin A atau zink.
- Anemia (kurang zat besi)- Darah tidak cukup membawa oksigen ke otak dan seluruh badan.
- Kesannya anak mudah lesu, kurang tumpuan dalam kelas dan perkembangan otak terganggu.
Cuba ibu ayah perhatikan anak kita. Adakah mereka selalu kelihatan letih? Mudah jatuh sakit? Tidak bermaya dan kurang fokus di sekolah? Atau semakin hari semakin kurang aktif kerana berat badan mereka meningkat?
Awas, ini bukan sekadar perubahan biasa tapi tanda bahaya!
Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi bukan sekadar menghadapi cabaran fizikal tetapi juga mental dan emosi. Anak-anak yang terbantut dalam pertumbuhan sering kali merasa rendah diri kerana fizikal mereka lebih kecil berbanding rakan sebaya.
Mereka mungkin menjadi bahan ejekan, kehilangan keyakinan diri dan akhirnya ketinggalan dalam pelajaran serta aktiviti sosial. Bagi mereka yang mengalami obesiti pula, cabarannya tidak kurang hebat.
Mereka mudah letih, sukar bergerak dan sering merasa malu dengan bentuk tubuh mereka.
Anak-Anak Tidak Bersalah Tapi Terpaksa Menanggung Akibat
Anak-anak kita tidak memilih untuk berada dalam keadaan ini. Mereka tidak meminta untuk makan makanan ringan setiap hari. Mereka tidak tahu bahawa pilihan makanan mereka hari ini akan menentukan masa depan mereka kelak.
Di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa. Kita boleh memilih untuk mengawal makanan yang masuk ke dalam tubuh mereka. Kita boleh menentukan sama ada mereka akan membesar sebagai kanak-kanak yang sihat dan bertenaga atau sebagai individu yang bergelut dengan masalah kesihatan sepanjang hayat.
Malnutrisi bukan sekadar angka dalam laporan kesihatan. Ia realiti yang sedang berlaku di sekeliling kita bahkan mungkin di dalam rumah kita sendiri. Jika kita terus mengabaikannya, kita sedang membiarkan anak-anak kita menderita dalam diam.
Kita masih mempunyai masa untuk mengubahnya. Perubahan kecil hari ini boleh membawa kesan besar kepada kehidupan mereka kelak. Anak-anak kita berhak membesar dengan sihat, kuat dan bahagia. Jangan biarkan mereka menjadi mangsa. Kita boleh dan kita mesti bertindak sekarang.
Jangan Tunggu Sehingga Terlambat!
Mahu anak membesar dengan sihat & kuat?
Ambil langkah hari ini! Semak diet anak anda, pastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi & bantu mereka menjalani kehidupan lebih sihat!
Dah cuba Eskayvie Mindtropic Junior untuk anak-anak?
Eskayvie Mindtropic™ Junior (0.5g x 60)
1 bottle of Mindtropic Junior (0.5g x 60 chewable tablets) Mindtropic Junior are chewable tablets with a delicious and creamy chocolaty taste, rich with serine,Digezyme, alpha-linolenic acid (ALA) and fruits and vegetable extracts. DISCLAIMER: This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.